05 May 2010

Habis Exam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

1. Alhamdulillah, telah tamat peperiksaan aku di Universiti Malaya ni. Selama 4 tahun bertarung, baru harini aku berakhir. Terasa seronok pun ada, terasa sayu pun ada sebab lepas ni dah xder lagi dunia belajar seperti ini. Akan menempuh alam pekerjaan pula.

2. Banyak pengalaman aku dengan UM ni. Selama 4tahun aku belajar sepanjang itulah aku berada dalam UM, xpernah sekali pun aku dok luar UM. Maksud aku xsewa rumah kat luar UM. Aku setia pada Kolej Kediaman Pertama. Banyak sejarah aku dengan First College ni.

3. Aku tak akan lupa segala pengalaman aku di UM. Ada manis, ada masam, ada pahit, semua ada. Walaupun di UM grade markah nak score ‘A’ susah, tapi aku tetap sayang UM.

4. Sekarang ni aku dok sibuk jugak memikirkan kat mana la aku nak menetap selepas ni. Xpenah pun aku menyewa rumah, baru sekarang nak merasa. Bagaimana la keadaannya. Semua dah mula kena bayar. Dari bil sewa rumah, bil air, bil api, internet mcm2 lagi semua perlukan duit. Harap semua itu akan menjadi biasa pada aku.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

No comments: