11 April 2010

'Pakatan pembangkang tumpang kejayaan BN'

'Pakatan pembangkang tumpang kejayaan BN'

KERLING: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata pakatan pembangkang yang kini mentadbir Selangor, Kedah dan Pulau Pinang hanya sekadar menumpang segala pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat.


Ahmad memberi contoh pembangkang yang sudah dua tahun menerajui Selangor langsung tidak membawa sebarang pembangunan di kawasan Parlimen Hulu Selangor dan penduduk setempat sedar mengenai perkara itu.
“Kita langsung tidak nampak apa pembangunan yang dibawa pembangkang kepada rakyat Hulu Selangor. Di kawasan Parlimen Hulu Selangor ada 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah.
“Selain itu, ada kilang besar serta kawasan industri yang menawarkan pelbagai pekerjaan kepada penduduk setempat, tetapi kemajuan ini semua adalah hasil kerajaan BN ketika memerintah Selangor.

“Kita amat berharap rakyat setempat akan menolak keluar pembangkang dan seterusnya memberi semula peluang kepada BN untuk meneruskan pembangunan bagi kesejahteraan rakyat,” katanya selepas merasmikan Program Motivasi Keibubapaan & Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerling, di sini semalam.

Turut hadir Pengetua Sekolah Kebangsaan Antara Gapi, Siti Hajar Ramli; Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru, Datuk Mohd Ghazali Dahaman; Pengerusi Majlis Belia Selangor, Zulkarnain Abu Hanit dan Pengerusi Persatuan Penduduk Antara Gapi, Norhasni Marjumat.

Mengenai tindakan pakatan pembangkang yang mahu menggunakan pendekatan menyerang dasar 1Malaysia pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata BN tidak gentar kerana rakyat menyokong penuh gagasan berkenaan.
“Pembangkang sendiri tahu 1Malaysia semakin popular di kalangan rakyat pelbagai kaum... rakyat menyokong segala usaha kerajaan BN sebab itu mereka (pembangkang) membuat pelbagai tohmahan terhadap 1Malaysia,” katanya.

Ahmad berkata, BN akan mempertahankan habis-habisan gagasan 1Malaysia selain terus memberi penerangan kepada rakyat termasuk penduduk Parlimen Hulu Selangor mengenainya.

“Tindakan pembangkang yang mahu menyerang 1Malaysia menunjukkan mereka sudah bankrap idea. Jika pembangkang tidak mampu mencabar BN, jangan pula mahu memburuk-burukkan usaha murni kerajaan BN,” katanya.


1. Kisah lama la nak cerita pasal pembangunan ni. Rakyat dah meluat dengaq pasal pembangunan ni. Asal nak mengundi ja dengaq kisah pembangunan, dengaq ada peruntukan ini, itu lepas tu haram xdak apa. Macam kat permatang pauh dulu, bila nak mengundia ada ckp2 peruntukan untuk pembangunan masjid, tapi lepas mengundi haram.

2. Orang kat atas cakap dua tahun pakatan memerintah xdak langsung pembangunan dilakukan kat hulu Selangor. Nak tanya sikit, sepajang 50tahun umno/bn memerintah hanya kilang sahaja yang mampu di bangunkan?? Dua tahun apa sangat dapat dilakukan kalau dibanding dengan 50tahun. Cadangan aku, orang kat atas tu baik jangan cakap la mcm ni, buat malu ja seorang menteri buat comparison mcm budak2.

3. Pikirkan kebaikan untuk rakyat lagi baik la aku rasa. Nak cakap pembangunan ni rakyat dh muak. Hangpa sumbatla macam mana pun depa xmau dah. Pada kerajaan dan pakatan lebih baik tumpu pada dasar masing2, xpayah nak compare2, xpayah nak buruk2kan orang, xpayah nak sogok2 rakyat dengan peruntukan ini, itu..semua itu hanya ada bila masa n ak mengundi.

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

No comments: