24 March 2011

Politik Kotor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Politik Malaysia makin hari makin buruk suasananya. Sejak dari 1998, berlakunya pemecatan Anwar dari Timbalan Perdana Menteri mula la timbul kisah liwat. Kisah liwat cukup popular ketika itu.

2. Setelah lebih sepuluh tahun berlalu kisah liwat 1998, timbul lagi kisah liwat terbaru, juga melibatkan Anwar. Kali ni lebih dasyat sikit kerana melibatkan sumpah. Kisah ini jugak melibatkan Anwar juga. Kisah ini masih dalam perbicaraan.

3. Yang terbaru dan masih panas adalah kisah video seks. Jugak melibatkan Anwar. Makin dasyat politik Malaysia ni. Ia lebih menuju kepada kisah-kisah tingkah laku yang tak dapat diterima oleh budaya timur.

4. Dek kerana politik Malaysia budak kecik pun sudah biasa menyebut tentang liwat. Sejujurnya semasa 1998 dahulu ketika aku darjah 4 aku tak tahu apa itu liwat. Mungkin budak sekrang pun sama seperti aku dahulu atau lebih tahu apa itu liwat kerana kisah liwat muncul lagi dan kisah liwat 1998 masih berlegar dalam media2.

5. Bagaimana agaknya nak menjawab bila budak2 ini bertanya apa itu liwat?? Ini timbul kisah video seks pula. Kanak2 sikap ingin tahu ini tinggi. Secara tak langsung mereka terdedah dengan kisah-kisah seks. Wow dasyat-dasyat.

6. Politik telah dikotorkan oleh orang yang bermain politik. Rakyat menjadi bodoh dengan isu pekara tak senonoh, rakyat terlupa barang keperluan semua makin naik, gaji masih sama. Sekarang ayam dah 8-9ringgit sekilo. Teh ais di Pelita pun dah RM1.80, agaknya berapa pula harga Milo Ais?? Jangan minyak naik lagi sudahla..

7. Untuk menjadi popular, melariskan surat khabar perkaitan dengan Anwar mesti kena ada. Blog aku pun sama la, ada jugak nama Anwar, hahaha.. Nak jadi famous senang sahaja dalam politik, lawan orang besar dalam politik seperti Najib, Nik Aziz, Anwar, Mahathir, Muhyidin. Tak percaya cuba la. Pasti value diri dalam politik meningkat.

No comments: