31 January 2009

tabik spring kat President Turkey

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

dunia di kejutkan dengan keberanian president Turkey,Erdogan mengkritik president Israel,Peres laknatullah di dalam forum yang ditonton oleh seluruh dunia..wa tabik spring sama lu Erdogan..





sekian...
Zulkarnain Bin Jalauddin

29 January 2009

Kabinet MPPUM diketahui Isnin depan-malaysiakini-

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya akan ditentukan awal minggu depan, kata seorang perwakilan kerusi umum kumpulan pro-Mahasiswa, Mohd Ridhuan Mohammad.

Sementara watikah pelantikan semua 41 calon yang menang akan diserahkan pada 5 Februari, tiga hari selepas pertemuan pertama bagi membincangkan pembentukan jawatankuasa MPP.

Anggota-anggota MPP daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali pro-Aspirasi) dan pro-Mahasiswa sudah dihubungi semalam untuk bertemu dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr Azarae Idris, Isnin depan.

Dalam piliharaya kampus itu minggu lalu, Penggerak Mahasiswa memenangi 20 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus gagal mempertahankan penguasaan mereka pada sesi lalu.

Manakala pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi – menyebabkan ia tidak layak membentuk kabinet MPP dengan segera – dan calon bebas memenangi dua kerusi.

Susulan itu, pembentukan rasmi MPP terpaksa ditangguhkan hampir dua minggu.

Dua perwakilan bebas - Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San – dari Fakulti Undang-undang menyokong kumpulan pro-Mahasiswa dalam pungutan suara dua hari selepas pilihanraya kampus, 19 Januari.

Sebanyak 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti dipertandingkan pada sesi ini.

Jurucakap Penggerak Mahasiswa, Wan Mohd Hasif Wan Mohd Ali pula berkata pemilihan yang dipertua MPP tidak bergantung kepada jumlah majoriti kerusi yang dimenangi.

Sebaliknya ia dipilih melalui undian daripada 41 anggota MPP yang menang baru-baru ini.

"Pada 1997, siapa yang akan menjadi yang dipertua dipilih oleh suara majoriti (undian terbanyak), tidak kira calon itu menang kerusi umum atau fakulti," katanya.

Tambahnya, Penggerak Mahasiswa juga mempunyai calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan teratas badan tertinggi pelajar itu.

"Kita ada calon YDP dan timbalannya. Oleh kerana kemenangan 21-20, keadaan menjadi sukar.

"Jadi kita ada permintaan. Kami hendak jawatan naib yang dipertua diisi oleh calon fakulti kami," katanya.

Dalam pilihanraya kampus sesi lalu yang diadakan pada 2007, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Beliau mencadangkan, tiga jawatan naib yang dipertua MPP wajar diisi oleh pemimpin pelajar berketurunan Melayu, Cina dan India “sebagai tanda perpaduan”.

Wan Mohd Hasif menambah, pihaknya tidak membuat sebarang perundingan atau pertemuan secara rasmi ataupun tertutup dengan Pro-Mahasiswa untuk membentuk jawatankuasa MPP.

Dihubungi semalam, Mohd Ridhuan pula berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meletakkan tokoh bagi yang dipertua MPP.

Lagipun, katanya, calon pro-Mahasiswa mendapat undi popular pelajar dan memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum yang dipertandingkan.

Mohd Ridhuan turut mengesahkan pihaknya tidak mengadakan perbincangan dengan Penggerak Mahasiswa untuk membentuk kabinet campuran.

Usaha hukum Israel di Mahkamah Antarabangsa mesti dilancarkan

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh)- Empat Badan-bandan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia menggesa satu usaha drastik dilaksanakan bagi membawa Israel ke muka pengadilan di Mahakamah Antarabangsa sekaligus menghukum rejim itu yang secara biadap membunuh lebih 1,300 umat Islam tidak berdosa di Gaza, Palestin.

Ngo-ngo terbabit terdiri daripada Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA'IY) dan Center for International Muslim Minority Affairs (CIMMA) dalam kenyataan bersama mahu tindakan paling tegas ke atas Israel seperti memutuskan semua perhubungan dan mengharam penjualan atau pembekalan sebarang senjata kepada Israel.

Kenyataan media bersama yang dihantar ke Harakahdaily itu ditandatangani oleh Pengerusi Shura Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Presiden Teras dan Kordinator CIMMA, Mohd Azmi Abdul Hamid serta Timbalan Pengerusi JAMAI�Y Zulkifly Ibrahim.

Dalam masa yang sama NGO terbabit mahu tidakan undang-undang diambil ke atas mana-mana Negara dan syarikat yang menjual senjata kepada Israel selain mendesak semua Negara OIC , EU , NAM dan Komenwel supaya memutuskan semua perhubungan ekonomi, politik dan budaya dengan Israel dan membatalkan semua perjanjian dengan Israel. Image

" Kami mahu persidangan antarabangsa untuk menghakimi jenayah perang ke atas kemanusiaan yang dilakukan ke atas Gaza termasuk yang dilakukan di Lebabon pada 2006.

"Dan kami juga menegaskan kembali Resolusi PBB 3379 yang mengklasifikasi Zionism sebagai rasis dan memecat keanggotaan Israel dari PBB di samping melancarkan kempen antarabangsa untuk membangunkan Gaza , menamatkan sekatan ke atas Gaza dan membebaskan semua tahanan politik dikalangan rakyat Palestin di Israel," kata wakil-wakil NGo terbabit.

NGO terbabit menegaskan sudah sampai masanya Israel mesti diheret ke mahkamah antarabangsa untuk didakwa atas tindakannya melakukan jenayah perang ke atas Gaza yang mana Israel secara paling biadap masih menafikan bahawa senjata yang diguna dalam serangan 21 hari ke atas Gaza adalah menyalahi undang-undang antarabangsa.

Ini sangat bercanggah dengan dakwa kumpulan Hak Asasi Manusia iaitu Amnesty international bahawa Israel secara terang-terangan telah menguna munisi fosforus putih ke atas kawasan yang padat dengan penduduk di Gaza secara rambang dan melanggar undang-undang antarabangsa. Ini adalah asas yang kuat untuk mendakwa Isreal telah melakukan jenayah perang.

Pada hari yang sama fosforus putih digugurkan ke atas hospital al-Quds di Gaza City, yang menyebabkan kebakaran dan memaksa seluruh kakitangan dan pesakit dikeluarkan dari kawasan tersebut untuk menyelamatkan nyawa . Image

Ketika itu , PBB menuduh Israel mengguna fosforus putih dan sepatutnya boleh didakwa di mahkamah antarabangsa terhadap keganasan yang dilakukannya ke atas Gaza sejak 27 Disember 2008 serangan bermula .

Wakil-wakil NGO Islam itu mahu supaya semua pencipta keadilan dan keamanan melancarkan kempen di peringkat antarabangsa agar dapat mendakwa Israel di atas kesalahannya serta kezalimannya dimahkamah antarabangsa.

"Tindakan ganas serangan Israel secara rambang ke atas populasi Gaza sangat ketara melanggar hampir keseluruhan undang-undang antarabangsa . Ia termasuk prinsip keseimbangan (proportionality) dan pengasingan ( antara anggota tentera dan rakyat awam) ketika melancarkan perang.

"Kami berpendirian bahawa bahasa kecamaan semata-mata yang kerap dilaungkan oleh pelbagai pihak tidak akan memadai untuk menangani keganasan Israel yang terbaru ini.

"Sudah sampai masanya anggota tentera secara individu dibicarakan. Pembicaraan ini nanti akan menghentikan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dari pelbagai pihak .

"Dengan cara ini dapat dihantar mesej yang jelas bahawa kini semua individu mesti bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya . Pembicaraan itu juga dapat menghalang keganasan yang dilakukan ke atas Gaza atau mana-mana kawasan dan dengan itu dapat memulakan proses pendamaian," demikian antara petikan kenyataan bersama NGO Islam terbabit. - azm _

23 January 2009

JPA lambat sangat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

kenapa scholar jpa lambat sangat masuk???huhu...aku ada sms member aku kat usm tanya jpa dah masuk ke belum? dia bagitau aku dah masuk pagi ni..aku pun rasa happy la kejap n rasa um pun akan masuk jugak..aku pun terus chek bank islam online aku, tapi apa yang aku tengok mengecewakan aku...huhu..semua pelajar U yang dapat jpa dah masuk kecuali um je yang xmasuk ag..

sedih jugak jpa lambat sangat masuk..dah sebulan pengajian berlangsung tapi jpa tetap xmasuk2 lagi..aku xtahula sama ada pengurusan um yang lambat atau pengurusan jpa yang lambat..dah xtahu nak mengadu kat sapa..tiap2 sem macam ni..merana kami kt sini, sapalah yang dapat bantu kami dalam perkara ni..

pembelajaran dah mula, jadi kami perlukan buku. kami terpaksa mintak duit dari mak bapak dulu..dah la masuk tahun baru ni mak bapak kami perlukan duit yang banyak nak bayar yuran sekolah adik2, pakaian sekolah adik2,mcm2 lagi pastu terpaksa jugak keluarkan duit untuk perbelanjaan kami kt U ni..bukan semua antara mak bapak kami org yang berada..

kadang rasa cemburu bila tengok kawan2 kami yang dapat biasiswa dari syarikat swasta, sebelum masuk semester lagi duit dah masuk..contoh adik aku sendiri..dia dapat guna duit tu untuk blanja perjalanan pulang ke kampus, dapat beli buku dengan awal dan mcm2 lagi dapat dia lakukan untuk pengajian dia..student yang ambil pinjaman ptptn pun duit depa masuk awal.

setiap orang ada rezeki masing2. aku tulis ni bukan maksud aku xbersyukur dapat biasiswa jpa ni, tapi kecewa dengan pengurusannya, xtahulah sama ada jpa atau um yang lambat..aku ingin tahu pengurusan mana yang lambat, aku akan cuba cari jawapan..sesiapa yang tahu kongsi bersama, kasihanilah kami..

sekian...
Zulkarnain Bin Jalauddin

22 January 2009

Pro-M dan bebas menang besar di UIA-malaysiakini-

Pro-M dan bebas menang besar di UIA
Abdul Rahim Sabri | Jan 22, 09 11:57am

Pilihanraya kampus bagi Universiti Islam Malaysia (UIA) hari menyaksikan calon pro-Mahasiswa dan calon bebas hampir menyapu bersih kesemua kerusi fakulti dan kerusi antarabangsa yang dipertandingkan.

Manakala pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguh sehingga 29 Januari depan, selepas kumpulan pro-Mahasiswa membuat bantahan terhadap seorang calon yang bertanding di kerusi berkenaan.

Menurut keputusan rasmi hari ini, pro-Mahasiswa memenangi 17 kerusi fakulti manakala calon bebas menang tiga kerusi.

Pencapaian tersebut menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pro-Mahasiswa pada sesi lalu.
Calon bebas juga menyapu bersih kesemua lima kerusi antarabangsa yang dipertandingkan hari ini.

Manakala calon pro-Aspirasi dan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula masing-masing memenangi satu kerusi.

Selepas penamaan calon Isnin lalu, kumpulan pro-Mahasiswa sudah memenangi dua kerusi tanpa bertanding di Fakulti Kejuruteraan di kampus Gombak dan Fakulti Kejururawatan di kampus Kuantan.

Seorang calon bebas pula menang satu kerusi tanpa bertanding di kerusi Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi.

Dalam pengundian hari ini, bagi kampus Gombak, pro-Mahasiswa menang sembilan kerusi manakala calon bebas, pro-Aspirasi dan PKPIM masing-masing menang satu kerusi.
Bagi kampus Kuantan pula, pro-Mahasiswa memenangi lapan kerusi, dua dimenangi oleh calon bebas dan pengundian dua kerusi lagi ditangguhkan.

UIA merupakan universiti awam terakhir mengadakan pilihanraya kampus. Sebelum ini, Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan pilihanraya kampus masing-masing.

Kecuali UM, seperti yang diduga, kesemua universiti awam lain lain dikuasai oleh kumpulan pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan.

Pengundian bagi pilihanraya kampus UIA bermula jam 8 pagi dan akan berakhir pada jam 5 petang.

UAE 5-0 Malaysia



aku petik dari hanief.blogspot.com

21 January 2009

Obama bukan Zulkarnain

Oleh : Muhammad Ibn 'Az

Pada ketika posting ini ditulis selepas solat Maghrib, 20 Januari 2009, channel 511 CNN sedang memaparkan ke seluruh dunia persediaan bagi upacara angkat sumpah bagi Barrack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika ke 44. Angka 44 bagi mana-mana pihak yang mengimani Feng shui, membawa kepada kematian berganda.

Muslim tidak pernah peduli dengan semua ketaksuban tentang nombor tersebut. Waktu ini, dipaparkan di dalam CNN subuh hampir menjelma di sana. Bagi mana-mana negara, subuh ialah waktu yang menandakan permulaan hari baru. Manusia biasa menunggu subuh sebelum berbuat sesuatu perkara untuk hari tersebut. Tetapi kali ini, seluruh dunia menunggu subuh yang muncul di Washington. Kali ini semua mata tertumpu kepada terbitnya mentari pagi di Washington.


Semenjak manusia mengambil tahu mengenai turun naiknya matahari, cuma pada hari ini naiknya matahari di negara antara yang paling Barat ditunggu di seluruh dunia. Matahari naik yang juga menjadi logo kempen Obama. Jika dahulu, Zulkarnain melihatkan matahari terbenam di atas suatu kaum di atas laut berlumpur hitam sepertimana yang tercatat di dalam surah al Kahfi ayat 86. Banyak mufassir (ahli tafsir) mencadangkan nama-nama tempat di mana peristiwa ini berlaku, tetapi ianya kekal cadangan kerana yang lebih mengetahui hanyalah Allah. Syed Qutb menolak untuk memperjelaskan melalui kisah-kisah Israeliyyat mengenai perkara ini. Tetapi dia mencadangkan satu tempat dipinggir lautan Atlantik. Itu semua juga tidak penting. Yang penting dari kisah Zulkarnain ini ialah pengajaran yang harus di ambil dari salah seorang Hamba Allah yang diberikan Allah jalan kuasa yang membawanya menguasasi Timur dan Barat. Pengajaran yang utama ialah, di mana saja penguasa ini pergi, keadilan, berhukum dengan betul serta kemakmuran di dalam keselamatan yang ditawarkannya merupakan agendanya yang paling penting dan diutamakan. Itu Zulkarnain. Tetapi lebih kurang 3 jam dari waktu posting ini ditulis, Barrack Hussein Obama akan mengangkat sumpah. Sumpah yang diikrarkannya akan menjadikannya orang yang paling berkuasa di dunia. Tapi Obama bukan Zulkarnain.

Kita tidak menilaikannya melalui janji dan kata-kata. Kita tidak menilaikannya melalui karektor dan fenomena luarbiasa yang melanda Amerika yang menyokongnya. Kita menilaikannya melalui perbuatannya nanti. Kita juga tidak lupakan bagaimana dia menikus di Hawaii ketika saudara kita disembelih di Palestin.

Sesuatu yang menghairankan ialah, kenapa tiba-tiba sahaja Israel mahukan gencatan senjata. Gencatan senjata bagi memberi sedikit ruang bernafas kepada Obama di hari angkat sumpahnya. Dijauhkan demonstrasi dari perhimpunan raksasa tersebut dan memberi ruang kepada Amerika berpesta sebentar dikala Palestin dilupakan dunia. Kita tidak melupakan dosa mereka menghalalkan binatang haram zionis menyembelih saudara kita.

al Baqarah 120
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka . Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Harapan tetap harapan, tetapi letakkanlah harapan pada yang boleh diharap. Semoga Allah menyatukan kita semua untuk bangkit kembali sebagai satu ummah. Ameen.

Gambar kanak-kanak Palestin ini merupakan sebahagian dari banyak email yang masuk ke kotak email saya sebelum ini. Ini kiriman ABJ. Terima kasih kerana berkongsi. Kita tidak melupakan mereka. Siapa saja di Rumah Putih, darah kanak-kanak ini seharusnya ditebus suatu hari nanti. InsyaAllah..


aku petik dari satuhala.blogspot.com

pilihanraya kampus di UM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertamanya aku nak ucapkan tahniah kepada Pro M yang telah bejaya memenangai PRK di UM walaupun menang dengan majoriti mudah tapi ni adalah satu peningkatan yang baik. Dah sehari berlalu PRK UM dan semua keputusan dah di ketahui umum. Bagi yangbelum tahu tu pandai-pandaila cari sendiri. Zaman sekarang mudah, guan tenet ja..

Sekalung tahniah juga kepada calon yang telah menang xkirala dari Pro M atau Gerak..Lakukan tanggungjawab anda dengan sebaik-baiknya..Kepada yang tewas usaha lagi, jgn putus asa, teruskan perjuangan anda, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.

PRK di UM kali ni panas juga..Sampai ada kes dua kepala babi dalam surau API. Sungguh tak bertanggungjawab dan tak bertamadun langsung org yang buat tu..Aku marah betul bila dapat tahu tentang berita ni..Kepada calon yang menang dalam PRK kali ni dan bakal menerajui pimpinan di UM aku harap dapat berusaha menyelesaikan isu ni..

Jangan biarkan pekara mcm ni berlaku lagi..Dulu dah berlaku dah kt surau Kolej kediaman kedua,surau kena conteng dan al-Quran dikoyak, kali ni jadi pulak kat surau API..memalukan. Yang aku heran kenapa semua berita ni nak dirahsiakan? dimana sensitiviti org Islam klu pekara tu dirahsiakan?? perkara ni langsung xkeluar di dada akhbar utama dan tv tempatan. Malaysiakini dan harakahdaily ada melaporkan pekara ni..

Kepada bakal-bakal MPMUM tahun ni, pastikan pekara mcm ni xberulang dan tunjukkan kuasa pelajar. Sesungguhnya mahasiswa mampu memimpin menjadi yang terbaik..Jgn dengar cakap orang politik yang mengatakan mahasiswa sekarang lemah, tapi mereka xsedar, kerana merekalah sifat kepimpinan mahasiswa tenggelam..

sekian...
Zulkarnain Jalauddin

06 January 2009

renungkan..

Jika anda seorang muslim, anda jangan memanggil "mosque" tetapi masjid ini kerana organisasi islam menemukan bahawa "mosque" merupakan nyamuk. Janggan kamu tulis "mecca" tetapi tulislah "mekah" kerana "mecca" membawa maksud rumah anggur/bir. Jangan ditulis "mohd" tetapi tulislah dengan lengkap iaitu "muhammad" kerana "mohd" adalah anjing bermulut besar. Jangan ditulis "4JJI" tetapi tulislah "ALLAH SWT" kerana "4JJI" adalah "For Judas Jesus Isa Al-masih". Jangan kamu tulis "askum/akum" tetapi ditulislah dengan lengkap iaitu Assalamualaikum / salam kerana askum adalah celakalah kamu.

p/s: sama2 kita renungkan..

sekian dari
zulcar9