25 March 2011

Bila ahli akademik berhujah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Malam ni aku hanya nak berkongsi sedikit video yang aku lihat. Video ni diperolehi dari Wacana Perdana bertajuk Terhakiskah Kuasa Melayu?? yang berlansung di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu Kelantan pada 18 Mac yang lalu. Hanya keratan pendek sahaja yang aku perolehi. Aku masih berusaha untuk mendapatkan video penuh sepanjang berlansungnya Wacana Perdana ni. Yang aku jumpa pun audionya teruk.

2. Ahli akademik dalam video ini bernama Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya (U aku tu, bangga sekejap, hehehe). Pandangannya lebih kepada akademik tidak kepada politik. Dengar hujah-hujahnya dan anda fikirlah sendiri. Aku sependapat dengannya dengan menyatakan pelihara (jaga) Islam pasti kuasa Melayu terjamin. Dia mulakan dengan pelihara Islam, bukan pelihara melayu.

3. Lagi satu aku nak sebut, cukup beruntung rakyat Kelantan dapat melihat hujah-hujah dari semua wakil-wakil politik dan juga wakil akademik. Pekara ini membuat mereka berfikir dan menilai. Negeri-negeri lain agak malang tiada seperti ini. Tok Guru tidak takut untuk memberi rakyatnya lihat sendiri hujah-hujah dari pihak lawan atau pihak kawan. Lihat video dibawah.



No comments: