28 May 2008

tanda-tanda kiamat

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.' - Sahih Muslim
~ dah nampak dah... jangan dok asyik gi Golok sangat
3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...
4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai..
~ memang dah nampak dah...Macam Masjid Crystal tu ke..?
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)....Masyaallah..kalau ada dlm ofis ni tegur2 le…
10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda: 'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

part time

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....
semalam adalah hari ke-2 aku mula bekerja part time kt pizza-hut bangsar..aku,elie,sham kerja sekali kt pizza-hut kt situ..semalam jugak kami dapat baju pizza untuk pakai masa waktu keja kt situ..aku mula masuk keja semalam kul 2petang.aku ingat keja sampai kul 10malam je tapi kena keje sampai closing kul 12malam.xpala awal lagi,jadual keje pun x kuaq lagi.sebelum mula keje tu kami bertiga kena hafal menu2 kt pizza tu n kena tau mcm mana nak amik order kt customer..susah jugak la nak amik order tu sbb kena guna ayat2 skema..aku ni dah la stail slumber sikit..tp apa pun kena ikut la sbb tu polisi pizza..untuk semalam aku xder amik order lagi sbb aku x confident lagi,maybe lepas ni la..aku cuma amik bil(resit),setting meja,angkat pinggan2 customer,pendek kata keja yg mudah2 la..maklumla baru blajaq..hehe

aku keja part time pizza ni saja nak isi masa lapang aku.sepatutnya time ni semua budakU cuti,tapi aku buat short sem.aku amik satu subjek je,kelas pun hari isnin n jumaat je..keja kt situ dapat la sejam RM3.80.makan pizza tanggung..best gkla keja situ,semua org yg keja kt situ spoting n ramah..xkekok nak bantu kami yg baru ni.dari situ aku n kawan2 aku blajaq..byk lagi yg nak kena blajaq.

semalam aku keja sampai closing,sama2 abis keja dengan bdk2 pizza yg len termasukla yg dah lama keja kt situ..lepas je closing depa ajak pi minum2,aku,eli,sham layan je.ingat nak minum je sbb nak save duit,pastu depa suruh order makan,depa kata depa byaq..mmg depa order macam2,nak makan ke melantak,aku pun xtau.pastu aku teringat semalam 27 mei,maybe depa semua dh dapat gaji sbb tu blanja kami semua..aku rasa xterpinggir bila keja kt situ..hari ke-2 pun dah rapat..best.aku harap hari2 yg mendatang pun macam tu,still rapat dengn depa semua..

kepada kwn yg dok saja tu jomla join keja part time kt pizza bangsar..hehehe..jgn niat nak cari duit,tp nak cari pengalaman..doakan kejayaan aku sepanjang keja kt pizza-hut bangsar tu..=)

26 May 2008

hijau 2008

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
baru2 ni kolej satu UM telah melangsungkan satu projek xpdc mendaki GUNUNG RAJAH di Bentong Pahang. projek ni diberi nama PROJEK HIJAU anjuran JKP SUKAN & REKREASI KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA UNIVERSITI MALAYA SESI 2007/2008.aku merupakan salah seorng peserta yg turut mendaki ke gunung rajah bersama 31 peserta lain.projek ni berlangsung dari 8 Mei sampai 11 Mei.kami seramai 32 org bertolak ke kaki gunung pukul 12 malam pastu sampai kt sana pukul 2 pagi.mmg gelap gelita kt kaki gunung tu.kami bermalam kt situ esok paginya barulah kami mula mendaki.mula2 mendaki dah kena naik curam 70 degree.mmg penat.dalam sepuluh minit ja nek curam tu.lepastu mmg landai je ikut laluan balak.laluan balak xpenat sgt,best je..tp ada jgk peserta yg pening n nak pengsan sbb bawak bek berat sgt.kebetulan masa tu beg aku kecik n ringan,kwn2 pn suggest tukaq beg dengan aku...masa laluan balak mmg lengan lg,lepas je laluan balak tu barula kami semua kena masuk celah2 hutan rimba yg agak tebal la..dah la masing2 peserta bwk beg besaq2,apa depa letak dalam beg tu pun aku x tau..tp yg aku tau depa bawak baju sehelai je untuk pakai untuk tidoq.kami redah hutan samapai pukul lima baru sampai kt camp site.bnyak kali jugak berenti rehat,makan.untuk hari tu x sampai lagi kt puncak...
sampai camp site tu trus pasng khemah,pasang fly sheet.bdk pompuan semua pn tolong.siap je semua kami pi mandi, sungai kt situ dekat je n mmg sejuk.maklumla gunung,mmgla sejuk..pastu kami pi masak lak...lepas makan malam kami semua tidoq awal jgk..

esok paginya semua dok bersiap nak bertolak ke kaki gunung plak..kami semua tggl barang kt cam site,cuma bawak beg kecik ja isi makanan..ada yg x bawak beg langsung....kami amik masa dalam 4 jam nak sampai puncak.sebelum sampai puncak mmg gila2 susah,mencabar giler,sampai curam hingga 85 degree,terpaksala guna tali.mmg takut sgt..tapi kami semua berjaya tempuhi.sampai je kt puncak,mmg aku rs sgguh puas sgt2..aku menjerit sekuat hati...


nak tengok pic lagi masuk : click sini

pengenalan

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA......
hye...hari ni 26 mei 2008 merupakan hari pertama aku guna blog.aku rasa teruja pulak nk guna blog ni bila dah tengok ramai yg dah berjaya dengan blog sama ada yg baik mahupun yg xbaik..aku byk juga membaca blog2 org lain,blog2 pemimpin,blog yg berkaitan agama.dari situ timbul minat nak ada blog sendiri yg lebih tertumpu kepada hal sendiri..aku ni baru je nak guna blog,so bnyak menda yg nk kena blajaq cara nak guna blog ni..kalau ada salah silap ke,tersasul ke bagitau la kt aku..aku sentiasa terima teguran dan pengajaan..