27 January 2010

Kepala Babi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Harini kecoh dengan kisah kepala babi dilempar atau di letak di masjid (kawasan masjid). Bengong sungguh sapa yang buat kerja ni. Aku kutuk sekeras-kerasnya perbuatan tu. Dulu dalam UM pun pernah jadi. Bukan sekali, dua kali berlaku. Sapa yang buat tu memang 'kepala babi' la..(geram sangat ni).


2. Kenapa bila Pembangkang (PR) ramai di parlimen dan Kerajaan (BN) kurang 2/3 di parlimen negara kita jadi seperti xaman?? Mula-mula kisah kepala lembu di Selangor. Kemudian bom gereja, bakar surau, letak kepala babi pulak..Semua memandang tau keadaan di Malaysia ni, terutama Singapura. Kawan aku kat India pun bleh dapat tau kisah jadi kat Malaysia ni, keluar TV kat India. Kalau internet lagi la cepat..

3. Kat atas tu hanya persoalan sahaja. Kalau penyokong kerajaan pasti kata negative pada pembangkang dan positif pada kerajaan. Sebaliknya pula, kalau penyokong pembangkang pasti kata negative pada kerajaan dan positif pada pembangkang. Jawab sendiri la. Cari maklumat, fakta, kemuadian nilai..sama2 kita pikirkan.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

No comments: