28 January 2010

Tahniah Penggerak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Keputusan PRK UM dah keluar, Penggerak menguasai semula UM. Tahniah aku ucapkan kepada calon yang telah memenangi PRK UM. Lakukan tanggungjawab anda dengan sempurna, insyaAllah pasti mendapat balasan yang baik dari Allah.

2. Aku xkisah Penggerak atau Pro-M yang menang. Semua baik2 belaka dan ingin memberi khidmat kepada UM . Bagi aku Pro-M dan Penggerak ni hanyalah satu platform untuk mengasah diri kearah kepimpinan dan berorganisasi. Yang penting kena atas diri sendiri.

petikan dari Malaysiakini...

Pro-Aspirasi rampas semula Universiti Malaya

Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) hilang penguasaan di Universiti Malaya (UM) apabila tewas di tangan musuh tradisinya pro-Aspirasi (pro-A) dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, kekalahan tipis kumpulan itu akibat kemerosotan penguasaan kerusinya daripada 19 pada tahun lalu kepada 17 pada tahun ini.

Manakala pro-A - dikenali juga sebagai Penggerak Mahasiswa - hanya menambah 1 kerusi sahaja daripada 20 kepada 21 pada tahun ini.

Calon bebas pula mendapat tambahan kerusi daripada 2 kepada 3 pada tahun ini.

UM me
mpertandingan 41 kerusi - 32 fakulti dan 9 umum - dalam pilihan raya kampusnya kali ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira jam 7 petang tadi.

Jawatankuasa pemilihan kampus membenarkan peluang kepada calon yang bertanding untuk membuat rayuan.

Hari ini, tiga kampu
s utama - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - turut mengadakan pilihan raya kampusnya

Keputusannya dijangka diperolehi lewat malam ini.

Kelmarin, pro-M turut tewas dalam pilihan raya kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM).

No comments: