25 March 2011

Inbox

Telah menerima email dari TNB::Penempatan masih belum diketahui::


Salam 1 Malaysia tuan/puan,

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada tuan/puan atas pelantikan tuan/puan untuk mengikuti Program Eksekutif Pelatih (PEP) Kumpulan 37.

Seperti sedia maklum, tarikh kuatkuasa pelantikan tuan/puan adalah pada 4 April 2011 dan tiada penangguhan lapor diri dibenarkan. Tuan/Puan dianggap menolak tawaran sekiranya tidak hadir melaporkan diri pada tarikh tersebut.

Tuan/puan dikehendaki untuk mendapatkan surat tawaran pada 28 Mac 2011 hingga 1 April 2011 di alamat seperti berikut:

Jabatan Perancangan Sumber Manusia & Pembangunan

Tingkat 8, Ibu Pejabat TNB

129 Jalan Bangsar

50732 Kuala Lumpur

Untuk makluman, penempatan dan penugasan tuan/puan secara terperinci akan dimaklumkan sebelum tuan/puan melapor diri pada 4 April 2011. Berikut adalah butiran dan arahan untuk melapor diri :

Tarikh

:

4 April 2011

Masa

:

7.45 pagi

Tempat

:

Auditorium Abu Zarim

TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (ILSAS) Jalan Kajang – Puchong

43009 Selangor Darul Ehsan

Pakaian

:

Formal/Rasmi

(Tali leher adalah wajib bagi pelatih lelaki)

Tuan/Puan akan menjalani sesi induksi untuk tempoh satu minggu bermula 4 hingga 8 April 2011 berdasarkan jadual ringkas sesi induksi yang disertakan bersama untuk rujukan tuan/puan. Oleh yang demikian, sila sediakan kelengkapan peribadi tuan/puan sepanjang tempoh tersebut.

Penginapan dan sajian disepanjang tempoh induksi disediakan oleh TNB.

Sekian untuk makluman tuan/puan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian 010-9108706 atau emel muzaleeza@tnb.com.my

No comments: