26 April 2010

Tahniah BN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

1. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada BN di atas kemenangan PRK di Hulu Selangor. Kemenangan ini menunjukakan majority yang agak baik. Apa yang aku lihat dari PRK ini berlaku perpaduan yang baik. BN meletakan calon dari kalangan kaum India walaupun kawasan itu majority adalah kaum Melayu. Sokongan dari orang Melayu dan India itu ada tapi kurang sokongan dari kaum Cina. Orang Melayu boleh terima calon bukan Melayu dan harapan akan datang agar orang bukan Melayu pun boleh terima sekiranya calon Melayu, jangan terlalu demand. Kita ni Malaysia. Melayu xdak Cina, India susah, Cina xdak Melayu,India susah, India xdak Melayu,Cina susah. Kena kerjasama.

2. Orang cina masih banyak sokong pada Pakatan. Corak pengundian kali ini pun aku dapat lihat seperti orang Cina hanya sama2 geng sendiri sahaja (hanya pd Pakatan). Maksud aku kebnyakan bukan semua la. Di situ aku lihat kurangnya perpaduan atara kaum di dalam corak pengudian kepada Pakatan di Hulu Selangor, tetapi lebih kepada perpaduan sesama kaum sahaja. Bila jadi begini aku kurang suka sebab hal ini xmelambangkan Malaysia langsung. Ya calon Melayu, banyak Cina sokong, tapi kenapa Melayu, India kurang menerima?? Itu yang namapak kurangnya perpaduan kaum bagi aku. Bersaing mendapatkan undi yang sama rata itu yang terbaik.

3. Banyak jugak factor kekalahan Pakatan kali ni, yang paling terang dan jelas semua jentera digunakan oleh BN, dan agak sukar juga Pakatan untuk bernafas. Tapi apa pun pakatan perlu matang, dalam pertandingan kadang2 memang kita kalah, kadang2 kita menang. Bila kita menang kita suka, tapi bila kalah janganla cepat melenting dan menuduh bukan2, ucaplah tahniah dahulu kepada pemenang. Jika ada yang xpuas hati buat laporan polis dan siarkan laporan itu, jangan keluarkan kenyataan media sahaja yang sesiapa pun mampu lakukan.

4. BN jangan cepat rasa selesa dengan kemengan ini. Ingat lagi kisah penyapu?? Mungkin ramai yang masih ingat. Di sebabkan tindakan bodoh seperti itulah salah satu punca kekalahan. Sombong riak dan takburlah punca kerajaan BN tumbang pada PRU yang lepas. Lakukan tugas dengan baik, jangan lakukan seperti dahulu. Pilih orang yang berkualiti untuk memimpin. Pakatan jangan mengalah, lawan tetap lawan, kebajikan tetap kebajikan.

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

No comments: