13 April 2010

temuduga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

1. Hari ni aku nak cerita pasal interview sikit. Tadi dah masuk 4kali aku interview. Interview harini agak pelik sikit sebab buat masa kul 6.30pm. Orang semua dah balik rumah dah kita baru terkial2 nak pi interview. Xpala aku pi je interview tu. Asal cuba, mana tau ada rezeki kat situ.

2. Company yang aku interview tadi tu company kecik ja. Methods Alliance Engineering Sdn. Bhd namanya. Bos pun agak friendly. Masa interview aku xcakap banyak pun, dia yang banyak cakap. Aku nak cakap ja, dia terus potong aku cakap. Dia dok asyik cakap suka sebab aku bawak semua complete, photocopy sijil, resume cantik, ada gambar. Dia kata orang lain xdak pun. Hahahaha.

3. Aku asyik senyum ja time dok bincang tu. Aku panggil bincang sebab dia kata jom kita bincang2 sikit. Aku pun layan je la. Hahaha..Aku saja nak cari pengalaman interview, kalau dapat Alhamdulillah, kalau xdapat aku jadikan pengalaman.

4. Hari Jumaat ni aku ada satu lagi interview dari company power plak. Pestech Sdn. Bhd. namanya. Yang tadi syarikat elektronik, beza sikit. Aku berpeluang gak nak try interview dalam bidang elektronik dan power sebab masa practical aku cebur bidang elektronik, dan final year project aku dalam bidang power. Aku ada pilihan tapi hati aku tetap lebih minat dalam power.

5. Aku xterlalu memilih dalam keja ni. Kalau dapat dalam bidang yang kurang minat pun aku tetap akan cuba sebab bagi aku minat boleh dipupuk. Tapi apapun life aku yang paling aku jaga =). Doakan kejayaan aku dan aku doakan semula kepada yang mendoakan aku. Semoga dibukakan pintu rezeki seluas2nya.

Sekian…

Zulkarnain Bin Jalauddin

1 comment:

Fatihah said...

Amiin..moga dibuka jalan kesenangan kepadamu...Berdoa lah selalu kepadaNya..InsyaAllah dimakbulkan..