07 April 2010

Media lama VS Media Baru

Editor kanan Utusan 'serang' Malaysiakini

Editor kanan Utusan, Zaini Hassan hari ini 'menyerang' portal beritaMalaysiakini dengan menyifatkan editornya sebagai "orang media yang kecewa".

"Bermula mereka, bermulalah masalah segalanya," katanya dalam ceramahnya mengenai sejarah media baru di Malaysia di konvensyen BN Selangor di Shah Alam.

Beliau mendakwa internet dengan pembohongan dan fitnah serta meniup sentimen perkauman antara kaum.

Memandangkan semakin ramai pengundi muda yang gemarkan media baru dan mempercayai maklumat di Internet, maka Zaini menggesa BN supaya menggunakan khidmat penulis blogger yang mesra BN untuk menyebarkan maklumat yang pro-BN.



dipetik dari malaysiakini


1. Ya, memang anak muda lebih gemar media baru sbb mudah, cepat. Boleh selidik samada sesuatu berita tu betul atau tidak.

2. Anak muda bukan mcm orang dulu, baca utusan terus percaya. Utusan pernah kena saman banyak kali kot sbb fitnah, malaysiakini xpulak aku kedengaran kena saman. Kalau ada fakta malaysiakini kena sama fitnah kongsi dengan aku, mungkin aku terlepas.

3. Kenyataan dari orang utusan malaysiakini ni buat fitnah, meniup sentimen perkauman antara kaum. Utusan bukan ada fitnah jugak, pernah kena saman lagi. Utusan pun perkauman. Bukan aku kata tapi Samy Vellu yang kata.

4. Kita anggapla dua2 media ni ada fitnah, baru nampak adil sikit. Perbezaan yang ada utusan dengan malaysiakini ialah NOMBOR EKOR (sport toto, Magnum 4D). Bagi Muslim haram main NOMBOR EKOR. Yang baca utusan ni kebanyakan Melayu Muslim. Untuk apa NOMBOR EKOR dalam utusan tu? Malaysiakini hampir semua golongan baca termasuk bukan melayu yang non-Muslim tapi xder pulak NOMBOR EKOR.

5. Anak muda pikir2kan lah. Pendapatan kita menjadi HARAM jika dapat dari sumber perjudian.

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

1 comment:

azizuan said...

baca bernama sudey..senang..haha