24 March 2011

PEP37 TNB

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

1. Aku nak kongsi sedikit sebanyak tentang interview TNB yang telah aku hadapi. Mungkin boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang nak apply TNB untuk masa akan datang. Sebelum tu apa tu PEP?? PEP ni Program Eksekutif Pelatih dan 37 tu adalah kumpulan. Alhamdulillah aku akan memasuki PEP37 pada 4 April ini.

2. TNB akan buka iklan kekosongan jawatan PEP di emadis. Aku dah lama isi emadis ni, dari zaman aku belajar lagi. Bila PEP37 dibuka aku terus ja apply. Aku cuma ubah pointer aku ja. Kemudian aku dipanggil untuk ke assessment pertama. Masa nak ambil assessment yang pertama tu ada sedikit taklimat yang menyatakan pada kali ni akan ada 3 assessment. Sebelum-sebelum ni ada dua ja assessment.

3. Assessment pertama aku kena writting essay. Masa 30minit diberi untuk menulis 500word. Aku tulis ja. Asal org nak baca tu paham apa yang hendak disampaikan. Kemudian ada short presentation mengikut kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 5 hingga 6 orang dan diberi satu tajuk. Masa perbincangan diberi kemudian presentation for 10minit. Aku cakap je masa present tu. Fully English..

4. Kemudian tunggu dalam dua minggu jugak la untuk dapatkan result 1st assessment. Alhamdulillah aku berjaya. 2nd assessment ialah teknikal interview. Akan ada 3orang panel masa interview tu. Panel yang ada masa aku interview tu sorang HR, Engineer Distribution, Engineer Transmission. Solannya banyak pekara final year project, industrial training, future plan, which department interested. Aku buat kering ja cakap cmapur2..kejap english kejap bahasa..hahaha..

5. Tggu lagi dalam 2minggu untuk dapat result 2nd assessment. Aku dapat lagi. Pergi pulak SPECIAL. 2hari satu malam di Ilsas. Masa 3rd assessment ni dari awal sampai kesudah banyak presentation sahaja. Akan dibahagi kepada kumpulan, satu kumpulan ada 12 orang kemudian 3kumpulan dalam satu bilik. Masa ni la nak tunjukkan diri bekerjasama dengan kumpulan dan cara komunikasi. Presentation is prefer in English but u can use other language that everybody understand. Aku campur-campur jugak masa presentation..hahaha..

6. Akhir sekali penyeksaan jugak menunggu result 3rd assesment ni. Agak lama jugak prosesnya..Tapi aku tunggu dengan penuh sabar..akhirnya berjaya..ALHAMDULILLAH..syukur..

No comments: