26 January 2010

cuti di Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Baru harini aku berkesempatan nak update blog aku. 2 hari aku pergi bercuti ke Pahang bersama2 dengan kawan2 kelas aku. Sampai je kolej badan semu rasa letih kemudian terus tido, ganti balik tido yang xcukup, hehehe.

2. Cuti bersama-sama kawan kelas memang dirancang lama dah , dari sem lepas lagi. Macam2 tempat terpikir nak pi dan pelbagai masa yang nak dipilih. Akhirnya berlansunglah cuti tu kat Pahang pada tarikh 23&24 Jan 2010.

3. Hari pertama kami ke Bukit Tinggi. Destinasi pertama kami adalah ke RB Rabit. Kami dapat main dengan arnab yang comel2 belaka. Taman tu xla besar sangat, ada arnab, rusa, keldai. Masing2 suka main dengan arnab. Ada yang bg keldai makan, bg rusa makan, bg arnab makan.

4. Kami xlama sangat kat situ, pastu terus ke Colmar Tropical. Kat situ aku memang tertarik dan aku suka. Aku xpernah pulak tahu ada bangunan2 mcm tu kat Malaysia ni. Keadaan kat situ seperti berada di luar negara. Cuacanya pun xpanas sangat. Best..

5. Kemudian kami pi pulak Japanese Tea House. Cantik taman-tamannya. Keadaan memang macam kat jepun la. Nak try pakai kimono pun boleh. Aku letih dah time tu, sebab lapar..hahaha. Kemuadian kami solat kat Surau Petronas. Aku xingat kawasan mana.

6. Pas tu kami terus menuju ke hutan lipur lentang. kat sanalah kami makan tengah hari dan bermandi2 manda di sungai. Kemuadian bila dah petang kami pergi ke rumah member kami untuk bermalam. Kami semua masak sendiri malam tu untuk makan malam(nasik, telur dadar, air, ikan kering). Lauknya ikan Patin masak tempoyak kami beli. Sedap...

7. Lepastu sambut birthday member kami plak. memang kena tepungla dengan budak2 laki. Nasib badan la. Tapi kami ada kek untuk nya. Selamat hari lahir Fakh. Lepas tu kami tido. Yang laki stay kat rumah tu dan perempuan gerak kerumah lain.

8. Pagi2 dah kena bngun sbb kul tujuh dah nak gerak ke pekan sehari kat Temerloh. Letih jugak tapi seronok. Pagi tu kami jalan ke pekan sehari temerloh. Kami beli sarapan masing2 dan makan bersama2 depan sungai Pahang. Sempat lagi naik Bot pusing2 sungai pahang.hehehe

9. Habis ja sarapan kami ke tempat gajah plak. Aku lupa nama tempat tu. Kat sana kami sempat main dengan gajah, bg makan gajah, naik gajah, bergambar dengan gajah. Semua gajah kat situ ada nama. Yang aku ingat nama Pian. Aku ingat Pian sebab aku naik atas badannya..=). Nak mandi bersama gajah kena tunggu pukul 2 petang, so kami xdapat mandi bersama gajah sebab nak bertolak ke KL dah.

10. Selepas tu kami bertolak ke KL, singgah R&R Karak untuk lunch. Kemudian sambung perjalanan ke KL..Alhamdulillah semua selamat dan semua berjalan dengan lancar. Apa pun percutian ni memang best walaupun singkat. Kami tinggalkan sementara hiruk pikuk Kota Kuala Lumpur ni.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin