01 May 2010

Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Awal bulan lepas aku aktif mencari kerja. Masa tu aku xsibuk lagi dengan final exam. Aku hanya focus pada thesis report sahaja. Aku dah tempuh 5 interview setakat ni. Company mana yang panggil aku untuk interview aku pergi je untuk cari pengalaman. Kalau ada rezeki Alhamdulillah.

Awal bulan lepas jugak tok n tokwan aku berangkat ke tanah suci Mekah untuk tunaikan Umrah. Aku xsempat balik Kepala Batas untuk jumpa tok n tokwan tapi aku sempat bercakap dengan tok sehari sebelum tok n tokwan aku berangkat ke Mekah melalui telefon.

Aku sempat ucap kepada tok aku selamat menunaikan Umrah. Selamat pergi dan selamat pulang. Aku ambil kesempatan jugak mintak tok doakan ditanah suci semoga aku capai kejayaan, semoga dapat kerja cepat, semoga murah rezeki. Tok pun xlupa mintak aku doakan semoga diberi kesihatan sempurna.

Semalam aku dapat call dari PESTECH, salah satu company yang aku pergi interview. Aku mendapat jawapan yang positif dari PESTECH. Syukur Alhamdulillah. Aku dapat pangilan tu lebih kurang 2minit sebelum aku masuk ke dewan peperiksaan. Letak je telefon trus masuk exam hall.

Selapas dapat call tu trus aku teringat pada Mama, Abah, tok n tokwan aku. Ini semua berkat doa mereka. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku dah maklumkan pada Mama n Abah. Harini InsyaAllah tok n tokwan aku pulang ke Malaysia. Aku pun mintak Mama maklumkan pada tok aku tentang hal berikut.

Aku nak ucap ribuan terima kasih jugak pada Siti Aishah n Arif sebab membantu aku keluar dari sesat. Aku tersesat ketika hendak pergi interview PESTECH. Hampir 2jam aku dok pusing2 dalam Shah Alam tu. Aku sampai tempat interview lambat, tapi akhirnya berbaloi jugak. Alhamdulillah.

Doakan kejayaan aku, dan aku doakan kejayaan anda. Thank you Allah, Mama, Abah, tok n tokwan, Siti Aishah, Arif.

Nota: sori ayat campur aduk English n Bahasa. Lebih menunjuk kepada percakapan di bibir.

No comments: