29 April 2010

Gerabak Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


1. Tahniah kepada Keretapi Tanah Melayu (KTM) dengan perlaksanaan gerabak khas untuk wanita sahaja. Rasanya tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan tahniah itu.

2. Tindakan ini memang bagus, dan kena dengan cita rasa negara kita yang majoriti rakyatnya Muslim. Baru nampak Islamik. Tanyala orang bukan Muslim, depa pun suka dengan cara begini.

3. Cadangan ni sudah lama aku dengar, ketika PRU-12 lagi aku pernah dengar pasal cadangan ini. tapi reaksinya kurang dan lambat. Tapi kalau kerajaan tegas mungkin pekara ni dah lama berlaku. Bukan nak salahkan kerajaan tapi kuasa pada kerajaan cukup kuat.

4. Lepas ni harapan pada Putra LRT pula mengikut cara KTM. Putra LRT pun salah satu pengangkutan awam yang sesak ketika waktu pergi dan balik kerja. Pencampuran laki perempuan masih ada.

5. Alhamdulillah walaupun lambat tapi berlaku juga tindakan yang lebih Islamik ini. Jangan malu hendak menyebut Islamik. Konsert Jom Heboh pun boleh buat dengan asingkan lelaki, perempuan dan keluarga seperti berlaku di Kelantan. Teruskan ditempat lain. Tak salah berhibur asalkan jangan melampaui batas.

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin


No comments: