15 April 2010

sapa yang terdesak

BUKIT BERUNTUNG: Pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor memudahkan PKR untuk memperkudakannya kerana beliau masih baru dalam parti itu.

Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) bagi kawasan itu, Datuk Seri Noh Omar, berkata PKR melihat pemimpin lama sudah tidak menaruh sepenuh kepercayaan terhadap parti dan tidak berpeluang untuk menang, justeru Zaid adalah pertaruhan terbaik kerana beliau masih belum tahu selok belok parti.
“Kalau siapa (pemimpin lama) nak jadi calon pun, mungkin tak boleh menang... jadi eloklah ambil Zaid yang baru dua tiga hari masuk PKR, yang tidak tahu tembelang dan mungkin mudah dipergunakan,” katanya selepas melawat pangsapuri kos rendah Bukit Sentosa di sini, semalam.

Kelmarin, PKR mengumumkan Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dipecat daripada Umno pada 2008 sebagai calon mereka untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, beliau yakin pengundi bijak menilai dan memilih wakil anak tempatan yang akan dipertaruhkan BN, berbanding Zaid yang berasal dari Kota Bharu.

“Dia (Zaid) kata lama duduk di Selangor tapi berapa kali dia datang ke Hulu Selangor dan adakah beliau tahu mengenai kawasan ini.

“Kalau mahu pilih wakil rakyat, kita kena pastikan dia tahu selok-belok kawasan supaya senang untuk menyelesaikan masalah,” katanya.
Sementara itu, beliau turut membidas tindakan kerajaan Selangor yang menjadikan Pejabat Daerah Hulu Selangor sebagai pusat pentadbiran sementara kerana ia mengganggu urusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang turut berada di situ untuk mengendalikan pilihan raya kecil berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata lebih ramai calon lain yang layak dipertaruhkan PKR berbanding Zaid.

“Tapi oleh kerana dia kaya, jadi mungkin PKR boleh gunakan kekayaan dia untuk berkempen.

“Kita akan keluarkan rekod berapa kali dia datang Parlimen ketika menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 sampai 2008,” katanya.

wei....xpayahla nak cakap orang ni terdesak, orang tu terdesak, umum dulu sapa calon BN. Rakyat Hulu Selangor nak tau sangat, nak compare mana lagi baguih. Rakyat la ni dah xnak dengaq hangpa semua cakap. Biaq rakyat yang pilih. Kalau BN letak calon G Palanivel aku nak gelak sikit. Dia pun berasal dari luar Hulu selangor. Sama ja macam Zaid. Tapi aku xtau lagi sapa calon BN ni. Harap2 orang muda la, Yang tua2 tu bagi nasihat dan pertunjuk ok la jugak. Asyik muka sama ja.

No comments: