04 December 2009

broadband

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Tiga hari lepas aku dan adik aku pergi ke celcom subscribe celcom broadband yang RM68-384kbp. Aku beli sekali dengan modemnya sekali. Xsampai sejam daftar dah boleh pakai. Bagus, pantas kerja mereka lakukan. Mulanya xtau jugak nak buat pilihan broadband mana yang bagus. Ada streamyx, wimax, celcom, maxis, digi. Aku pilih celcom sebab sebelum ni aku pernah guna juga, coverage ok la jugak.

2. Bila hari pertama pakai memang coverage cukup mengecewakan aku, lembabnya seperti pakai dial-up. Sampai nak buka page google pun makan masa yang agak panjang. Wireless dekat kolej aku laju lagi. Aku dah mula naik fedup dan rasa menyesal pulak subscribe celcom broadband ni. Nak guna streamyx rasa xberbaloi sebab aku dan adik-adik aku dok kat rumah kejap je, cuti semerter je pun.

3. Harini aku ajak adik aku pergi celcom lagi sekali, nak upgrade yang RM98-3.6Mbp. Sampai kat sana je terus ke kaunter, dan aku maklumkan kat dia kata nak upgrade dari RM68 ke RM98. Dia terus je tanya encik pakai kawasan mana, aku pun beritahu di Taman Semarak. Dia bagitau aku dan adik aku kalau encik nak upgrade boleh tapi saya takut encik dapat coverage sama jugak macam sekarang ni sebab sekarang ni celcom tengah upgrade dia punya pemancar, January 2010 baru semua lancar elok.

4. Panas hati aku dengar macam tu. Taktik perniagaan mereka ni kotor bagi pendapat aku. Celcom promotion gila-gila tapi coverage sendiri pun xdapat tampung lagi jumlah pengguna. Depa ni penting keuntungan sahaja, pengguna yang kena.

5. Bukan celcom saja macam tu, wimax pun sama. Aku pernah didatangi promoter P1-wimax. Dia ni galak la promote kat aku suruh subscribe wimax, dapat modem percuma. Masa tu aku kat KL. Memang murah wimax ni tapi kelajuannya aku xpernah try lagi tapi bila aku tanya kedah dapat coverage x? Dia asyik berdalih kata nanti kita akan sampai kesana. Bila aku chek kat internet, wimax ni bukan seluruh malaysia lagi coverage dia, tapi promotion dia gila-gila, sampai masuk TV lagi. Jangan la tertipu.

6. Ni aku bersabar juga untuk guna celcom broadband ni, lepas sebulan maybe terminate la. Adik aku pun setuju. Dan aku tertanya-tanya juga bila internet kat malaysia ni nak laju eh, macam di barat. Kadang-kadang bila tengok citer-citer barat, mereka gunakan internet, sekali clik terus sesuatu page muncul walaupun di kawasan perdalaman, jeles aku.

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

2 comments:

sham said...

sabo2..

satuhala said...

Cakap pasal internet dan servisnya di Malaysia ni memang boleh naik angin satu badan.. Incredible hulk pun boleh tukar warna jadi pink kalau hari-hari naik angin dengan servis internet ni.. tambah bila nak update posting blog, kekadang sampai sehari suntuk nak upload garfik dengan gambar.. tapi apa boleh buat.. sabar, sabar dan terus sabar..