31 December 2009

2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Alhamdulillah aku selamat sampai di Kedah. Aku bertolak dari KL tadi pukul 5 petang dan selamat sampai kul 10 malam. Sebelum aku bertolak balik ke Kedah aku sempat keluar ke Pusat Bandar (KL) untuk belikan jam tangan untuk adik aku. Aku lalu depan Dataran Merdeka lihat ada persedian pentas untuk sambutan tahun baru 2010.

2. Sampai dirumah aku lihat sambutan itu dikaca telivisyen sahaja. Aku diberitahu oleh mama aku di Sungai Petani (SP) jalan ditutup semperna sambutan tahun baru. Diberitahu mama di SP mereka adakan forum perdana dan solat hajat semperna tahun baru. Solat hajat tu dilakukan di atas jalan raya sbb tu jalan SP ditutup. Cukup beza sambutan di Dataran Merdeka dengan SP.

3. Apa pun kita pikir kita nilai. Selamat tahun baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Zulkarnain Bin Jalauddin

29 December 2009

AS 1M

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Aku baru dapat tahu sebentar tadi bahawa semua pelajar tahun 1 akan menerima RM100.00 untuk pembukaan akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS 1M). Borang AS 1M sedang atau telah diberikan pada pelajar2 berikut dan mereka di kehendaki menyerah borang tersebut di KPS pada esok pagi.

2. Ini semua atas inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan AS 1M serta dapat mendidik pelajar2 untuk menabung. Satu langkah yang bagus dan bijak. Pelajar2 terutama pelajar tahun pertama perlu mengabil kelebihan ini dengan bijak dan terus menabung ke dalam AS 1M. AS 1M ni di jamin oleh kerajaan dan anda tidak akan rugi.

3. Kepada pelajar tahun pertama juga lakukan simpanan dari sekarang, jgn terlalu enjoy mcm aku, hehehe. Kelak anda akan tahu kebaikan berjimat cermat dan menabung. Bagi sapa yang belum ambil borang tu cepat2 la, jgn tunggu lagi, kami pelajar2 senior hanya mampu melihat dan memberi sokongan..hehehe

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

27 December 2009

Harun OKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Aku sempat membaca surat khabar metro tadi yang di beli oleh Sham. Surat khabar tu dibeli bukan untuk dibaca sangat tapi untuk guna alas dalam loker, hehe. Tapi sebelum guna untuk di alas tu sempatla aku baca dulu apa kandungan yang ada dalam metro tu. Metro banyak iklan, hehe. Bukan menda tu yang nak aku kongsikan cerita.

2. Aku tertarik dengan cerita dalam tu kisah Orang Kurang Upaya (OKU). Kisah ni dicerita sendiri oleh orang tu, nama panggilannya Harun. Aku xingat nama penuh dia. Dia dilahirkan tidak sempurna seperti orang lain, sebelah kakinya kudung dari paras paha dan tangannya yang kurang beberapa jari. Harun ni sekolah xla sampai peringkat tertinggi dan sejak umur 13tahun dia diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan dan ilmu ketukangan (mekanik).

3. Dulu dia tiada kaki palsu dan mula dapat kaki palsu selepas keluar dari JKM. Dia mula meminta kerja di bengkel2 kereta. Majikan ada bertanya kamu ni boleh ke buat kerja? Harun jawab dengan yakin BOLEH. Untuk hindari dari Harun majikan tu tawarkan gaji 50sen sehari dan Harun terima. Terkedu jugak majikan tu. Mereka memandang rendah pada OKU. Harun lakukan kerjanya dan buktikan dia boleh lakukan, orang lain mendapat gaji RM 600, tapi Harun hanya RM 10 ja. JKM beri bantuan RM 30 dan dengan duit tu la dia berbelanja.

4. Dengan gaji yang xseberapa Harun xsewa rumah sebaliknya Harun tidur dalam kereta di belakang bengkel dia bekerja. Kadang2 mengabil upah cuci kereta di malam hari. Harun gunakan RM2 sehari untuk beli makanan tengah hari dan minum air paip, kadang2 minum air sirap. RM1 Harun gunakan untuk beli kuih dah air untuk sarapan. Hidupnya memang susah.

5. Bila dia pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu, ibunya bertanya pada dia, kamu tinggal dimana? kamu sewa rumah ke? Harun jawab dia tinggal di kampung bharu dan sewa rumah. Dia menipu ibunya supaya ibunya tidak susah hati dengan keadaannya yang susah. Perkara ni akhirnya terbongkar juga, diketahui oleh abangnya. Abangnya datang ke KL mencari Harun dan dapat tahu dari kawan2 sekerja Harun dia susah dan tinggal di dalam kereta shj. Abangnya menangis melihat keadaan Harun tapi perkara ni tetap di rahsiakan daripada ibunya sampai ibunya meninggal dunia.

6. Setiap kali pulang ke kampung halamannya, Harun akan tukarkan duitnya dalam not RM1. Hal ini supaya ibunya dapat lihat yang Harun mempunyai duit yang banyak. Bila ibunya melihat poket Harun tebal ibunya rasa senang hati. Tapi pada hakikatnya Harun hanya mempunyai RM50 sahaja. Dia juga hulurkan kepada ibunya duit walaupun keadaannya susah. Dia buat begitu supaya ibunya tidak susah hati dengan keadaannya.

7. Dia berkerja di bengkel tu hanya lapan bulan sahaja. Lagipun tujuan dia berkerja tu adalah untuk dapatkan pengalaman. Selapas itu dia merayau kawasan sekitar membaiki kereta2 yang rosak ditepi-tepi jalan. Dia memberi bantuan dan perkhidmatan tanpa meminta bayaran. Pernah sekali ada kereta sepasang suami isteri rosak tepi jalan, dia cuba nak membantu tetapi si isteri seperti xnak memberi Harun menyetuh kenderaan mereka. Si suami betegas beri Harun baiki dan kereta itu dan dapat dihidupkan. Si suami bertanya bayaran tapi Harun menolak, akhirnya si suami tu beri RM10 dan suami tu bertanya di mana bengkelnya, Harun hanya menunjuk bawah pokok. Kemudian si suami tu selalu membawa kawannya pergi baiki kereta pada Harun. Itu sejarah Harun pada 1978.

8. Daripada situlah Harun memulakan bengkelnya dan kemuadian mendapat modal dengan berkongsi membuat pinjaman dengan adik angkatnya Halim. Dari hari ke hari bengkelnya bertambah besar. Sekarang Harun telah mempunyai bengkel sendiri dengan nama Dua-H semperna namanya dan nama adik angkatnya. Sekarang juga dia mempunyai 10orang pekerja dan 7 daripadanya adalah OKU. Siapa lagi yang nak membantu mereka dan saya faham keadaan mereka kerana mereka senasib dengan saya; kata Harun.

9. Dari cerita yang aku baca ni betul2 aku kagum dengan Harun dengan semangatnya yang tinggi walaupun dia adalah OKU. Dan dia juga diberi anugerah dikalangn OKU yang berjaya untuk tahun 2009. Dari cerita ni jugak aku dapat simpulkan jangan kita memandang rendah pada org lain terutama OKU dan kalau nak 1000daya , xnak 1000dalih. Satu lagi 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Kita juga bersyukur apa yang kita ada.

nota: cerita ni dah diringkaskan.

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

25 December 2009

Minat Berniaga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Hari ni aku dok rehat kat bilik terpikir rasa nak berniaga, tapi xtau la apa yang nak diniagakan. Kadang2 terasa buntu jugak memikirkan apa yang nak diniagakan sebab banyak menda yang dah ramai orang niagakan. Disebalik buntu tu rasa jugak nak tiru orang yang sudah berjaya dalam perniagaan. Rasanya xsalah untuk meniru tapi biarla kreatif dan xmenikam org yang telah berjaya dalam perniagaan. Kita pandai bercakap pun sebab kita tiru mak ayah kita bercakap kan, betul x??

2. Minat nak berniaga ni bukan baru sekarang timbul dalam diri aku. Dah lama dah. Sedikit sejarah hidup aku kongsikan. Abah aku dulu seorang tentera (TUDM) dan behenti (xder pencen) pada tahun 1995. Masa tu umur aku 8tahun. 3bulan jugak abah aku dok saja sambil tunggu panggilan kerja lain. Abah aku mula ikut kawan dia pergi berniaga. Daripada dok saja baik pergi berniaga, masa tu kecil-kecilan saja. Jualannya hanya ikan keli semata-mata. Dengan motor EX5 je abah aku bawa ikan2 tu pergi ke market.


3. Masa abah aku berhenti dari TUDM banyak perluang pekerjaan di luar sana. Abah aku dapat 3 tempat tapi semua abah aku tolak sebab dah mula berniaga. Abah aku memilih untuk berniaga. Aku pernah bertanya pada abah aku, kenapa tolak semua tempat tu. Abah aku menjawab, bila berniaga abah ada bnyak masa dengan anak2. Abah aku teruskan berniaga. Alhamdulillah rezeki bertambah dan kesihatan abah aku keadaan baik untuk terus mencari rezeki.

4. Semakin hari semakin bertambah jenis ikan jualan abah aku. Semuanya ikan sungai. Abah aku pun perlu pembantu. Bila aku umur 13tahun (tingkatan 1) abah ajak aku bersama untuk membantu. Setiap pagi selepas subuh aku pergi ke market ikut abah meniaga. Aku bantu apa yang boleh dan semua jenis ikan aku boleh bersiang. Semua tu dari tunjuk ajar abah aku. Aku dapat rasakan keletihan berniaga tapi seronok sebab nampak duit masuk. Masa tu sekolah aku disesi petang, pukul 11pagi kadang2 dah balik ke rumah, sempat berehat kejap dah bersiap untuk ke sekolah pulak. Sampai sekarang aku masih ikut abah berniaga bila cuti2 semester, tapi xsekerap dulu sebab abah dah ada seorang pembantu, bapak sudara aku sendiri.

5. Sejak dari situlah minat aku utuk berniaga timbul. Aku pernah bagitau abah yang aku minat berniaga. Sampai sekarang minat aku utuk berniaga xpernah luntur. Pesan abah, belajar dahulu, dapatkan ilmu, InsyaAllah ada yang lagi baik dihadapan. Aku akan terus berfikir. Berniaga juga Sunnah Rasulullah S.A.W. 9/10 rezeki itu adalah dari perniagaan.

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

24 December 2009

Antara Micheal Jackson & Syahidah Marwa Al-Sharbini

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN...

Bacalah seterusnya, semoga kita dan anak cucu kita terselamat daripada peristiwa seperti ini....amiiin

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden , Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di r uma h sakit Dresden .

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita c uma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

aku petik dari sebuah forum..

22 December 2009

twilight : new moon


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Cerita twilight saga : new moon dah hampir sebulan telah ditayangkan dan baru hari aku berkesempatan menonton. Cerita kali bagi aku OK tapi kurang aksi. Tapi memang tepat pun dengan ceritanya dengan kurang aksi dan lebih kepada percintaan.

2. Aku bagi 4 bintang untuk cerita ni.. =)

17 December 2009

Awal Muharram dan Harimau Muda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Pertama sekali mahu disebut selamat tahun baru bagi muslimin dan muslimat. Selepas waktu Maghrib tadi telah masuk 1 Muharram 1431. Dengan kehadiran tahun baru ini semoga kita semua umat Islam khususnya di Malaysia mendapat barakah dan rahmat dari Allah. Buangkan yang keruh amiklah yang jernih. Jadikan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Hijrah ke arah kebaikan, insyaAllah kejayaan dikecapi.

2. Harimau Muda dapat pingat emas Sukan Sea. Mereka mengalahkan Vietnam dengan jaringan gol 1-o. Tahniah Malaysia kerana menamatkan kemarau pingat emas selama 20tahun. Kemenangan ini juga disambut dengan kehadiran tahun baru Maal Hijrah 1431. Semangat MALAYSIA BOLEH harus diteruskan dan jangan putus semangat.

Zulkarnain Bin Jalauddin

Malaysia vs Vietnam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. 14 Disember yang lalu pasukan bola sepak Malaysia berjaya membelasah pasukan bola sepak Laos 3 -1 di peringkat separuh akhir bagi sukan Sea dan sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir. Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Malaysia di atas kecermelangan ini.

2. Perlawanan akhir bola sepak Malaysia akan bertemu dengan Vietnam pada 17 Disember jam 6petang waktu tempatan. Dari apa yang saya dapat tahu perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di RTM2 dan turut serta bersama TV3.

3. Kepada pasukan Malaysia jadikan ini pentas membalas dendam kepada Vietnam. Pada peringkat kumpulan Malysia kalah kepada Vietnam tapi tak semestinya mereka boleh ulangi kemenangan begitu mudah. Terdapat hikmah juga Malaysia kalah pada peringkat kumpulan, ini dapat memberi semangat juang yang tinggi dan psychologi untuk berlatih bersungguh-sungguh.

4. Kepada pasukan Malaysia, lakukan yang terbaik, rakyat Malaysia tetap menyokong anda. Jangan hampakan harapan kami rakyat Malaysia. Tamatkan kemarau pingat emas bagi perlawanan bola sepak.

5. Majulah sukan untuk negara. MALAYSIA BOLEH!!!

Zulkarnain Bin Jalauddin

04 December 2009

broadband

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Tiga hari lepas aku dan adik aku pergi ke celcom subscribe celcom broadband yang RM68-384kbp. Aku beli sekali dengan modemnya sekali. Xsampai sejam daftar dah boleh pakai. Bagus, pantas kerja mereka lakukan. Mulanya xtau jugak nak buat pilihan broadband mana yang bagus. Ada streamyx, wimax, celcom, maxis, digi. Aku pilih celcom sebab sebelum ni aku pernah guna juga, coverage ok la jugak.

2. Bila hari pertama pakai memang coverage cukup mengecewakan aku, lembabnya seperti pakai dial-up. Sampai nak buka page google pun makan masa yang agak panjang. Wireless dekat kolej aku laju lagi. Aku dah mula naik fedup dan rasa menyesal pulak subscribe celcom broadband ni. Nak guna streamyx rasa xberbaloi sebab aku dan adik-adik aku dok kat rumah kejap je, cuti semerter je pun.

3. Harini aku ajak adik aku pergi celcom lagi sekali, nak upgrade yang RM98-3.6Mbp. Sampai kat sana je terus ke kaunter, dan aku maklumkan kat dia kata nak upgrade dari RM68 ke RM98. Dia terus je tanya encik pakai kawasan mana, aku pun beritahu di Taman Semarak. Dia bagitau aku dan adik aku kalau encik nak upgrade boleh tapi saya takut encik dapat coverage sama jugak macam sekarang ni sebab sekarang ni celcom tengah upgrade dia punya pemancar, January 2010 baru semua lancar elok.

4. Panas hati aku dengar macam tu. Taktik perniagaan mereka ni kotor bagi pendapat aku. Celcom promotion gila-gila tapi coverage sendiri pun xdapat tampung lagi jumlah pengguna. Depa ni penting keuntungan sahaja, pengguna yang kena.

5. Bukan celcom saja macam tu, wimax pun sama. Aku pernah didatangi promoter P1-wimax. Dia ni galak la promote kat aku suruh subscribe wimax, dapat modem percuma. Masa tu aku kat KL. Memang murah wimax ni tapi kelajuannya aku xpernah try lagi tapi bila aku tanya kedah dapat coverage x? Dia asyik berdalih kata nanti kita akan sampai kesana. Bila aku chek kat internet, wimax ni bukan seluruh malaysia lagi coverage dia, tapi promotion dia gila-gila, sampai masuk TV lagi. Jangan la tertipu.

6. Ni aku bersabar juga untuk guna celcom broadband ni, lepas sebulan maybe terminate la. Adik aku pun setuju. Dan aku tertanya-tanya juga bila internet kat malaysia ni nak laju eh, macam di barat. Kadang-kadang bila tengok citer-citer barat, mereka gunakan internet, sekali clik terus sesuatu page muncul walaupun di kawasan perdalaman, jeles aku.

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

03 December 2009

cuti-cuti

Assalamualikum dan Salam Sejahtera..

1. Dua hari sebelum hari raya Aidil Adha aku pulang ke rumah. Pagi-pagi lagi aku dah bertolak dari KL ke Kedah. Semasa perjalanan nak ke tol duta tapi ak tersesat pula ke arah Sungai Besi, jadi teruslah aku masuk ke lebuhraya utara-selatan di Sungai Besi. Seorang diri je memandu ke Kedah.

2. Aku sampai di Sungai petani lebih kurang pukul dua petang, aku singgah sebentar di restoran Subaidah untuk makan tengaj hari. aku xmakan dari pagi. Selepas makan terus balik ke rumah aku. Rindu aku kat rumah lama xpulang. Terus capai tangan mama dan abah.

3. Selesai ja aku keluarkan barang-barang aku dari kereta masuk ke bilik, aku rehat dirumah. Sampai malam, lepas magrib mama dan adik-adik aku keluar pergi ke pekan dan pulang ke rumah semula dalam lingkungan pukul 9 malam. Aku diajak juga tapi aku menolak sebab nak tengok buletin utama.

4. Habis ja buletin utama aku terus menonton tv tapi xingat rancangan apa. Mama pun besiap-siap nak masuk bilik untuk tidur. Sedang asyik menonton anak jiran memanggil mama, aku kejutkan mama..kemudian terus jiran (makcik ilah) datang peluk mama dalam keadaan menangis. Dia beritahu apit ( anak makcik yah, 16tahun ) dah meninggal, orang langgar.

5. Makcik yah sedang berniaga di pasar malam ketika itu, dan makcik ilah xtau nak bgtau macam mana dekat makcik yah pasal anak dia. Akhirnya makcik yah tahu juga dari anak sulungnya. Kami sekeluarga terus ke rumah makcik yah, jiran terdekat pun ada sekali. Sedang aku terpinga-pinga mama suruh aku bawa suami makcik yah (pakcik aziz) ke hospital untuk ambil jenazah.

6. Aku menurut perintah, aku pergi bersama pakcik aziz, abah, dan pakcik daud. Sampai disana jenazah berada di jabatan forensik. selapas kira-kira dua jam baru jenazah di keluarkan dan boleh dibawa pulang. Aku sempat lihat jenazah dan sambil sedekahkan Al-Fatehah.

7. Dalam benak hati aku berkata-kata, takutnya aku untuk menunggang motosikal. Kalau kita cermat dijalan raya mungkin orang lain pulak yang xcermat dijalan raya. Sejak mula cuti aku takut untuk menunggang motosikal ke pekan. Dah 4 kali dah aku ke pekan Sungai Petani tapi xpenah lagi tunggang motosikal..risau ada, takut pun ada.

8. Berita tentang kematian apit ini ada disiarkan dalam harian metro pada hari raya Aidil Adha, tapi laporannya banyak yang tidak tepat.

9. kepada semua, di musim cuti ini hati-hati dijalan raya, ingat insan tersayang..

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

25 November 2009

selamat-selamat

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

1. tamat sudah presentation progress thesis aku untuk semester ni. tamat sudah final exam aku untuk semester ni. rasa tenang sikit hati bila semua dah selamat selesai.

2. tinggal kat kolej lebih masa. nak apply lebih masa tarikh dah tutup mereka bilang. maka duduklah kami berempat(aku, elie, sham, arip) secara haram. hari pertama hampir dihalau, tapi alasan diberi. selamat kami dengan alasan presentation. tapi yang pasti denda tetap dikena. huhu.

3. cuti semester dah mula sebenarnya, tapi kami masih di kolej. esok semua mula balik rumah masing-masing. semoga selamat sampai ke rumah masing-masing. cuti mungkin tak lama sebab sibuk dengan thesis. tapi hayatila cuti yang ada. selamat bercuti.

4. hari raya aidil adha dah dekat. dua hari je lagi. maka kat sini nak ucap selamat hari raya aidil adha. kalau sempat pi la tengok orang korban lembu atau kambing.

5. selamat-selamat..sekian

Zulkarnain Bin Jalauddin


01 September 2009

Nabi Idris a.s

Atas daya usaha Nabi Sheth A.S., sesetengah manusia mula mempercayai Allah. Masa berlalu, mereka mula menyembah berhala nabi mereka. Mereka mula menjadi tidak beragama, menyembah banyak tuhan dan tidak lagi beriman dengan Allah. Mereka mengambil jalan yang salah dalam hidup mereka. Pada suatu masa tertentu, Allah telah mengutuskan Nabi Idris A.S. untuk memulih dan membimbing mereka yang telah hanyut itu. Allah telah menyebutnya dalam al-Quran seperti berikut:

" Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi" (Maryam, 19: 56)

Seruan dan Penentangan

Nabi Idris A.S. menyeru umatnya kembali menyembah Tuhan yang satu. Baginda mengarahkan umatnya untuk meninggalkan penyembahan berhala mereka. Baginda menekankan bahawa mereka tidak boleh dikuasai oleh sifat cintakan harta dan kekayaan. Baginda menegah mereka daripada meminum arak dan minuman lain yang memabukkan. Hanya segelintir sahaja yang mendengar seruan baginda tetapi majoriti daripada mereka menentang keras terhadap baginda. Namun begitu, Nabi Idris A.S. tetap tidak berputus asa dan terus menyeru tanpa goyah pendiriannya. Baginda dihargai atas keimanan dan kesabaran yang kental.

"Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris, dan Dzulkifli. Mereka semua termasuk orang-orang yang sabar. Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami, sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh" (Al-Anbiyya, 21: 85-86)


Penghijrahan ke Mesir

Walaupun dengan usaha yang tidak mengenal penat, Nabi Idris A.S. masih tidak dapat mencapai kejayaan yang sepatutnya dan baginda rasa tercabar dengan kelakuan para penduduk zaman itu. Lalu baginda diarahkan untuk berhijrah ke Mesir dan melaksanakan tugasnya di tebing sungai Nil. Baginda menyeru supaya menuju kepada agama Allah kepada pelbagai kumpulan masyarakat dan menasihati mereka supaya berbuat baik dan bertamadun. Akhirnya baginda berjaya membawa perubahan dari segi moral dan sosial hidup masyarakat tersebut.

Kata-kata daripada Nabi Idris

Baginda mengajar dengan teguran dan nasihat yang baik seperti berikut:
1. Jangan berasa dengki dengan kekayaan orang lain.
2. Sesiapa yang mempunyai keinginan yang tidak terbatas, akan menghalangnya daripada berpuashati dengan kekayaan yang diperolehi.
3. Seseorang mestilah ikhlas dalam pengabdian kepada Allah.
4. Berdosa jika melakukan sumpah yang salah.

5. Sabar adalah kunci kejayaan
6. Sesiapa yang mengawal nafsunya adalah seorang yang bertuah. Golongan yang berbuat baik sahaja akan hidup dalam syafaat daripada Allah semasa hari pembalasan.
7. Sesiapa yang ingin mencapai kesempurnaan dalam ilmu, sepatutnya tidak terlibat dengan perlakuan yang tidak bermoral.

Nabi yang Mengetahui

Nabi Idris dilahirkan seratus tahun selepas kematian Nabi Adam A.S. Baginda adalah manusia pertama yang belajar menulis. Diketahui bahawa 30 bahagian ayat-ayat suci Allah diwahyukan kepada baginda. Baginda adalah manusia yang menemui sains astronomi dan aritmetik.

Kematian Nabi Idris A.S.

Nabi Idris A.S. diangkat ke syurga ketika berusia 365 tahun. Ibn Jarir mengaitkannya dalam Rauzatul Ahbab yang Nabi Idris A.S. adalah sahabat kepada malaikat di dalam syurga. Malaikat telah mengangkat baginda ke syurga dan apabila mereka sampai di syurga aras keempat, mereka terjumpa dengan malaikat maut. Malaikat yang mengiringi Nabi Idris A.S. bertanya kepada malaikat maut tentang usia hidup Nabi Idris A.S. dan malaikat maut menjawab:

"Dimanakah Idris ? kerana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya"

Nabi Idris kemudiannya bersemadi di syurga aras keempat dan wafat di dalam sayap malaikat yang membawanya ke syurga. Mutwaslah adalah salah seorang anaknya yang diketahui telah membina tanda untuk Nabi Idris di bumi.

20 August 2009

Putar belit: Nik Aziz mahu saman akhbar



salam..

tiap kali tiba ja piliharaya tak kira sama ada pilihanraya kecil atau besar, ada je tok guru kena hemtam..kenyataan tok guru selalu di putar belitkan oleh akhbar-akhbar harian malaysia ni..dulu ada dah akhbar-akhbar ni mintak maaf tapi masih tak serik lagi..

tok guru selalu sebut umno ubah dasar..berkali-kali dia sebut, tak jemu dia sebut hal 'umno ubah dasar kepada dasar islam.' kenapa pemimpin kita begitu degil malah ada yang dengan lantang kata tok guru jahil..sebenarnya orang yang kata tok guru jahil dialah yang paling jahil..tak sedar ke dasar yang didukungnya itu sekular???agama dan politik dipisahkan.nabi kita pun tak ajar macam tu.tok guru sayang kita semua, dia nak kita semua letakan agama di atas dan politik dibawah serta sebatikan.

ramai sangat yang hentam tok guru, ada yang golongan terpelajar, naib-naib chancellor universiti juga tak terkecuali..ada yang kata pas gila kuasa, sanggup lakukan apa saja untuk dapat jawatan.pendapat aku ya, memang betul pas gila kuasa, sebab apa gila kuasa? sebab dengan ada kuasalah kita dapat mencorakan negara ni dengan dasar islam, tanpa kuasa bagaimana nak laksanakan dasar-dasar tu.kuasa yang ada pada pemimpin sekarang enggan melaksanakan dasar islam, dan pas pasti gila kuasa dan akan rebut kuasa itu dengan cara bertamadun untuk laksanakan dasar-dasar islam.

kadang-kadang aku heran, bila pembangkang cakap cepat ja orang-orang ni melenting, tapi bila dalam organisasi umno ada bermain politik wang atau kata sebenar RASUAH tak dak pulak mereka ni nak melenting, adakah orang-orang ni terima dan menghalalkan perkara tu berlaku.semua gila kuasa, sama macam pas juga gila kuasa tapi yang bezanya gila kuasa dalam umno untuk dapatkan kepentingan diri atau jawatan tertentu.

umno berubahlah.dasar sekular buangkan sahaja, balik kepada dasar islam..dalam umno ada ramai orang melayu yang beragama islam, tak malukah anda bila bergelumang dengan rasuah.??
usahla menghentam orang lain, muhasabah diri lagi baik.

sekian..

ZULKARNAIN BIN JALAUDDIN

16 August 2009

lama tak jumpa.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama aku tak menulis dan update dengan blog aku ni..boleh aku singkatkan kat sini lama tak jumpa.teringat balik tajuk lagu lama tak jumpa kalau tak silap aku la,hehe.

Sejak aku mula latihan industri(practical) aku dah kurang masuk blog dan update..sekarang dah abis dah pun practical, kelas pun dah daat, tajuk thesis pun dah dapat.tajuk thesis aku 'develop power quality analyzer sofware'.sekrang ni aku dok banyak focus kat thesi je, study pun kurang.risau jugak takut subjek lain terabai.tapi apa pun aku cuba sebaik yang mungkin.

Esok hari akhir konvokesyen 2009 UM.sempat jugakla aku pi tengok kawan aku yang konvo tahun ni.rasa nak jugak konvo dengan depa semua.aku insyaAllah tahun depan dapat pakai jubah biru macam depa semua tu.aku ucap tahniah pada semua kawan-kawan aku yang dah berjaya tamatkan pelajaran sampai peringkat ijazah sarjana muda ni.sapa yang nak sambung teruskanlah, satu perkara yang baik.kepada kawan-kawan yang aku tak jumpa mintak maaf, tak kesempatan.apa pun 'congratulation'.jangan lupa pi beli gambar konvo=)

Tahun ni aku masih lagi berada di kolej satu.kat kolej sekarang ni dah mula sunyi sebab cuti 'midsem' dah mula.rasa nak balik jugak tapi tak dapat.'final year' untuk fakulti kejuruteraan cuti dibekukan,huhu.apakan daya, ikut je la apa yang diaturkan.insyaAllah hari khamis atau jumaat ni baru aku balik kedah,nak puasa kat rumah, nak buka puasa dengan 'family'.

Puasa pun dah nak mula.aku pun amik kesempatan ucap selamat berpuasa kat semua kawan-kawan aku.puasa jangan tinggal pulak kecuali uzur,hehe.sama-sama kita tingkatkan ibadat dan berazam untuk menjadi lebih baik,insyaAllah.

aku beransur dulu..sekian,jumpa lagi

Zulkarnain bin Jalauddin

06 March 2009

Kenapa kita perlu balik kerja awal

"Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

aku petik dari isuhangat.blogspot..

sekian...
zulcar9

19 February 2009

Kisah yang mungkin nyata

" BACALAH UNTUK DIAMBIL IKHTIBAR DAN MUHASABAH DIRI

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.



Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku.

sakittttttttt. ....... sakit rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,...

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..... Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras.... mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis... mereka
menjerit...histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????????

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia......... dia........ dia
mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... ..

Tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...
Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ...... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku..

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga
dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.

Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh membaca artikel ini sungguh aku amat sangat bahagia.Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.


aku petik dari :
http://isuhangat.blogspot.com

11 February 2009

Tarif elektrik turun 1 Mac-malaysiakini-

Tarif elektrik diturunkan sebanyak 3.7 peratus daripada 32.5 sen/kWj kepada 31.31 sen/kWj, mulai 1 Mac 2009, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan di Putrajaya hari ini.

tenaga nasional and electricity 031208Tarif bagi pengguna domestik turun purata 2.54 peratus manakala tarif untuk pengguna komersil dan industri masing-masing turun 2.7 peratus and 5 peratus.

Shaziman berkata pengecualian pembayaran bil eletrik bagi pengguna yang bil eletriknya berjumlah RM20 ke bawah akan diteruskan sehingga 31 Disember 2009, lapor Bernama.

"Kerajaan juga telah menetapkan supaya talian elektrik seumur hidup bagi pengguna domestik yang menggunakan eletrik 200 sekwj ke bawah sebulan, juga dikekalkan pada kadar tarif sedia ada iaitu 21.8 sen sekwj memandangkan pengguna dalam kategori ini tidak mengalami sebarang kenaikan tarif eletrik sejak tahun 1998.

Bercakap kepada pemberita ketika mengumumkan penurunan tarif elektrik di Putrajaya hari ini, Shaziman berkata, kerajaan juga bersetuju supaya bekalan gas tambahan sebanyak 100 mmscfd (kaki padu standard sehari) akan diberikan kepada sektor industri dari sektor elektrik sebagai langkah kerajaan untuk menggerakkan sektor tersebut dan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk membuat pelaburan di negara ini.

Selain itu, katanya, pengguna industri yang layak juga masih terus menikmati tarif khas industri yang sudah pasti akan memberi impak positif kepada pihak industri.

Beliau berkata, katanya kementerian juga mencadangkan supaya syarikat pengagihan air yang tidak layak menikmati kemudahan tarif khas industri, diberi bantuan melalui diskaun tarif elektrik supaya kerajaan dapat memastikan tarif air adalah pada kadar yang tidak terlalu membebankan pengguna.

Kenyataan TNB

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyemak semula tarif elektrik untuk pengguna berkuat kuasa 1 Mac ini sejajar dengan keputusan kerajaan untuk mengurangkan harga gas bagi sektor kuasa sebagaimana yang diumumkan hari ini.

Kadar baru itu akan mencerminkan pengurangan dalam harga gas (dari RM14.31 Unit Thermal British untuk setiap Sejuta (MMBTU) kepada RM10.70 setiap MMBTU sementara mengambil kira kenaikan dalam harga arang batu (dari AS$75 setonne kepada AS$85 setonne), katan TNB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Intipati utama kadar tarif yang baru adalah seperti berikut :-

bullet button Pengguna industri: pengurangan purata 5.0 peratus (dalam jajaran 4.8 peratus hingga 5.2 peratus);

bullet button Pengguna komersil: pengurangan purata 2.7 peratus (dalam jajaran 2.6 peratus hingga 2.7 peratus);

bullet button Pengguna domestik/isi rumah: pengurangan purata 2.54 peratus untuk penggunaan bulanan melebihi dari 200KWh (Kilowat jam) (pengurangan tarif dalam
jajaran 3.0 peratus hingga 4.7 peratus).

Bagi penggunaan bulanan sehingga 200kWh, tiada pengurangan tarif dikenakan memandangkan kadar itu dikekalkan pada tahap kadar bersubsidi yang tinggi pada 21.8 sen/kWh dalam semakan tarif sebelum ini sejak 1997.

Tarif bagi pengguna isi rumah yang menggunakan sehingga 200kWh atau sejumlah RM43.60 elektrik sebulan, dikekalkan pada 21.8 sen setiap kWh.

Rebat kerajaan bagi pengguna isi rumah yang menggunakan elektrik sehingga RM20 sebulan dikekalkan sehingga Disember, katanya.

Arang batu dan gas mewakili komponen utama kos bahan api TNB (arang batu mewakili kira-kira 40 peratus daripada jumlah kos bahan api sektor kuasa).

TNB menanggung hanya sebahagian daripada kos arang batu yang diperoleh memandangkan tarif yang disemak semula itu adalah berasaskan kepada harga arang batu pada AS$85 setonne.

Pengurangan dalam tarif elektrik ini adalah sebagai menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi kedua bagi mengurangkan impak penurunan pertumbuhan ekonomi semasa.

Butiran lanjut kadar tarif akan disiarkan dalam masa terdekat ini sebelum tarikh penguatkuasaan pada 1 Mac.

07 February 2009

apa dah jadi...



sedih..hanya dengan laungan 'LAILAHAILALLAH' =,,(

Pro-M kuasai jawatan utama MPPUM-malaysiakini-

Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M), Universiti Malaya, mendakwa anggota MPP dari kumpulan Penggerak Mahasiswa sengaja cuba memecahbelahkan sesama pro-M sewaktu pemilihan jawatan-jawatan utama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Isnin lalu.

Pemilihan tersebut diadakan untuk mengisi jawatan yang dipertua, naib yang dipertua, setiausaha dan bendahari MPP.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mohd Hafiz berkata, ini ekoran tindakan Penggerak Mahasiswa mencalonkan beberapa calon daripada kumpulan pro-M untuk mengisi jawatan yang dipertua.

"Tapi semua (anggota pro-M) sudah berpakat untuk mencalonkan Mohd Ridhuan Mohamad bagi memegang jawatan yang dipertua," kata Mohd Hafiz.

Mohd Hafiz juga mendakwa Penggerak Mahasiswa juga berminat untuk menyandang jawatan tersebut.

Keadaan juga menjadi agak tegang seketika apabila calon-calon pro-Aspirasi bagi jawatan-jawatan utama tersebut, tidak puas hati dengan cara pemilihannya.

"Mereka mendakwa pro-M dan calon bebas, didakwa berpakat untuk melakukan pengundian secara mengangkat tangan," kata Mohd Hafiz.

Pemilihan tiga jam

Dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya 19 Januari lalu, Penggerak Mahasiswa (dahulu pro-Aspirasi) gagal mempertahankan majoriti kerusi yang dimenanginya setelah mendapat 20 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala, pro-M mendapat 19 kerusi dan calon bebas berjaya memperolehi dua kerusi. Bagaimananapun dua calon bebas tersebut menyokong pro-M setelah pungutan suara dijalankan.

Mesyuarat pemilihan bermula kira-kira jam 11 malam yang dihadiri oleh kesemua 41 anggota MPP.

Menurut Mohd Hafiz lagi, pemilihan pemenang bagi jawatan-jawatan utama itu - yang membabitkan calon Penggerak Mahasiswa dan pro-M - berlanjutan kira-kira jam 2 pagi.

Mohd Ridhuan dipilih sebagai yang dipertua MPP, manakal Chong Yah Huei dan Shah Rizul Ayuni Zulkiply - kedua-dua dari kumpulan pro-M - masing-masing dipilih sebagai naib yang dipertua dan setiausaha.

Manakala calon Penggerak Mahasiswa - Benjamin Ong Jia Ming - terpilih mengisi jawatan bendahari.

Jumpa naib canselor HEP

Manakala pemilihan untuk jawatan timbalan naib yang dipertua, timbalan setiausaha, dan timbalan bendahari dijalankan pada malam Rabu.

Katanya, kesemua nama calon-calon yang disepakati telah dihantar kepada Naib Canselor, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon untuk diperkenankan, pagi semalam.

Majlis penyerahan watikah tersebut berlangsung di Auditorium Kompleks Perdana Siswa (KPS) malam tadi.

Sementara itu, semua calon yang menang dalam pilihanraya kampus 19 Januari lalu, telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris dan empat pegawai HEP.

Dalam pertemuan tersebut, kata Mohd Hafiz, Dr Azarae berkata beliau akan membersihkan namanya berhubung isu rasuah yang didakwa ke atasnya dan menafikan beliau melakukan perkara tersebut.

Di samping itu, katanya, Dr Azarae juga berkata bahawa beliau akan mengadakan siri jelajah dari kolej ke kolej untuk membersihkan namanya.

04 February 2009

fitnah lebih bahaya dari membunuh

Ustaz Zainudin Hashim
Sun | Feb 01, 09 | 10:16:33 am MYT

Sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah).

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hdinya yang bermaksud : �Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia di waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah, seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.� Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah.

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara, sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu �ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafiq, ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

1- Fitnah melalui kepimpinan negara.

2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

4- Fitnah melalui ungkapan.

5- Fitnah melalui penulisan.

6- Fitnah melalui iklan produk.

7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia. Fitnah�..oh fitnah�..dan banyak lagi.

1- Fitnah melalui kepimpinan negara.

Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah �Negara Islam�, sedangkan pada masa mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.

Yang tidak menampakkan Islam secara jelas, isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang keliru dan terus keliru.

2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketika sedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa, tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut nak tegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).

Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untuk dilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.

3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama ada tidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai di kalangan orang Islam dalam negara Malaysia ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.

Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatoo, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.

Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa, menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.

4- Fitnah melalui ungkapan.

Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata : Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas, takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir di zaman Rasulullah s.a.w.

5- Fitnah melalui penulisan.

Terdapat juga segelintir penulis yang pro aliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.

6- Fitnah melalui iklan produk.

Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produk mereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.

7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berta, termauk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.

Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam. Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.

8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

Satu lagi fitnah di akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replica masjid yang menelan blanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.

9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat, terdapat scenario di mana ada pekerja muslim di sebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.

10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.

Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu �ain, maka ramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang tabung haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.

Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golongan yang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang merasakan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.

Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT. lanh _

aku petik dari tazkirah harakahdaily...

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin



02 February 2009

macam mana negara nak maju???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

harini aku nak menulis tentang politik sikit..sekarang politik malaysia makin hari makin carca marba..tiap-tiap hari berpolitik..aku xpaham sungguh..politik sebenarnya baik tapi di Malaysia ni dah menjadi terlalu kotor, dah kurang bersihnya, banyak yang kotor..

baru-baru ni seorang adun Bota dari UMNO/BN telah lompat parti ke PKR. harini plak dengar citer dua adun PKR merangkap EXCO kerajaan negeri perak hilang, dan timbul spekulasi bahawa mereka berdua akan berhijrah ke dalam UMNO/BN..macam-macam politik ni..nampak seperti nak balas dendam pun ada.

cukupla dengan PRU 8 Mac, PRK Permatang Pauh, PRK Kuala Terengganu..sekarang lebih baik sama-sama tumpukan kepada pentadbiran, sama-sama la ganding bahu untuk majukan negeri dan negara kita Malaysia ni..kalau hari-hari kita dok berpolitik sampai bila pun negara kita xkan maju.

aku tahu semua rakyat Malaysia sayangkan negara kita ni, xkirala kerajaan ke, pembangkang ke, semua sayangkan negara, kalau tidak masakan boleh dipilih menjadi wakil rakyat..lupakan sengketa politik tumpukan pada pentadbiran..yang pembangkang tegur kerajaan mana yang xkena, yang kerajaan laksanakan tanggungjawab dengan sempurna..

dah banyak negara dah kedepan tinggalkan kita dari segala bidang..contohnya ekonomi..dulu kita dihadapan sekarang ada negara yang dulu berada dibelakang negara kita dah pintas negara kita..kenapa jadi macam tu??? antara sebab negara kita ketinggalan ialah terlalu banyak amalan rasuah berlaku dan lagi satu negera kita ni xhabis-habis dok berpolitik ja kerjanya..

sama-sama kita renungkan...

sekian...
ZULKARNAIN BIN JALAUDDIN

31 January 2009

tabik spring kat President Turkey

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

dunia di kejutkan dengan keberanian president Turkey,Erdogan mengkritik president Israel,Peres laknatullah di dalam forum yang ditonton oleh seluruh dunia..wa tabik spring sama lu Erdogan..





sekian...
Zulkarnain Bin Jalauddin

29 January 2009

Kabinet MPPUM diketahui Isnin depan-malaysiakini-

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya akan ditentukan awal minggu depan, kata seorang perwakilan kerusi umum kumpulan pro-Mahasiswa, Mohd Ridhuan Mohammad.

Sementara watikah pelantikan semua 41 calon yang menang akan diserahkan pada 5 Februari, tiga hari selepas pertemuan pertama bagi membincangkan pembentukan jawatankuasa MPP.

Anggota-anggota MPP daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali pro-Aspirasi) dan pro-Mahasiswa sudah dihubungi semalam untuk bertemu dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr Azarae Idris, Isnin depan.

Dalam piliharaya kampus itu minggu lalu, Penggerak Mahasiswa memenangi 20 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus gagal mempertahankan penguasaan mereka pada sesi lalu.

Manakala pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi – menyebabkan ia tidak layak membentuk kabinet MPP dengan segera – dan calon bebas memenangi dua kerusi.

Susulan itu, pembentukan rasmi MPP terpaksa ditangguhkan hampir dua minggu.

Dua perwakilan bebas - Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San – dari Fakulti Undang-undang menyokong kumpulan pro-Mahasiswa dalam pungutan suara dua hari selepas pilihanraya kampus, 19 Januari.

Sebanyak 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti dipertandingkan pada sesi ini.

Jurucakap Penggerak Mahasiswa, Wan Mohd Hasif Wan Mohd Ali pula berkata pemilihan yang dipertua MPP tidak bergantung kepada jumlah majoriti kerusi yang dimenangi.

Sebaliknya ia dipilih melalui undian daripada 41 anggota MPP yang menang baru-baru ini.

"Pada 1997, siapa yang akan menjadi yang dipertua dipilih oleh suara majoriti (undian terbanyak), tidak kira calon itu menang kerusi umum atau fakulti," katanya.

Tambahnya, Penggerak Mahasiswa juga mempunyai calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan teratas badan tertinggi pelajar itu.

"Kita ada calon YDP dan timbalannya. Oleh kerana kemenangan 21-20, keadaan menjadi sukar.

"Jadi kita ada permintaan. Kami hendak jawatan naib yang dipertua diisi oleh calon fakulti kami," katanya.

Dalam pilihanraya kampus sesi lalu yang diadakan pada 2007, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Beliau mencadangkan, tiga jawatan naib yang dipertua MPP wajar diisi oleh pemimpin pelajar berketurunan Melayu, Cina dan India “sebagai tanda perpaduan”.

Wan Mohd Hasif menambah, pihaknya tidak membuat sebarang perundingan atau pertemuan secara rasmi ataupun tertutup dengan Pro-Mahasiswa untuk membentuk jawatankuasa MPP.

Dihubungi semalam, Mohd Ridhuan pula berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meletakkan tokoh bagi yang dipertua MPP.

Lagipun, katanya, calon pro-Mahasiswa mendapat undi popular pelajar dan memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum yang dipertandingkan.

Mohd Ridhuan turut mengesahkan pihaknya tidak mengadakan perbincangan dengan Penggerak Mahasiswa untuk membentuk kabinet campuran.

Usaha hukum Israel di Mahkamah Antarabangsa mesti dilancarkan

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh)- Empat Badan-bandan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia menggesa satu usaha drastik dilaksanakan bagi membawa Israel ke muka pengadilan di Mahakamah Antarabangsa sekaligus menghukum rejim itu yang secara biadap membunuh lebih 1,300 umat Islam tidak berdosa di Gaza, Palestin.

Ngo-ngo terbabit terdiri daripada Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA'IY) dan Center for International Muslim Minority Affairs (CIMMA) dalam kenyataan bersama mahu tindakan paling tegas ke atas Israel seperti memutuskan semua perhubungan dan mengharam penjualan atau pembekalan sebarang senjata kepada Israel.

Kenyataan media bersama yang dihantar ke Harakahdaily itu ditandatangani oleh Pengerusi Shura Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Presiden Teras dan Kordinator CIMMA, Mohd Azmi Abdul Hamid serta Timbalan Pengerusi JAMAI�Y Zulkifly Ibrahim.

Dalam masa yang sama NGO terbabit mahu tidakan undang-undang diambil ke atas mana-mana Negara dan syarikat yang menjual senjata kepada Israel selain mendesak semua Negara OIC , EU , NAM dan Komenwel supaya memutuskan semua perhubungan ekonomi, politik dan budaya dengan Israel dan membatalkan semua perjanjian dengan Israel. Image

" Kami mahu persidangan antarabangsa untuk menghakimi jenayah perang ke atas kemanusiaan yang dilakukan ke atas Gaza termasuk yang dilakukan di Lebabon pada 2006.

"Dan kami juga menegaskan kembali Resolusi PBB 3379 yang mengklasifikasi Zionism sebagai rasis dan memecat keanggotaan Israel dari PBB di samping melancarkan kempen antarabangsa untuk membangunkan Gaza , menamatkan sekatan ke atas Gaza dan membebaskan semua tahanan politik dikalangan rakyat Palestin di Israel," kata wakil-wakil NGo terbabit.

NGO terbabit menegaskan sudah sampai masanya Israel mesti diheret ke mahkamah antarabangsa untuk didakwa atas tindakannya melakukan jenayah perang ke atas Gaza yang mana Israel secara paling biadap masih menafikan bahawa senjata yang diguna dalam serangan 21 hari ke atas Gaza adalah menyalahi undang-undang antarabangsa.

Ini sangat bercanggah dengan dakwa kumpulan Hak Asasi Manusia iaitu Amnesty international bahawa Israel secara terang-terangan telah menguna munisi fosforus putih ke atas kawasan yang padat dengan penduduk di Gaza secara rambang dan melanggar undang-undang antarabangsa. Ini adalah asas yang kuat untuk mendakwa Isreal telah melakukan jenayah perang.

Pada hari yang sama fosforus putih digugurkan ke atas hospital al-Quds di Gaza City, yang menyebabkan kebakaran dan memaksa seluruh kakitangan dan pesakit dikeluarkan dari kawasan tersebut untuk menyelamatkan nyawa . Image

Ketika itu , PBB menuduh Israel mengguna fosforus putih dan sepatutnya boleh didakwa di mahkamah antarabangsa terhadap keganasan yang dilakukannya ke atas Gaza sejak 27 Disember 2008 serangan bermula .

Wakil-wakil NGO Islam itu mahu supaya semua pencipta keadilan dan keamanan melancarkan kempen di peringkat antarabangsa agar dapat mendakwa Israel di atas kesalahannya serta kezalimannya dimahkamah antarabangsa.

"Tindakan ganas serangan Israel secara rambang ke atas populasi Gaza sangat ketara melanggar hampir keseluruhan undang-undang antarabangsa . Ia termasuk prinsip keseimbangan (proportionality) dan pengasingan ( antara anggota tentera dan rakyat awam) ketika melancarkan perang.

"Kami berpendirian bahawa bahasa kecamaan semata-mata yang kerap dilaungkan oleh pelbagai pihak tidak akan memadai untuk menangani keganasan Israel yang terbaru ini.

"Sudah sampai masanya anggota tentera secara individu dibicarakan. Pembicaraan ini nanti akan menghentikan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dari pelbagai pihak .

"Dengan cara ini dapat dihantar mesej yang jelas bahawa kini semua individu mesti bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya . Pembicaraan itu juga dapat menghalang keganasan yang dilakukan ke atas Gaza atau mana-mana kawasan dan dengan itu dapat memulakan proses pendamaian," demikian antara petikan kenyataan bersama NGO Islam terbabit. - azm _

23 January 2009

JPA lambat sangat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

kenapa scholar jpa lambat sangat masuk???huhu...aku ada sms member aku kat usm tanya jpa dah masuk ke belum? dia bagitau aku dah masuk pagi ni..aku pun rasa happy la kejap n rasa um pun akan masuk jugak..aku pun terus chek bank islam online aku, tapi apa yang aku tengok mengecewakan aku...huhu..semua pelajar U yang dapat jpa dah masuk kecuali um je yang xmasuk ag..

sedih jugak jpa lambat sangat masuk..dah sebulan pengajian berlangsung tapi jpa tetap xmasuk2 lagi..aku xtahula sama ada pengurusan um yang lambat atau pengurusan jpa yang lambat..dah xtahu nak mengadu kat sapa..tiap2 sem macam ni..merana kami kt sini, sapalah yang dapat bantu kami dalam perkara ni..

pembelajaran dah mula, jadi kami perlukan buku. kami terpaksa mintak duit dari mak bapak dulu..dah la masuk tahun baru ni mak bapak kami perlukan duit yang banyak nak bayar yuran sekolah adik2, pakaian sekolah adik2,mcm2 lagi pastu terpaksa jugak keluarkan duit untuk perbelanjaan kami kt U ni..bukan semua antara mak bapak kami org yang berada..

kadang rasa cemburu bila tengok kawan2 kami yang dapat biasiswa dari syarikat swasta, sebelum masuk semester lagi duit dah masuk..contoh adik aku sendiri..dia dapat guna duit tu untuk blanja perjalanan pulang ke kampus, dapat beli buku dengan awal dan mcm2 lagi dapat dia lakukan untuk pengajian dia..student yang ambil pinjaman ptptn pun duit depa masuk awal.

setiap orang ada rezeki masing2. aku tulis ni bukan maksud aku xbersyukur dapat biasiswa jpa ni, tapi kecewa dengan pengurusannya, xtahulah sama ada jpa atau um yang lambat..aku ingin tahu pengurusan mana yang lambat, aku akan cuba cari jawapan..sesiapa yang tahu kongsi bersama, kasihanilah kami..

sekian...
Zulkarnain Bin Jalauddin

22 January 2009

Pro-M dan bebas menang besar di UIA-malaysiakini-

Pro-M dan bebas menang besar di UIA
Abdul Rahim Sabri | Jan 22, 09 11:57am

Pilihanraya kampus bagi Universiti Islam Malaysia (UIA) hari menyaksikan calon pro-Mahasiswa dan calon bebas hampir menyapu bersih kesemua kerusi fakulti dan kerusi antarabangsa yang dipertandingkan.

Manakala pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguh sehingga 29 Januari depan, selepas kumpulan pro-Mahasiswa membuat bantahan terhadap seorang calon yang bertanding di kerusi berkenaan.

Menurut keputusan rasmi hari ini, pro-Mahasiswa memenangi 17 kerusi fakulti manakala calon bebas menang tiga kerusi.

Pencapaian tersebut menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pro-Mahasiswa pada sesi lalu.
Calon bebas juga menyapu bersih kesemua lima kerusi antarabangsa yang dipertandingkan hari ini.

Manakala calon pro-Aspirasi dan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula masing-masing memenangi satu kerusi.

Selepas penamaan calon Isnin lalu, kumpulan pro-Mahasiswa sudah memenangi dua kerusi tanpa bertanding di Fakulti Kejuruteraan di kampus Gombak dan Fakulti Kejururawatan di kampus Kuantan.

Seorang calon bebas pula menang satu kerusi tanpa bertanding di kerusi Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi.

Dalam pengundian hari ini, bagi kampus Gombak, pro-Mahasiswa menang sembilan kerusi manakala calon bebas, pro-Aspirasi dan PKPIM masing-masing menang satu kerusi.
Bagi kampus Kuantan pula, pro-Mahasiswa memenangi lapan kerusi, dua dimenangi oleh calon bebas dan pengundian dua kerusi lagi ditangguhkan.

UIA merupakan universiti awam terakhir mengadakan pilihanraya kampus. Sebelum ini, Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan pilihanraya kampus masing-masing.

Kecuali UM, seperti yang diduga, kesemua universiti awam lain lain dikuasai oleh kumpulan pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan.

Pengundian bagi pilihanraya kampus UIA bermula jam 8 pagi dan akan berakhir pada jam 5 petang.

UAE 5-0 Malaysia



aku petik dari hanief.blogspot.com

21 January 2009

Obama bukan Zulkarnain

Oleh : Muhammad Ibn 'Az

Pada ketika posting ini ditulis selepas solat Maghrib, 20 Januari 2009, channel 511 CNN sedang memaparkan ke seluruh dunia persediaan bagi upacara angkat sumpah bagi Barrack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika ke 44. Angka 44 bagi mana-mana pihak yang mengimani Feng shui, membawa kepada kematian berganda.

Muslim tidak pernah peduli dengan semua ketaksuban tentang nombor tersebut. Waktu ini, dipaparkan di dalam CNN subuh hampir menjelma di sana. Bagi mana-mana negara, subuh ialah waktu yang menandakan permulaan hari baru. Manusia biasa menunggu subuh sebelum berbuat sesuatu perkara untuk hari tersebut. Tetapi kali ini, seluruh dunia menunggu subuh yang muncul di Washington. Kali ini semua mata tertumpu kepada terbitnya mentari pagi di Washington.


Semenjak manusia mengambil tahu mengenai turun naiknya matahari, cuma pada hari ini naiknya matahari di negara antara yang paling Barat ditunggu di seluruh dunia. Matahari naik yang juga menjadi logo kempen Obama. Jika dahulu, Zulkarnain melihatkan matahari terbenam di atas suatu kaum di atas laut berlumpur hitam sepertimana yang tercatat di dalam surah al Kahfi ayat 86. Banyak mufassir (ahli tafsir) mencadangkan nama-nama tempat di mana peristiwa ini berlaku, tetapi ianya kekal cadangan kerana yang lebih mengetahui hanyalah Allah. Syed Qutb menolak untuk memperjelaskan melalui kisah-kisah Israeliyyat mengenai perkara ini. Tetapi dia mencadangkan satu tempat dipinggir lautan Atlantik. Itu semua juga tidak penting. Yang penting dari kisah Zulkarnain ini ialah pengajaran yang harus di ambil dari salah seorang Hamba Allah yang diberikan Allah jalan kuasa yang membawanya menguasasi Timur dan Barat. Pengajaran yang utama ialah, di mana saja penguasa ini pergi, keadilan, berhukum dengan betul serta kemakmuran di dalam keselamatan yang ditawarkannya merupakan agendanya yang paling penting dan diutamakan. Itu Zulkarnain. Tetapi lebih kurang 3 jam dari waktu posting ini ditulis, Barrack Hussein Obama akan mengangkat sumpah. Sumpah yang diikrarkannya akan menjadikannya orang yang paling berkuasa di dunia. Tapi Obama bukan Zulkarnain.

Kita tidak menilaikannya melalui janji dan kata-kata. Kita tidak menilaikannya melalui karektor dan fenomena luarbiasa yang melanda Amerika yang menyokongnya. Kita menilaikannya melalui perbuatannya nanti. Kita juga tidak lupakan bagaimana dia menikus di Hawaii ketika saudara kita disembelih di Palestin.

Sesuatu yang menghairankan ialah, kenapa tiba-tiba sahaja Israel mahukan gencatan senjata. Gencatan senjata bagi memberi sedikit ruang bernafas kepada Obama di hari angkat sumpahnya. Dijauhkan demonstrasi dari perhimpunan raksasa tersebut dan memberi ruang kepada Amerika berpesta sebentar dikala Palestin dilupakan dunia. Kita tidak melupakan dosa mereka menghalalkan binatang haram zionis menyembelih saudara kita.

al Baqarah 120
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka . Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Harapan tetap harapan, tetapi letakkanlah harapan pada yang boleh diharap. Semoga Allah menyatukan kita semua untuk bangkit kembali sebagai satu ummah. Ameen.

Gambar kanak-kanak Palestin ini merupakan sebahagian dari banyak email yang masuk ke kotak email saya sebelum ini. Ini kiriman ABJ. Terima kasih kerana berkongsi. Kita tidak melupakan mereka. Siapa saja di Rumah Putih, darah kanak-kanak ini seharusnya ditebus suatu hari nanti. InsyaAllah..


aku petik dari satuhala.blogspot.com

pilihanraya kampus di UM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertamanya aku nak ucapkan tahniah kepada Pro M yang telah bejaya memenangai PRK di UM walaupun menang dengan majoriti mudah tapi ni adalah satu peningkatan yang baik. Dah sehari berlalu PRK UM dan semua keputusan dah di ketahui umum. Bagi yangbelum tahu tu pandai-pandaila cari sendiri. Zaman sekarang mudah, guan tenet ja..

Sekalung tahniah juga kepada calon yang telah menang xkirala dari Pro M atau Gerak..Lakukan tanggungjawab anda dengan sebaik-baiknya..Kepada yang tewas usaha lagi, jgn putus asa, teruskan perjuangan anda, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.

PRK di UM kali ni panas juga..Sampai ada kes dua kepala babi dalam surau API. Sungguh tak bertanggungjawab dan tak bertamadun langsung org yang buat tu..Aku marah betul bila dapat tahu tentang berita ni..Kepada calon yang menang dalam PRK kali ni dan bakal menerajui pimpinan di UM aku harap dapat berusaha menyelesaikan isu ni..

Jangan biarkan pekara mcm ni berlaku lagi..Dulu dah berlaku dah kt surau Kolej kediaman kedua,surau kena conteng dan al-Quran dikoyak, kali ni jadi pulak kat surau API..memalukan. Yang aku heran kenapa semua berita ni nak dirahsiakan? dimana sensitiviti org Islam klu pekara tu dirahsiakan?? perkara ni langsung xkeluar di dada akhbar utama dan tv tempatan. Malaysiakini dan harakahdaily ada melaporkan pekara ni..

Kepada bakal-bakal MPMUM tahun ni, pastikan pekara mcm ni xberulang dan tunjukkan kuasa pelajar. Sesungguhnya mahasiswa mampu memimpin menjadi yang terbaik..Jgn dengar cakap orang politik yang mengatakan mahasiswa sekarang lemah, tapi mereka xsedar, kerana merekalah sifat kepimpinan mahasiswa tenggelam..

sekian...
Zulkarnain Jalauddin

06 January 2009

renungkan..

Jika anda seorang muslim, anda jangan memanggil "mosque" tetapi masjid ini kerana organisasi islam menemukan bahawa "mosque" merupakan nyamuk. Janggan kamu tulis "mecca" tetapi tulislah "mekah" kerana "mecca" membawa maksud rumah anggur/bir. Jangan ditulis "mohd" tetapi tulislah dengan lengkap iaitu "muhammad" kerana "mohd" adalah anjing bermulut besar. Jangan ditulis "4JJI" tetapi tulislah "ALLAH SWT" kerana "4JJI" adalah "For Judas Jesus Isa Al-masih". Jangan kamu tulis "askum/akum" tetapi ditulislah dengan lengkap iaitu Assalamualaikum / salam kerana askum adalah celakalah kamu.

p/s: sama2 kita renungkan..

sekian dari
zulcar9