25 December 2009

Minat Berniaga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Hari ni aku dok rehat kat bilik terpikir rasa nak berniaga, tapi xtau la apa yang nak diniagakan. Kadang2 terasa buntu jugak memikirkan apa yang nak diniagakan sebab banyak menda yang dah ramai orang niagakan. Disebalik buntu tu rasa jugak nak tiru orang yang sudah berjaya dalam perniagaan. Rasanya xsalah untuk meniru tapi biarla kreatif dan xmenikam org yang telah berjaya dalam perniagaan. Kita pandai bercakap pun sebab kita tiru mak ayah kita bercakap kan, betul x??

2. Minat nak berniaga ni bukan baru sekarang timbul dalam diri aku. Dah lama dah. Sedikit sejarah hidup aku kongsikan. Abah aku dulu seorang tentera (TUDM) dan behenti (xder pencen) pada tahun 1995. Masa tu umur aku 8tahun. 3bulan jugak abah aku dok saja sambil tunggu panggilan kerja lain. Abah aku mula ikut kawan dia pergi berniaga. Daripada dok saja baik pergi berniaga, masa tu kecil-kecilan saja. Jualannya hanya ikan keli semata-mata. Dengan motor EX5 je abah aku bawa ikan2 tu pergi ke market.


3. Masa abah aku berhenti dari TUDM banyak perluang pekerjaan di luar sana. Abah aku dapat 3 tempat tapi semua abah aku tolak sebab dah mula berniaga. Abah aku memilih untuk berniaga. Aku pernah bertanya pada abah aku, kenapa tolak semua tempat tu. Abah aku menjawab, bila berniaga abah ada bnyak masa dengan anak2. Abah aku teruskan berniaga. Alhamdulillah rezeki bertambah dan kesihatan abah aku keadaan baik untuk terus mencari rezeki.

4. Semakin hari semakin bertambah jenis ikan jualan abah aku. Semuanya ikan sungai. Abah aku pun perlu pembantu. Bila aku umur 13tahun (tingkatan 1) abah ajak aku bersama untuk membantu. Setiap pagi selepas subuh aku pergi ke market ikut abah meniaga. Aku bantu apa yang boleh dan semua jenis ikan aku boleh bersiang. Semua tu dari tunjuk ajar abah aku. Aku dapat rasakan keletihan berniaga tapi seronok sebab nampak duit masuk. Masa tu sekolah aku disesi petang, pukul 11pagi kadang2 dah balik ke rumah, sempat berehat kejap dah bersiap untuk ke sekolah pulak. Sampai sekarang aku masih ikut abah berniaga bila cuti2 semester, tapi xsekerap dulu sebab abah dah ada seorang pembantu, bapak sudara aku sendiri.

5. Sejak dari situlah minat aku utuk berniaga timbul. Aku pernah bagitau abah yang aku minat berniaga. Sampai sekarang minat aku utuk berniaga xpernah luntur. Pesan abah, belajar dahulu, dapatkan ilmu, InsyaAllah ada yang lagi baik dihadapan. Aku akan terus berfikir. Berniaga juga Sunnah Rasulullah S.A.W. 9/10 rezeki itu adalah dari perniagaan.

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

6 comments:

Unknown said...

baguih2...aku pun minat berniaga dan anak org berniaga...sama mcm hg gak...tp ilmu masih belum ckp daa...huhuhu...teruskan usaha anda...majulah sukan untuk negara...eh bergurau plak

Hapiz Ahmad said...

aku pernah kena tangkap berniaga batang tebu dgn harga 20 sen sebatang di sekolah rendah .. denda dia, aku kena kutip sampah satu sekolah..

sedih giler waktu tu...
tp aku rileks je..

Zulkarnain said...

bagus udin, kecik2 lagi dah pernah try berniaga. kena denda tu satu cabaran dalam perniagaan semasa kecik2 dulu. aku suka juga pertanian tapi satu aku tinggal di taman perumahan. kalau dikampung boleh tanam mcm2 kemudian jual. Allah beri kat kita mcm2 yang penting kita kena usaha..

p0shy said...

wahh.. aku kagum taw bce cite mcm ko.. sbb aku dr kecik dok bandar, sampai ke besar.. nak ckp xnah rase susah, tipu la kan... cume susah anak bandar, mak bpk xde la bwa smpai g tmpt keje, cume diorg sll xde kat umah la kan,.. seyes, aku klo boleh nak rase mcm mane ko rase, g tlg mak ayah kat tmpt keje... sbb aku rase mcm tue dpt byk sgt pengalaman...

Fatihah said...
This comment has been removed by the author.
Fatihah said...

sy suke...sebab sy pon ank dr family yg berniage...ayah...abg...dan Alhamdulillah...mmg benar 9/10 drpd rezeki adalah drp berniage...dlu sy penah ikut ayah tp ayah tgk2kn ank2 buah je...sy pempuan...xleh tlg...abg plak perlukn tnage keje lelaki,sy x leh tlg jgak...=( ...hmmm...ayah saye ikut tok guru,sy nk ikut ayah saye...sy nk berniage jgakla...byk sket mase leh luang dgn family nnt...hehe...(^_^)