23 March 2011

Lama tak menulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Lama benar aku tak post dalam blog ni. Dah hampir 10 bulan dah tak post. Banyak pekara yang berlaku sepanjang 10 bulan tu. Kalau nak dicerita semuanya panjang sangat. Aku pun jadi malas nak taip nanti..hahaha..

2. Sedikit sebanyak cerita yang nak aku kongsi sepanjang 10 bulan yang lepas pasal kerjaya aku. Selepas ja aku habis belajar, aku bekerja di Pestect Sdn Bhd. Aku ada post sebelum ni dalam blog ni yang aku dapat dari Pestech tu. Aku sempat bekerja 2bulan kemudian aku dapat tawaran masuk ke Proton sebagai Engineer at Production Engineering Body. Sekarang dah masuk 7bulan bekerja bersama Proton dan minggu lepas aku telah menerima tawaran baru iaitu TNB. 4 April 2011 aku akan bermula bersama TNB, insyaAllah.

3. Memang dari kecil aku ingin menjadi electrical engineer dan bercita-cita ingin bekerja bersama TNB. Alhamdulillah akhirnya dapat juga masuk ke TNB. Aku ingin menimba sebanyak mungkin ilmu semasa bersama TNB nanti. Ilmu-ilmu yang ada semasa bersama Proton jugak akan ku bawa bersama. Banyak jugak pekara baru yang pelajari ketika bersama Proton. Fresh Graduate..semuanya baru. Zaman belajar tak penah melalui semua tu. Teori dan teori, praktical kurang.

4. Bukan senang nak masuk TNB ni. Aku kena lalui 3 kali assessment. Yang pertama writing essay and short presentation, yang kedua interview with 3 panel dan yang ketiga SPECIAL 2days 1night. Yang ketiga ni banyak kepada presentation ja. Aku lalui semua tu. Aku akan masuk sebagai Program Eksekutif Pelatih kumpulan 37.

5. Banyak lagi nak diceritakan tapi setakat tu la dahulu. Ada masa aku cerita lebih detail lagi. Aku akan cuba berkongsi ilmu-ilmu electrical di dalam blog ini untuk masa akan datang, InsyaAllah.

No comments: