08 May 2010

Lesen Judi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

1. Semperna musim pertandingan bola sepak Piala Dunia ni, timbul lagi satu pekara baru iatu cadangan nak keluarkan lesen judi untuk taruhan sepanjang Piala Dunia berlangsung. Wow, terkezut jugakla aku, bukan terkejut lagi.

2. Judi ni dah terang lagi jelas haram dalam agama Islam dan xdigalakan pun oleh semua agama dalam dunia ni. Tapi kenapa beria sangat nak keluarkan lesen judi?? xmasuk akal la, negara ni negara apa sebenarnya?? Majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.

3. Alasan cadangan ini dikemukan kerana terdapat banyak kegiatan pertaruhan secara haram bila tiba musim Piala Dunia?? Adakah alasan itu boleh diguna pakai untuk keluar lesen judi?? Sepatutnya kita kuatkan kuasa lagi untuk banteras yang haram tu, ini tidak, yang haram jdkan halal. Ia tetap haram.

4. Sepatutnya awal2 lagi ahli2 dalam dewan menentangnya, dan usul ini pun xpatut dibahaskan sebenarnya. Tanya la orang bukan Islam, mereka juga benci pada judi..Memang betul ada di antara mereka yang bermain judi tapi mereka benci pada orang yang main judi itu. Xpecaya cubala tanya isteri yang suaminya kaki judi.

5. Jangan la laksanakan benda mcm ni. Aku tau bapak2 menteri semua pandai2 belaka, jgn biarkan menda mcm ni berlaku. Kita cuba kurangkan bukan galakan.

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

No comments: