21 February 2010

perbezaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Baru hari ni aku dapat update blog aku setelah abis cuti raya cina atau cuti midsem aku. Alhamdulillah aku selamat sampai ke kolej. Bertolak dari Sungai Petani (SP) jam 11.30malam, sampai di Hentian Puduraya jam 5.30pagi. Sempat aku solat subuh di surau Hentian Puduraya. Kemudian terus aku pulang ke kolej.

2. Bukan hal perjalanan aku yang nak aku ceritakan, tapi tentang perbezaan yang berlaku yang aku baru nampak dan baru tahu. Ia lebih kepada perkara yang melibatkan diri aku. Pekara ini juga ada berunsurkan politik. Sedikit sahaja perbezaan yang ingin aku ceritakan tapi suka aku untuk kongsikan. Kita terus kepada perbezaan tersebut.

3. Perbezaan pertama yang ingin aku ceritakan di sini, semasa aku pulang ke Kedah (SP), aku sempat keluar ke pekan bersama2 mama aku dan adik2 aku. Semasa dalam perjalanan aku sempat memerhatikan sekitar pekan SP, mana tau kot2 ada perubahan berlaku. Aku terjumpa benda baru, papan iklan di SP banyak dengan tulisan jawi. Lagi yang menarik aku tengok Farah Fauzana mengena tudung pada iklan HOT FM.

4. Pekara ni berbeza di negeri2 lain kecuali Kelantan. Banner iklan Celcom Krisdayanti mengenakan tudung di Kelantan. Berbeza di negeri2 lain. Alhamdulillah dah ada perubahan di negeri Kedah tempat aku membesar dan negeri Kelantan tempat kelahiran aku menjadi ikutan. Comel Farah Fauzana dan Krisdayanti mengenakan tudung. Ini yang aku katakan perbezaan pertama.

5. Perbezaan kedua yang menarik perhatian aku ialah pembayaran wang kepada semua pengajar al-Quran di seluruh kawasan negeri Pulau Pinang. Tok aku telah menerima wang sebanyak RM600 dari kerajaan negeri kerana mengajar al-Quran kepada anak2 kawasan kampung. Kerajaan negeri mencari semua pengajar2 al-Quran di seluruh kawasan Pulau Pinang. Tok aku mengajar al-Quran sebelum kerajaan negeri bertukar lagi. Ini satu perbezaan.

6. Mama aku turut sama menerima wang sebanyak RM100 dan cerderahati dari kerajaan negeri Kedah kerana mengajar al-Quran kepada anak2 kawasan taman aku. Nilainya kecil berbanding di negeri Pulau Pinang. Walaupun kecil tapi penghargaan dari kerajaan negeri tetap ada pada pengajar2 al-Quran. Mama aku mengajar al-Quran sejak aku kecil lagi sampai bertukar kerajaan pun masih mengajar al-Quran.

7. Itulah perbezaan yang ingin aku ceritakan. Semua pekara tu banyak berkaitan dengan aku, dekat dengan aku, hampir dengan aku. Mari berfikir..

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

11 February 2010

fuhhhhh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Alhamdulillah test switch reluctant motor (SRM) dah setel. Semua boleh dijawab. Harap2 dapat marlkah banyak2 hehhe..Petang ni aku pi keje part time. Keje kejap ja then malam ni aku pulang ke Kedah semperna cui raya cina. Tiket bus kul 11.45pm.

2. Balik rumat tenet xdak, maybe xdapat nak update blog sangat la. Lepas balik pada cuti seminggu baru mula balik update. Tapi kalau ada masa ke CC aku akan update untuk suka2. Kepada kaum cina selamat bercuti dan selamat menyambut Tahun Baru Cina. Hati2 di jalan raya.

3. Xtau nak tulis apa dah..=)

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

07 February 2010

trek dan padang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


1. Tadi berakhir sudah sukmum acara trek padang yang berlansung di pusat sukan UKM. Mungkin itulah sukan terakhir aku semasa berada di UM ni. Dari 1st year sampai final year aku menyertai acara yang sama iaitu 4x400m.
  • 1st year aku dapat medal gangsa
  • 2nd year aku dapat medal gangsa
  • 3rd year aku dapat medal perak
  • 4th year aku xdapat medal
2. Kesimpulannya aku dah semakin berat..hahaha..Apa pun aku seronok masuk acara tu sebab aku masih mampu berlari satu pusingan trek.






















sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

06 February 2010

NGO dan Mahasiswa berdemo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Harini mood aku kepada politik sikit. Politik kampus nak sentuh, politik luar pun nak sentuh. Bukan aku yang nak menulis sebenarnya, aku nak kongsi maklumat apa yang aku baca yang aku rasa bernas untuk kita sama2 pikirkan. Kepada NGO melayu kalau baca tulisan kat bawah ni bagusla dan pikir2kanlah..Kepada Mahasiswa yang dok berdemo xabis2 lagi tu lagi digalakkan untuk membaca tulisan kat bawah ni..

p/s: mari membaca, jangan malas. membaca dan berfikir.

Untungkah Melayu Serang Guan Eng?

BERBAGAI pihak dan puak yang menamakan diri mereka NGO itu dan anu telah mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan di Pualau Pinang sehari dua ini. Tunnjuk perasaan hari ini dikira terbesar. Mereka berbuat begitu kerana membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan bersikap kurang ajar kerana membelakang dan menyisihkan Melayu.

Kritikan terhadap Ketua Menteri yang disayangi pemimpin Pas itu juga dibuat ahli Parlimen PKR yang menjadi rakan Lim Guan Eng sendiri. Macam-macam ditala ke arah Guan Eng termasuk diktator, chauvenis dan bersikap macam komunis. Ini satu tuduhan keras dan berat.

Anih bagi saya kalau benar Guan Eng komunis, chauvenis dan diktator kenapa ia masih dihormati dan disayangi oleh rakannya bernama Pas. Pelik? Pas sebagai parti Islam tidak mungkin dapat menerima komunis ataupun mereka yang bersikap diktator.

Sesiapa pun tidak dapat menerima kalau ada diskriminasi kaum di negara ini. Apa lagi kalau diskriminasi itu dilakukan ke atas Melayu. Melayu yang merasakan mereka tuan negara ini akan terhina kalau mereka dipermain dan dinjak-injakkan.

Di sini saya tidak bermaksud berpihak ke mana-mana pihak dalam soal ini. Bukan menyokong tindakan berbagai NGO termasuk yang berpejabat di KL mengkritik dan mendesak Guan Eng itu dan bukan bersimpati berlebihan kepada Guan Eng. Kalau itu benar, bukan saja NGO berkenaan tetapi seluruh orang Melayu termasuk dari Sabah sana harus bangkit mendesak Guan Eng.

Saya nak tanya sekalian orang yang mendesak Guan Eng dan mengkritik beliau. Apakah benar Guan Eng bersikap kurang ajar dan tidak membela nasib Melayu? Saya rasa bukan saja saya, tetapi orang lain juga mahu melihat bukti-bukti apa yang dikatakan itu. Elok senaraikan apakah bentuk pengabaian terhadap orang Melayu dan jangan hanya tahu menuduh dan melolong mengatakan DAP mengabaikan Melayu.

Kita tahun DAP memerintah Pulau Pinang belum sampai tiga tahun. Sebelum ini negeri itu diperintah orang Cina menerusi parti Gerakan. Apakah selama 35 tahun lalu nasib Pulau Pinang terbela? Dan apakah pengabaian dan pilih kasih oleh Gerakan boleh dimaafi dan diamkan saja?

Kalau boleh untuk bersikap adil, NGO yang membantah Guan Eng kemukakan statistik mengenai kedudukan orang Melayu Pulang Pinang baik dalam pemilikan hartanah, pendapatan, pengangguran dan sebagainya. Bandingkan juga kehidupan orang Melayu semasa 35 tahun Gerakan memerintah dengan DAP yang baru dua tiga tahun ini.

Senaraikan jumlah orang Melayu di Pulau Pinang telah berpindah ke tanah besar sejak 35 tahun lalu dan bandingkan dengan jumlah yang ada hari ini. Ataupun orang Melayu di Pulau Pinang sudah tidak berpindah lagi kerana semuanya sudah tiada?

Kemukakan juga apakah keuntungan yang diraih orang Melayu sewaktu Gerakan dan apakah pula kerungian yang dialami orang Melayu sejak DAP memerintah. Sebut sekali nilai. Kalau pun nisbahnya berbeza disebabakan perbezaan tempoh tidak mengapa, yang penting sebut dan kemuakakan untuk dijadikan bukti.

Adalah tidak adil kalau hanya mengatakan Guan Eng, kejam kalau setakat gerai peniaga Melayu dirobohkan. Apakah selama 35 tahun dulu Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak pernah meroboh gerai orang Melayu? Apakah sejak 35 tahun lalu tanah wakaf milik umat Islam tidak terusik dan berkurangan sejengkal pun.

Kalau data-data dan bukti ini dikemukakan rasanya ia lebih adil dan menarik. Orang Melayu seluruhnya boleh bertindak jauh dari itu kalau nasib kaum mereka di pulau itu terbiar. Janganlah pula nasib malang orang Melayu disebabkan pemerintahan Gerakan selama 35 tahun hendak diletakkan atas belakang DAP.

Saya tidak membela DAP, tetapi mahu lihat keadilan dan realiti. Orang Melayu dan orang bukan Melayu perlu bersikap terbuka dan bertindak berlandaskan fakta dan keadilan. Kalau setakat hendak melepaskan buakan nafsu ia tidak ada guna. Kalau bakar kertas dan topeng pemimpin ia merugikan harta benda saja. Kalau api terkena jari, ia melecur tidak tentu fasal. Maksud yang dhendak dicapai tidak ke mana pun.

Kepada NGO yang lantang itu saya bimbang tindakan mereka akan dilebelkan sebagai ekstrem oleh kaum muda Cina. Realiti di Malaysia kena ingat bahawa kuasa negara ini memerlukan perkongsian dengan Cina. Apa juga yang perlu diketahui apakah kecaman ke atas Guan eng dan DAP itu turut disertai sama kalangan Cina?

Kalau orang Cina diam dan tidak ikut sama menyokong ibarat kata desakan itu tidak lebih seperti anjing kudung menyalak bukit saja. Telinga berkibas ekor terkedik-kedik, bukit tidak runtuh suara hilang ditelan angin lalu. Kerja-kejra bodoh seperti itu elok dihentikan dan carilah kaedah lain kalau pun orang Melayu Pulau Pinang inginkan kuasa di negeri itu.

Cara Melayu menyerang Guan Eng saya tidak nampak ia berjaya kerana masyarakat Cina di Pulau Pinang menolak cara itu dan mereka lebih memerhati sejauh mana kemampuan Guan Eng. Orang Cina lebih terbuka dan bersikap demokratik dan bukannya emosi bodoh! [wm.kl. 6:45 pm 05/02/10]

04 February 2010

mandarin dan tulisan jawi








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Seronok kalau aku tau bahasa mandrin. Dapat paham
pun jadi la, kalau dapat berkomunikasi lagi bagus. Aku suka bila berjumpa orang cina orang india yang pandai bercakap guna bahasa melayu. Kalau aku boleh cakap bahasa mereka pasti mereka juga rasa suka seperti mana aku suka mereka berbahasa melayu.

2. Kenapa kat sekolah dulu xdak mata pelajaran mandrin?? Kalau ada kan best, biar xpandai asalkan tahu sedikit sebanyak. Boleh jugak paham apa yang ditutur, apa yang ditulis. Kat sekolah dulu aku ada belajar tulisan jawi. Penulisan jawi aku xla sehebat mana sebab hanya sekolah rendah je ada kelas jawi, masuk sekolah menegah dah xder kelas jawi. SPM plak baru tukar format kertas exam ada tulisan jawi.

3. Dari kelas jawi tu sekurang2nya aku tahu jugak menggunakan tulisan dan membaca jawi. Walaupun xlancar membaca jawi tapi xla buta terus. Kalau aku bandingkan dengan tulisan dan membaca cina memang aku xtau langsung. Aku buta terus. Lagi satu komunikasi dalam bahasa mandarin pun aku xpaham langsung. Dengar sahaja orang cina bercakap tapi haram xpaham.

4. Abah aku seorang peniaga ikan. Kawasan abah aku berniaga adalah kawasan majoriti orang cina. Dalam pasar tu ada 24meja ikan, 3meja sahaja kepunyaan orang melayu, salah satunya abah aku. Bila aku ikut abah aku berniaga aku dikelilingi dengan peniaga2 cina dan pembeli2 cina. Orang melayu, orang india pun ada tapi ramai lagi orang cina. Semua baik2 belaka, boleh melawak, bergelak tawa semua ada walaupun berbeza kaum. Paling aku kagum ada pelanggan abah aku orang cina yang boleh mengeja jawi.

5. Abah aku berniga gunakan bahasa melayu. Itu bahsa yang semua orang Malaysia paham. Dari suasana market tu aku rasa rugi bila xtahu mandarin. Orang cina boleh paham bahasa melayu tapi orang melayu xpaham bahasa mandarin. Masa tu la hati aku berkata2 kenapa kat sekolah dulu xder kelas mandarin. Untung kalau tahu banyak bahasa ni.

6. Kalau tau banyak bahasa kita jugak susah untuk ditipu. Aku tahu beberapa jenis ikan sahaja dalam bahasa cina. Itu pun kebetulan aku berniaga dengan abah aku. Nilai duit, abah aku lebih cekap dalam bahasa cina, aku tau sikit2 sahaja. Aku nak nyatakan nilai duit dalam bahasa cina pun aku takut2, bimbang tersalah sebut nilai dalam bahasa cina..hehehe..

nota: Nabi pernah berkata tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. kenapa negeri China??sama-sama kita pikir.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

belajar terima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. PRK UM dah berakhir. Kecoh jugak la kat UM ni, boleh kata 1 Malaysia tau la. Budak U kat luar negara pun turut tau pasal kekecohan PRK UM ni. Malas nak cerita kronologi kekecohan kat UM ni. Kalau nak tau, sendiri cuba cari.

2. Keputusan PRK UM berpihak kepada PENGGERAK sebagai majoriti. PRO-M tidak berpuas hati dengan keputusan PRK kali ni. Meraka bilang keputusan tu tidak adil. Penggunaan e-voting xadil. Aku xpaham la, kenapa bila dah keluar keputusan baru nak bising2?? persoalan aku tinggalkan.

3. Aku bagi anologi la, kalau kita dah tau pengadil kat padang tu xadil (berat sebelah) buat apa kita nak masuk padang. Boikot la awal. Kalau dah tau sistem e-voting xadil kenapa masuk jugak bertanding, kenapa xberdemo sebelum mengundi?? dah keluar keputusan baru nak kecoh, tarak guna la, buang masa.

4. Aku tau ada yang pi berdemo kat putrajaya hari tu, tapi kementerian xlayan. Xboleh ka ambil langkah berbincang pasal e-voting ni?? bila keluar keputusan baru nak mintak lantik orang memeriksa sistem e-voting. Kenapa xsebelum tu? dah keluar keputusan baru nak bising2. Dengar kata esok ada lagi perhimpunan dari PRO-M.

5. Bagi pendapat aku la, demokrasi kat dalam UM ni lagi baik la dari U lain terutama UKM. Budak UM bebas nak berhimpun, stakat ni xdak pulak dengar yang kena tangkap, tapi UKM sampai 6orang kena tangkap kalau xsalah aku. pikir2kan la.

6. Jadi pemimpin dalam UM ni memang dikenali, aku xnafikan, baik pemimpin dari PRO-M mahupun pemimpin dari PEBGGERAK. Jadilah pemimpin yang baik. Usahla menaikan nama dengan kontroversi sahaja. Anda seronok pemimpin2 politik luar menyebut2 nama anda sebab berani melawan. Bagus anda berani lawan tapi aku nampak xkena tempat la. Pemimpin luar xtahu situasi kat dalam UM, aku xsalahkan mereka, tapi salahkan anda.

7. Aku xberpihak kepada mana2 pun, yang mana betul, aku akui betul, yang mana salah aku tetap kata salah.

p/s: belajarlah terima kekalahan..kehidupan kita seperti roda, ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah. Usaha tangga kejayaan.

aku petik dari Malaysiakini

Tiada pilihan raya semula di UM

Pilihan raya kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) tidak akan diadakan semula dan keputusan pada Khamis lalu kekal, demikian diumumkan oleh naib canselornya, Prof Datuk Ghauth Jasmon, sebentar tadi.

Menurut beliau, sehubungan itu Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan dibentuk kabinetnya dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, siasatan yang dijalankan oleh perunding yang dilantik oleh pihak universiti dan juga perwakilan pelajar mendapati tidak ada masalah dengan sistem pengundian berkomputer (e-undi).

"E-undi tak ada masalah. Kedua-dua konsultan yang dilantik daripada pelajar dan pihak universiti kata tak ada masalah.

"Harvard yang menggunakan e-votingjuga tidak ada masalah," katanya.

Menurut Ghauth lagi, semua bantahan yang dikemukakan oleh pelajar tidak memberi kesan kepada keputusan pengundian.

Bagaimanapun, pihak universiti akan terus membuat pemantauan bagi penambah-baikan sistem tersebut dalam pilihan raya akan datang.

Dengan pengumuman itu, kumpulan pro-Aspirasi kekal menguasai UM dengan memperolehi 21 kerusi.

Pihak pro-Mahasiswa (pro-M) pula mendapati 17 kerusi manakala calon bebas mendapat tiga kerusi. Dua daripada tiga calon berkenaan kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan pro-A.


sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin