23 April 2010

Samy bersuara

Selangor didakwa rasuah pelajar

BUKIT SENTOSA: Datuk Seri S Samy Vellu mendakwa kerajaan Selangor memberi rasuah kepada kaum India supaya menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden MIC itu berkata, kerajaan Selangor memberikan wang kepada pelajar sekolah dan warga tua sambil meminta mereka menyokong calon PKR pada hari mengundi.

"Kerajaan Selangor beri RM200 kepada murid sekolah, RM100 untuk kelas tuisyen dan RM500 untuk orang tua. Ini rasuah. Sepatutnya ketika pilihan raya tidak boleh beri wang tapi mereka beri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil, Sungai Choh, di sini, semalam. Sementara itu, Samy Vellu mengingatkan kaum India pilihan raya kecil kali ini tidak sama dengan Pilihan Raya Umum 2008 dan meminta mereka yang masih menyokong pembangkang menilai semula sumbangan kerajaan pembangkang di Selangor.

"Kaum India sekarang mahu melihat kerajaan sebagai penyelamat kepada mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mampu memberi apa yang mereka mahu. Kemenangan calon MIC di sini akan memberi kejayaan besar kepada BN dan kaum India di kawasan ini," katanya.

Beliau juga berkata, nama beliau tidak akan terjejas jika diburukkan oleh pemimpin pembangkang.
"Saya hanya akan terjejas jika Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang tegur saya. Tetapi tidak jika Anwar yang tegur," katanya.

1. Samy Vellu dah mula bersuara, lama xdengar celotehnya. Kalau dulu dia menteri kerja raya selalu gak kuaq tv, tapi sekarang dah kurang, sebab dah orang dah xmengundi dia. Samy Vellu sudah2 lah, bagi orang lain pulak pegang president MIC tu. Dari aku kecik sampai aku dah cukup umur untuk mengundi hang jadi presiden MIC. Dr. Mahathir pun dah bagi org lain jadi presiden UMNO.

2. Kalau nak keluarkan kenyataan tu janganla tunjuk sangat nak tipu rakyat Malaysia ni. Hang kata kerajaan Selangor bagi dui RM 200 kepada pelajar untuk mengundi PKR. Pelajar mana boleh mengundi. Orang mcm hang ni bleh bagi kenyataan macam ni. Ok, orang tua yang dapat duit tu ada logic gak la hang keluarkan kenyataan mcm tu. Jangan la bodohkan rakyat. Kami dh jelek dengan kenyataan2 yang bodoh seperti ini. Kita seolah2 xtau apa, boleh keluarkan kenyataan mcm tu. Untung jadi pelajar sekolah kat sana dapat duit untuk tuisyen. Mintakla kat kerajaan Pusat sama. Mungkin bleh dapat lagi bnyak, bleh buat beli kasut, baju sekolah baru.

3. Aku nasihatkan orang yang dapat duit tu ambik saja, BN bagi ambik, PKR bagi amik..Semua tu bukan duit parti atau duit kerajaan, tapi duit rakyat, cukai2 yang dibayar oleh kita semua. Nak kata kerajaan Selangor bagi duit rasuah, Kerajaan Pusat umum projek sana sini kat hulu Selangor tu bukan rasuah?? Kenapa bila wakil rakyat meninggal baru nak bangunkan sana sini. Tu hipokrit namanya. Sebelum PKR memerintah Selangor lagi Kerajaan Pusat xdk buat mcm sekarang pu. Itu bukan rasuah eh??

No comments: