29 March 2011

Solat Hajat dan Pidato

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

1. Semalam adalah hari terakhir aku berada di PROTON. Mengikut surat peletakan jawatan aku sepatutnya hari jumat ni adalah hari terakhir aku, tapi aku mintak kat boss aku untuk keluar awal. Lagi pun aku dah setelkan semua kerja aku yang masih berbaki. Ada aku post dalam blog semalam tajuk Last Day in Proton.

2.
Semalam jugak ada satu program solat hajat dan pidato khas di Stadium Melawati yang menampilkan Tuan Ibrahim Tuan Man, Johari Abdul, Tok Guru Hj Hadi, Tok Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Program tu mula pukul 7malam. Aku keluar kerja pukul 5.30petang. Dari Shah Alam (PROTON) ke KL (rumah) kemudian ke Shah Alam balik (Stadium Melawati). Bergegas jugak la aku untuk ke program tu. Aku tak sempat solat Maghrib di stadium sebab sampai lewat sikit dalam 7.45malam. Aku singgah dan solat Maghrib di Petronas dekat dengan stadium tu.

3. Lepas solat terus aku ke stadium. Sempat lagi mendengar tazkirah magrib dari Tuan Ibrahim Tuan Man. Teringat zaman kecik-kecik dulu Tuan Ibrahim Tuan Man selalu keluar Forum Perdana Hal Ehwal Islam dalam tv1. Sekarang bukan senang dah dia nak keluar tv1. Lepas tu solat Isyak jemaah diikuti solat hajat. Solat hajat diimamkan oleh Tok Guru Haji Hadi. Itulah 1st time aku jadi makmum Tok Guru. Pada malam tu jugak la 1st time melihat Anwar dari dekat. Selama ni banyak tengok youtube ja. Tok Guru Hj Hadi, Tok Guru Nik Aziz pernah dah aku tengok dari dekat masa Muktamar PAS yang jugak buat di Stadium Melawati dulu.

4. Lepas ja solat tu mula la pidato dari semua ahli panel Johari Abdul, Tok Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Anwar. Tok Guru Nik Aziz tiba ketika di pertengahan program. Rasa sedih dan nak menangis bila melihat keadaan Tok Guru Nik Aziz. Dalam keadaan yang lemah dia terus bersemangat untuk terus berjuang untuk agama dan politik. Berjuangnya bukan untuk harta, berjuangnya juga bukan untuk pangkat tapi berjuangnya untuk agama.

5. Selepas selesai semua pidato dari keempat-empat ahli panel tu Tok Guru Nik Aziz mulakan dengan muqadimah dalam seminit dan terus mengajak semua menadah tangan berdoa kepada Allah. Dia datang untuk doakan Anwar dan keluarganya bersama-sama dengan rakyat di atas aib yang diterima oleh Anwar. Sanggup dia datang dari jauh untuk semata-mata mengajak rakyat berdoa kepada Allah. Doa adalah senjata mukmin. Doa orang yang dianiayai dimakbulkan oleh Allah walaupun kafir.

gambar-gambar yang sempat aku ambil menggunakan Sony Ericsson K530i...





No comments: