23 January 2009

JPA lambat sangat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

kenapa scholar jpa lambat sangat masuk???huhu...aku ada sms member aku kat usm tanya jpa dah masuk ke belum? dia bagitau aku dah masuk pagi ni..aku pun rasa happy la kejap n rasa um pun akan masuk jugak..aku pun terus chek bank islam online aku, tapi apa yang aku tengok mengecewakan aku...huhu..semua pelajar U yang dapat jpa dah masuk kecuali um je yang xmasuk ag..

sedih jugak jpa lambat sangat masuk..dah sebulan pengajian berlangsung tapi jpa tetap xmasuk2 lagi..aku xtahula sama ada pengurusan um yang lambat atau pengurusan jpa yang lambat..dah xtahu nak mengadu kat sapa..tiap2 sem macam ni..merana kami kt sini, sapalah yang dapat bantu kami dalam perkara ni..

pembelajaran dah mula, jadi kami perlukan buku. kami terpaksa mintak duit dari mak bapak dulu..dah la masuk tahun baru ni mak bapak kami perlukan duit yang banyak nak bayar yuran sekolah adik2, pakaian sekolah adik2,mcm2 lagi pastu terpaksa jugak keluarkan duit untuk perbelanjaan kami kt U ni..bukan semua antara mak bapak kami org yang berada..

kadang rasa cemburu bila tengok kawan2 kami yang dapat biasiswa dari syarikat swasta, sebelum masuk semester lagi duit dah masuk..contoh adik aku sendiri..dia dapat guna duit tu untuk blanja perjalanan pulang ke kampus, dapat beli buku dengan awal dan mcm2 lagi dapat dia lakukan untuk pengajian dia..student yang ambil pinjaman ptptn pun duit depa masuk awal.

setiap orang ada rezeki masing2. aku tulis ni bukan maksud aku xbersyukur dapat biasiswa jpa ni, tapi kecewa dengan pengurusannya, xtahulah sama ada jpa atau um yang lambat..aku ingin tahu pengurusan mana yang lambat, aku akan cuba cari jawapan..sesiapa yang tahu kongsi bersama, kasihanilah kami..

sekian...
Zulkarnain Bin Jalauddin

5 comments:

Anonymous said...

nk jpa... nk beli komputer quadqore

Anonymous said...

kalau nak kte jpa lambat.. agak tak logik sebab U laen da dpt.. UKM dpt awal pn.. so.. yg lembab sure la HEP UM...

Muhammad Hafizzuddin said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Hafizzuddin said...

1. tarikh pengesahan subjek kita lambat banding uni lain jadi antara penyumbang kelewatan jpa.

2. lepas dah sah subjek, pegawai hep kena kumpul semua pelajar jpa yang dah daftar baru boleh hantar nama2 ke jpa untuk bagi duit, lambat dia kumpul lambat hantar ke jpa lambat a dpt duit.

3. Jpa bagi banyak jadi jang habiskan semua untuk kegunaan kita sem depan sementara dpat duit baru.

4. sila bayar yuran anda untuk elakkan sekatan menduduki peperiksaan :)

Anonymous said...

hehe...saya setuju betul point hafiz yang ke-3 tu...hehe...sebenarnya, tak boleh nak tuding jari je kat orang lain...INGAT!! bila kita menuding jari kat pihak lain, yang lagi 4 jari tu ke arah kita sebenarnye..hehe..

memang la HEP UM lambat..kita dah tau pengurusan nyer macam tu, kita kena lah sediakan payung sebelom ujan..so...tepuk dada, tanya lah selera..hik hik hik