09 January 2010

Laptop & LRT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Laptop breakdown...

1. Laptop aku breakdown. Menggelabah jugak aku bila laptop aku breakdown. Semalam, sebelum solat Maghrib laptop aku berfungsi sepertia biasa dan tetiba je terpadam. Aku ingat pekara biasa sebab sebelum ni pun banyak kali jadi macam tu. Aku biarkan je dan terus pergi bersihkan diri dan solat Maghrib. Lepas solat ja aku pun nak buka semula laptop aku. Boleh ON tapi xkuaq window macam biasa. Pening aku dibuatnya.

2. Restart pun jadi benda yang sama jugak. Dah menggelabah aku sebab programing thesis aku semua dalam laptop. Aku ada backup tapi masa cuti hari tu je, kerja lepas cuti semua xbackup lagi. Aku cuba nak format laptop aku, pastu dapat tahu hard disk problem. Duit dah la ada ciput ja, JPA pun xmasuk lagi. Aku mintak duit kat mama aku dulu untuk beli hard disk baru.

3. Beli la hard disk, last2 bila dah tau punca breakdown hard disk aku yang lama masih boleh guna. Lega rasa bleh dapatkan balik kerja2 thesis aku. Hard disk baru xtau nak buat apa. External hard disk pun aku dah ada.. HUHUHU...

LRT...

4. Lama dah aku xnaik tren ni, banyak naik motor je gerak ke mana2 sekarang ni. Dulu masa 1st, 2nd year selalu gak naik tren. Tadi aku berkesempatan naik tren LRT. Mula-mula aku naik Komuter dari Kajang ke KL Central. Keadaan tren sama ja macam aku 1st year dulu. Lambatnya seperti biasa, cepatnya juga seperti biasa =).

5. Kemuadian aku naik pula Putra LRT dari KL Central ke Universiti. Aku terkejut juga bila tren tu sampai kat platform. Dalam hati aku bertanya kenapa panjang pulak tren Putra ni? Rupanya tren Putra yang baru. Aku sempat ambil gambar keadaan dalamnya tapi xtransfer lagi dalam laptop. Nanti kalau sempat aku upload.

6. Masa dalam tren Putra tu minda aku terus berkata-kata. Bagusla tren Putra dah panjang, banyak gerabak dah,sekurang2nya xla org bersesak macam sardin dah dalam tu. Susahla perkara yang xdingini berlaku seperti seluk saku, raba2 dan macam2 ag. Baru ni pun aku ada terbaca dalam surat khabar, kekerapan tren Putra akan dikurangkan dari 3minint kepada 2minit. Bagus (thumb up).

7. Minda politik aku juga nak berkata-kata, bagus juga keadaan politik Malaysia macam ni (maksud aku bilangan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang), baik kerajaan, baik pembangkang masing2 nak tunjuk dan berikan yang terbaik pada rakyat. Yang untung rakyat, kita semua kat bawah ni. Ahli parlimen semua tu mana naik tren ni, rakyat ja. Kalau ada pun kadang2 ja naik tren.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

No comments: