31 January 2010

aku dan sofbol

Assalamualaikum dan Salam Sejatera...

1. Semalam aku masuk pertandingan sofbol. Dah abis dah pun semua. Xhebat mana pun kumpulan aku, tapi aku seronok sebab dapat main. Kalah menang aku letak tepi dulu, yang penting boleh main. Aku menjadi catcher dalam team aku.

2. Training haritu pun xlama, xbrapa cukup orang, abis semua roomate aku ajak join. Permainan sofbol ni best tapi kurang sambutan, bila ajak main semua bg alasan xreti. Belajar belum lagi dah kata xreti. Kadang2 bosan mendengar alasan tu.

3. Selepas tamat perlawanan tu nama aku dipanggil untuk pergi ke pemilihan Sofbol MASUM. Mereka minta no tepon. Aku bagi no tepon aku tapi aku xdapat nak join la sebab aku dah final year. InsyaAllah bulan 5 nnti dah abis belajar. Aku lupakan sahaja. Kalau aku 1st year pasti aku pergi join.





4. Sofbol dah abis.. InsyaAllah minggu depan trek dan padang plak. Sampai masa aku masuk dlm blog.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

28 January 2010

Tahniah Penggerak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Keputusan PRK UM dah keluar, Penggerak menguasai semula UM. Tahniah aku ucapkan kepada calon yang telah memenangi PRK UM. Lakukan tanggungjawab anda dengan sempurna, insyaAllah pasti mendapat balasan yang baik dari Allah.

2. Aku xkisah Penggerak atau Pro-M yang menang. Semua baik2 belaka dan ingin memberi khidmat kepada UM . Bagi aku Pro-M dan Penggerak ni hanyalah satu platform untuk mengasah diri kearah kepimpinan dan berorganisasi. Yang penting kena atas diri sendiri.

petikan dari Malaysiakini...

Pro-Aspirasi rampas semula Universiti Malaya

Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) hilang penguasaan di Universiti Malaya (UM) apabila tewas di tangan musuh tradisinya pro-Aspirasi (pro-A) dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, kekalahan tipis kumpulan itu akibat kemerosotan penguasaan kerusinya daripada 19 pada tahun lalu kepada 17 pada tahun ini.

Manakala pro-A - dikenali juga sebagai Penggerak Mahasiswa - hanya menambah 1 kerusi sahaja daripada 20 kepada 21 pada tahun ini.

Calon bebas pula mendapat tambahan kerusi daripada 2 kepada 3 pada tahun ini.

UM me
mpertandingan 41 kerusi - 32 fakulti dan 9 umum - dalam pilihan raya kampusnya kali ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira jam 7 petang tadi.

Jawatankuasa pemilihan kampus membenarkan peluang kepada calon yang bertanding untuk membuat rayuan.

Hari ini, tiga kampu
s utama - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - turut mengadakan pilihan raya kampusnya

Keputusannya dijangka diperolehi lewat malam ini.

Kelmarin, pro-M turut tewas dalam pilihan raya kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM).

This is my name

---------Zulkarnain bin Jalauddin---------

27 January 2010

Kepala Babi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Harini kecoh dengan kisah kepala babi dilempar atau di letak di masjid (kawasan masjid). Bengong sungguh sapa yang buat kerja ni. Aku kutuk sekeras-kerasnya perbuatan tu. Dulu dalam UM pun pernah jadi. Bukan sekali, dua kali berlaku. Sapa yang buat tu memang 'kepala babi' la..(geram sangat ni).


2. Kenapa bila Pembangkang (PR) ramai di parlimen dan Kerajaan (BN) kurang 2/3 di parlimen negara kita jadi seperti xaman?? Mula-mula kisah kepala lembu di Selangor. Kemudian bom gereja, bakar surau, letak kepala babi pulak..Semua memandang tau keadaan di Malaysia ni, terutama Singapura. Kawan aku kat India pun bleh dapat tau kisah jadi kat Malaysia ni, keluar TV kat India. Kalau internet lagi la cepat..

3. Kat atas tu hanya persoalan sahaja. Kalau penyokong kerajaan pasti kata negative pada pembangkang dan positif pada kerajaan. Sebaliknya pula, kalau penyokong pembangkang pasti kata negative pada kerajaan dan positif pada pembangkang. Jawab sendiri la. Cari maklumat, fakta, kemuadian nilai..sama2 kita pikirkan.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

26 January 2010

cuti di Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Baru harini aku berkesempatan nak update blog aku. 2 hari aku pergi bercuti ke Pahang bersama2 dengan kawan2 kelas aku. Sampai je kolej badan semu rasa letih kemudian terus tido, ganti balik tido yang xcukup, hehehe.

2. Cuti bersama-sama kawan kelas memang dirancang lama dah , dari sem lepas lagi. Macam2 tempat terpikir nak pi dan pelbagai masa yang nak dipilih. Akhirnya berlansunglah cuti tu kat Pahang pada tarikh 23&24 Jan 2010.

3. Hari pertama kami ke Bukit Tinggi. Destinasi pertama kami adalah ke RB Rabit. Kami dapat main dengan arnab yang comel2 belaka. Taman tu xla besar sangat, ada arnab, rusa, keldai. Masing2 suka main dengan arnab. Ada yang bg keldai makan, bg rusa makan, bg arnab makan.

4. Kami xlama sangat kat situ, pastu terus ke Colmar Tropical. Kat situ aku memang tertarik dan aku suka. Aku xpernah pulak tahu ada bangunan2 mcm tu kat Malaysia ni. Keadaan kat situ seperti berada di luar negara. Cuacanya pun xpanas sangat. Best..

5. Kemudian kami pi pulak Japanese Tea House. Cantik taman-tamannya. Keadaan memang macam kat jepun la. Nak try pakai kimono pun boleh. Aku letih dah time tu, sebab lapar..hahaha. Kemuadian kami solat kat Surau Petronas. Aku xingat kawasan mana.

6. Pas tu kami terus menuju ke hutan lipur lentang. kat sanalah kami makan tengah hari dan bermandi2 manda di sungai. Kemuadian bila dah petang kami pergi ke rumah member kami untuk bermalam. Kami semua masak sendiri malam tu untuk makan malam(nasik, telur dadar, air, ikan kering). Lauknya ikan Patin masak tempoyak kami beli. Sedap...

7. Lepastu sambut birthday member kami plak. memang kena tepungla dengan budak2 laki. Nasib badan la. Tapi kami ada kek untuk nya. Selamat hari lahir Fakh. Lepas tu kami tido. Yang laki stay kat rumah tu dan perempuan gerak kerumah lain.

8. Pagi2 dah kena bngun sbb kul tujuh dah nak gerak ke pekan sehari kat Temerloh. Letih jugak tapi seronok. Pagi tu kami jalan ke pekan sehari temerloh. Kami beli sarapan masing2 dan makan bersama2 depan sungai Pahang. Sempat lagi naik Bot pusing2 sungai pahang.hehehe

9. Habis ja sarapan kami ke tempat gajah plak. Aku lupa nama tempat tu. Kat sana kami sempat main dengan gajah, bg makan gajah, naik gajah, bergambar dengan gajah. Semua gajah kat situ ada nama. Yang aku ingat nama Pian. Aku ingat Pian sebab aku naik atas badannya..=). Nak mandi bersama gajah kena tunggu pukul 2 petang, so kami xdapat mandi bersama gajah sebab nak bertolak ke KL dah.

10. Selepas tu kami bertolak ke KL, singgah R&R Karak untuk lunch. Kemudian sambung perjalanan ke KL..Alhamdulillah semua selamat dan semua berjalan dengan lancar. Apa pun percutian ni memang best walaupun singkat. Kami tinggalkan sementara hiruk pikuk Kota Kuala Lumpur ni.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin




22 January 2010

Alahai Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Hari ni aku ada terbaca kat Berita Harian Online (BH) pasal pasir kita ke kota singa. Mudahnya orang Malaysia ni kena beli. Depa guna duit dan wanita sahaja. Ntah2 wanita tu ada HIV, boleh merebakla HIV tu dan makin bertambah la. Kenapa bodoh sangat sampai ke tahap tu orang yang terlibat tu.

2. Rasuah kat Malaysia kini makin menjadi2. Kalu kita dok dengar selalu bangunan baru berusia 2tahun atau kurang dah runtuh. Semua tu xlain xbukan pasti rasuah berlaku. Nak luluskan projek perlukan tanda tangan dan kena ada % kat orang ni, kat org tu. Pemaju xcukup duit, buat ala kadar je. Tu yang jadi xkukuh bangunan2 baru.

3. Baru ni aku baca jugak Malaysia akan adakan akta baru. Akta apa tau x? akta abaikan ayah. Samapai kena ada akta zaman sekarang ni. Mungkin orang Malaysia ni takut lagi undang2 manusia dari undang2 Allah. Dalam Islam kalau kita abaikan mak ayah, kita xbau syurga. Bau pun x apatah lagi masuk. renung2kan...

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

20 January 2010

first time interview


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Hari ni aku berkesempatan pi career talk dari national semiconductor. Talk tu mula pagi dan sejam lepas tu terus walk in interview berlansung. Masa dalam talk tu penemuduga tu cakap
datang pakai kasual pun boleh. Tapi aku nampak macam nak pancing ja.

2. Aku balik bilik semula lepas abis talk tu. Aku siapkan resume aku, edit sikit2 ja. Pastu print out siap2 terus pi tunggu turn interview. Lama gak tunggu. Aku sabar jela dan berdebar jugak la. Bila tiba turn aku, bedebar aku terus hilang bila aku dah masuk mengadap interviewer. Lega rasa..hehehehe.

3. Habis je interview hati ku bercakap, pandai jugak aku cakap ingeris ni..hahaha..siap gebang2 lagi dalam interview tu..hahaha..bukan apa, aku nak ambil pengalaman interview. Dapat xdapat tu letak tepi dulu, yang penting mencuba. Doa2kan aku semoga dapat..hehehe..

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

18 January 2010

Rakyat Perlu Bangkit, Perangi Rasuah

Semua negara OIC berada didalam katogeri rasuah yang amat tinggi. MalaysiA boleh berbangga diawal pemerentahan Mahathir berada ditangga ke 25 mengikut ukuran Tanspirancy Internatianal,sekarang dizaman Najib jatuh ketempat 57. Rasuah diamalkan di mana-mana saja didunia Islam. Ajaran Islam yang meletakan pemberi rasuah tempatnya didalam neraka dan penerima rasuah tempatnya didalam neraka,apa yang berlaku amat memelukan ,orang Islam lah dikalangan paling tinggi mengamalkan rasuah.



Kita boleh lihat dan alami perbuatan rasuah dilapangan terbang Jeddah,lapangan terbang Karachi, lapangan-lapangan terbang di Indonisia dan banyak lagi pintu masuk negara orang Islam,pegawai kastam atau imigresen meminta wang atau baksis sudah menjadi perkara biasa. Rasuah tidak dipandang jijik,sedangkan rasuah boleh menyebabkan sesebuah negara menjadi bangkrup dan rakyatlah akan menanggong derita dan melarat. Selalunya pemberi rasuah dan penerima rasuah hidup dalam senang lenang,rakyat jelatalah yang nenanggong beban diatas perbuatan mereka.

Seorang ulamak akan jatuh tersungkur apabila tersiar gambar beliau memakai seluar pendek atau berjabat tangan dengan mana-mana gadis bukan mahram,tetapi ulamak itudituduh dan mengamalkan rasuah selalunya imej dan maruah beliau dapat dioertahankan. Begitulaqh secara umum rasuh dan amalan nya tidak dipandang jijik oleh masyarakat Islam kini.

Kehilangan wang rakyat akibat rasuah dan penyelewengan ribuan juta dari skandel BMF,BIMB,PERWAJA,PKFZ dan enteh berapa banyak lagi skandel rasuah dan penyelewengan telah berlaku diMalaysia. Kajian terperinchi dibuat aleh badan antara bangsa mendapati wang negara Malaysia hilang lebih RM 28 billion setahun. Kehilangan ini amat serious ,20% bajet negara hilang akibat dari rasuah. Oleh itu rakyat perlu dididik supaya benci dan memerangi rasuah. Kalau sifat rakyat tidak berubah terhadap rasuah,apabila Pakatan Rakyat ambil aleh kerajaan maka amalan rasuah dan indek tidak akan berkurangan. Rakyat perlu dididek supaya membenci rasuah samada dilakukan oleh pemimpin UMNO,MCA,PAS,KeADILAN,DAP atau sesiapa saja.

Rakyat mesti berani bertanya siapa sahaja terutama menteri-menteri,exco,wakil rakyat apabila berlaku perubahan mendadak akan harta-harta mereka. Begitu juga dengan kehidupan pegawai kerajaan negeri atau persekutuan tentang pemilikan harta mereka didapati secara betul atau secara rasuah. Rakyat menjadi pengukur utama kepada amalan rasuah.

Rasuah tidak dapat dihapus atau dikurangkan melalui undang-undang semata-mata. Pemimpin yang kuat motivasi untok menentang rasuah,mesti dijelmakan untuk menjadi pemimpin ummah. Rakyat perlu dididik dan diajar supaya benci dan dan terus membenci terhadap amalan rasuah. Ummat Mohamad S.A.W wajib mencontohi Nabi mereka dalam hal membenci dan memerangi rasuah.

Setelah puluhan skaendal rasuah diMalaysia terdedah,nampaknya rakyat masih tidak membenci rasuah. Kini terdedah pula kehilangan cip komputer dari simpanan kargo diPula Pinang, kehilangan injin kapal terbang, entah apa lagi akan hiolang selepas ini, rakyat masih juga tidak membenci dan memerangi rasuah.

Menjelang pilihanraya akan datang eloklah kita menggerakan rakyat seperti himpunan BERSIH untuk rakyat bangun supaya sesiapa yang meambentuk kerajaan selepas mendapat mandat dari rakyat mesti dan wajib memerangi dan membenteras rasuah. Kalau indek rasuah tidak berganjak dan berubah selepas setahun berkuasa maka rakyat mesti terus menentang walaupun kerajaan itu dari BN atau Pakatan Rakyat. Rasuah wajib dibenci oleh sekelian rakyat,.Orang Islam mesti menebus maruah mereka dalam hal rasuah untuk meletakan keyakinan kepada manusia bahawa Islam itu tinggi dan tak ada yang lebih tinggi dari Islam. Rasuah musuh rakyat paling utama, tamatkan monopoli kaum feudal dan kapitalis dengan syarat rakyat bangun memerangi rasuah.

dipetik disini

17 January 2010

selesai kursus kawen

Assamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Syukur Alhamdulillah selesai sudah kursus kawen aku hari ni. Kursus kawen tu berlansung selama dua hari dan hari ni hari yang terakhir. Sijil belum dapat lagi, insyaAllah minggu depan baru dapat. Sijil tu pun laku sampai seumur hidup. Pas ni xyahla nak buat lagi.

2. Banyak jugak ilmu yang diberi dalam kursus tu dan banyak jugak yang masih perlu aku perbaiki diri untuk hadapi perkahwinan nanti. Apa pun aku dapat mengetahui segala persediaan yang diperlukan dan apa tanggujawab suami dn isteri.

3. Belajar aku masih belum tamat. Kerja juga masih belum bermula. Perjalanan masih panjang. Selepas kukuh ekonomi dan aku cukup sedia insyaAllah aku akan kawen. Doa2kanlah aku...=)

sekian...

Zulkaranain bin Jalauddin

09 January 2010

JPA dah masuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Alhamdulillah biasiswa JPA dah masuk. Pagi tadi aku teri mesej dari Bank Islam dan dari kawan aku sendiri menyatakan JPA dah masuk. Selalunya JPA masuk hari Jumaat, tapi kali ni hari Sabtu pula masuk. Xpa yang penting xterlalu lewat. Bagi pelajar UM aku rasa semua pemegang biasiswa JPA dah masuk hari ni tapi xpasti pula dengan U lain. Harap2 dh masuk jugak la.

2. Pagi2 lagi aku dah setelkan yuran aku. Aku keluarkan sedikit wang untuk dimasukan kedalam ASB. Bila sampai pejabat POS, orang kat situ kata ASB xberurus niaga hari Sabtu dan Ahad. Aku xtau perkara ni, hehehe. Aku pun pergi simpan semula duit aku ke dalam Bank Islam. Hari Isnin ni aku pi simpan kalu ada kesempatan.

3. Pada yang dapat biasiswa JPA tu apa lagi, gunala duit tu sebaik mungkin. Kalau enjoy pun jangan sampai lupa nak bayar yuran pulak. Nanti xleh nak sahkan subjek pulak. Baik bayar yuran dulu. Selamat berhujung minggu..=)

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

Laptop & LRT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Laptop breakdown...

1. Laptop aku breakdown. Menggelabah jugak aku bila laptop aku breakdown. Semalam, sebelum solat Maghrib laptop aku berfungsi sepertia biasa dan tetiba je terpadam. Aku ingat pekara biasa sebab sebelum ni pun banyak kali jadi macam tu. Aku biarkan je dan terus pergi bersihkan diri dan solat Maghrib. Lepas solat ja aku pun nak buka semula laptop aku. Boleh ON tapi xkuaq window macam biasa. Pening aku dibuatnya.

2. Restart pun jadi benda yang sama jugak. Dah menggelabah aku sebab programing thesis aku semua dalam laptop. Aku ada backup tapi masa cuti hari tu je, kerja lepas cuti semua xbackup lagi. Aku cuba nak format laptop aku, pastu dapat tahu hard disk problem. Duit dah la ada ciput ja, JPA pun xmasuk lagi. Aku mintak duit kat mama aku dulu untuk beli hard disk baru.

3. Beli la hard disk, last2 bila dah tau punca breakdown hard disk aku yang lama masih boleh guna. Lega rasa bleh dapatkan balik kerja2 thesis aku. Hard disk baru xtau nak buat apa. External hard disk pun aku dah ada.. HUHUHU...

LRT...

4. Lama dah aku xnaik tren ni, banyak naik motor je gerak ke mana2 sekarang ni. Dulu masa 1st, 2nd year selalu gak naik tren. Tadi aku berkesempatan naik tren LRT. Mula-mula aku naik Komuter dari Kajang ke KL Central. Keadaan tren sama ja macam aku 1st year dulu. Lambatnya seperti biasa, cepatnya juga seperti biasa =).

5. Kemuadian aku naik pula Putra LRT dari KL Central ke Universiti. Aku terkejut juga bila tren tu sampai kat platform. Dalam hati aku bertanya kenapa panjang pulak tren Putra ni? Rupanya tren Putra yang baru. Aku sempat ambil gambar keadaan dalamnya tapi xtransfer lagi dalam laptop. Nanti kalau sempat aku upload.

6. Masa dalam tren Putra tu minda aku terus berkata-kata. Bagusla tren Putra dah panjang, banyak gerabak dah,sekurang2nya xla org bersesak macam sardin dah dalam tu. Susahla perkara yang xdingini berlaku seperti seluk saku, raba2 dan macam2 ag. Baru ni pun aku ada terbaca dalam surat khabar, kekerapan tren Putra akan dikurangkan dari 3minint kepada 2minit. Bagus (thumb up).

7. Minda politik aku juga nak berkata-kata, bagus juga keadaan politik Malaysia macam ni (maksud aku bilangan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang), baik kerajaan, baik pembangkang masing2 nak tunjuk dan berikan yang terbaik pada rakyat. Yang untung rakyat, kita semua kat bawah ni. Ahli parlimen semua tu mana naik tren ni, rakyat ja. Kalau ada pun kadang2 ja naik tren.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

06 January 2010

Kursus Perkahwinan

KURSUS PERKAHWINAN '10
TARIKH: 16 & 17 JANUARI 2010

MASA: 2.00 PM - 6.00 PM (SABTU)
8.00 AM - 6.00 PM (AHAD)

TEMPAT:
AUDITORIUM KOMPLEKS PERDANASISWA, UNIVERSITI MALAYA

YURAN PENDAFTARAN: RM65 (UNTUK PELAJAR DAN ORANG AWAM)

Penyertaan adalah terbuka kepada semua dan sijil diiktiraf oleh JAKIM serta tiada had tempoh.

Untuk pendaftaran, sila sertakan [NAMA, NO. K/P, NO. MATRIK (bagi pelajar), TEMPAT TINGGAL] kepada:
saudari Issha (013-3845808) atau Shahirah (014-5278048) sebelum 10 Januari 2010. Tempat adalah terhad.

Sekian, harap maklum.

ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN UNIVERSITI MALAYA (PMKUM)
DENGAN KERJASAMA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Info: http://blogpmkum.blogspot.com


Jom join kursus ni...jan gan malu jangan segan...aku nak join insyaAllah..JOM...

Berita tempatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Harini aku terdetik nak menulis pasal berita bekas madu Noraniza Idris dakwa suami pernah tiduri 10wanita. Aku bukan nak cerita sangat pun pasal laporan berita ni cuma nak luah rasa geram, marah, malu dengan tindakan wartawan.

2. Biadap sunggup wartawan yang siarkan laporan berita ini. Kenapa laporkan berita macam ni?? Kenapa masukan gambarnya sekali?? Kenapa xder rasa malu dengan cerita begini?? Walaupun ini cerita makamah tapi wajar ke dimasukan ke dalam laporan berita?? Didedahkan aib orang, ada gambar lagi.

3. Aku yang membaca pun rasa malu. Xrasa bersalah langsung ke?? Kalau kita buka aib orang nnti kalau diizinkan Allah orang lain pulak akan bukakan aib kita. Kalau pikir nak bg laku surat khabar tu carila cara lain.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

05 January 2010

mimpi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Saja aku nak mengisi masa dengan menulis kisah mimpi aku yang xpenah aku alami seperti tu. Malam yang lepas asyik aku tido aku termimpi. Kisahnya xla brapa nak ingat sangat tapi yang dapat aku ingat ialah manusia jadian yang mengganas. Aku xtau nak panggila apa benda tu, samada manusia jadian, binatang atau benda lain. Aku panggil 'benda' la, senang nak cerita.

2. Aku berasa macam aku menontong wayang pun ada sebab terasa lama di dalam mimpi tu. Benda tu mengganggu aku, dan agak ganas. Sikapnya jenis menerkam orang. Dia mahu menerkam aku. Dalam mimpi rasa takut jugak. Masa benda tu datang nak menerkam aku, dalam hati aku suruh menyebut nama Allah atau berzikir, tapi mulut aku rasa kaku sangat dan susah nak keluarkan suara. Akhirnya aku cub a dan berjaya melaungkan kalimah syahadah dengan kuat.

3. Semasa diakhir kalimah syahadah tu aku tersedar dari mimpi. Jam waktu tu pukul 3.22pagi. Roomate aku juga tersedar dari tidur dari laungan syahadah aku itu. Dari situ aku sedar laungan syahadah tu benar2 keluar dari mulut aku. Rasa syukur juga aku sbb nama Allah masih dibibir aku. Mungkin mimpi tu sebagai peringatan kepada aku. Allahuakbar.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin