17 April 2010

Jangan buat cerita la

Mugilan dakwa ditawar wang, tanah kempen untuk PKR

Timbalan ketua Pemuda MIC pusat, V Mugilan mendakwa telah ditawarkan wang dan tanah untuk berkempen bagi PKR setelah namanya 'digugurkan' daripada dicalonkan untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau yang juga ketua Pemuda MIC Hulu Selangor mendakwa tawaran tersebut dibuat oleh seseorang yang "cukup besar".

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu berkenaan, yang menurutnya membuat tawaran tersebut melalui satu panggilan telefon.

Bercakap dalam satu sidang media di Batang Kali, Hulu Selangor hari ini, Mugilan berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung tawaran kepadanya semalam.

"Sebab saya tidak beri komitmen kepada tawaran itu," kata beliau yang juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menelefon beliau semalam untuk "memujuknya."

"Semalam dia telefon saya suruh saya bersabar," kata Mugilan yang juga mendakwa namanya telah "dipropaganda" pihak tertentu yang mengatakan beliau telah melobi untuk menjadi calon.

Katanya, beliau juga tidak bertindak "menghalang" Datuk G Palanivel, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon BN.

Tambahnya, beliau juga tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak sepatutnya dikenakan sebarang tindakan.

"Ini bukan parti sendirian berhad," kata Mugilan dan menjelaskan bahawa pemimpin parti tidak seharusnya bertindak mengenakan tindakan sewenang-wenangnya.

"Saya tidak tahu siapa yang buat (dakwaan). Mungkin pembangkang atau mungkin dari dalam parti sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau akan tetap beri sokongan kepada BN "kerana PM dan TPM adalah orang baik" dan akan membantu P Kamalanathan dengan memperkenalkan calon parti itu kepada pengundi.

"Ada yang kata saya bawa Tengku Adnan (Mansor) untuk lobi kepada PM. Saya tidak melakukan lobi kepada sesiapa. Sila tanya PM adakah saya lobi kepada beliau?," soalnya.

Dipetik dari malaysiakini…

1. xpayah la nak buat cerita. Bila ada kes tu report la, kenapa xnak report?? Aku boleh anggap lu ni penipu. Zaman sekarang ni semua canggih kot. Handphone skrang bleh record segala perbualan kita dengan orang. Dah tau orang PKR yang call, mintak la masa jap, cth: “kejap2, wait a minute” time tu tekan la button record, then cakap la. Kan dah ada bukti. Xkan orang mcm lu ni pakai nokia 3310?

2. Kami yang rakyat kat bawah bla ada kes mintak kami semua tolong la report ye, jangan dok diam, nnti senang keja polis or kerja sesiapa yang bertanggungjawab walaupun kes kecik. Kami akur sebab nak mudahkan kerja mereka, tapi lu ni pemimpin, senang ja cakap xnak report, then tuduh orang membabi buta.

3. Janganla bodohkan kami, aku mintak, dah ada tawaran macam tu report la, bgtau sikit sapa yang tawar tu. Nak simpan wtpa, buat perkasam?? Hang tau ka makan pekasam. Bagi rakyat tau sikit sapa dalangnya. Lu ke orang PKR yang call tu..

No comments: