28 March 2011

Last Day in Proton

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Sehubungan dengan perletakan jawatan saya, di sini saya ingin mengambil kesempatan melalui email ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli kumpulan PRODUCTION ENGINEERING BODY (PE BODY).

2. Saya juga ingin mengunakan kesempatan ini juga memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang berada dalam kumpulan PE BODY. Rasa bersyukur dihati kerana dapat bersama dengan kumpulan PE BODY walaupun hanya sementara. Pengalaman yang diperolehi cukup bermakna.

3. Jutaan terima kasih dituju kepada En. Razak kerana telah mengambil dan memberikan saya peluang untuk bersama dengan kumpulan PE BODY. Tidak lupa juga pada En. Rushdi, En. Zainuddin dan En. Mohd Adnan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melakukan pekerjaan. Bukan sekadar ilmu Engineering sahaja yang diperolehi malah juga ilmu kehidupan yang luar dari bidang Enginering. Segala Ilmu ini akan saya bawa bersama-sama di dalam diri. Terima kasih juga kepada yang lain samada telah membantu saya secara langsung atau secara tidak langsung. Jasa baik warga PE BODY amat saya hargai.

4. Sekali lagi saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua warga PE BODY. Harapan saya semoga PE BODY terus cemerlang dan cemerlang.

p/s: kepada En. Rushdi dan En. Zainuddin, password desktop 123456. Dalam laptop ada folder ‘kerja zulkarnain’. =)

Zulkarnain Bin Jalauddin

No comments: