08 May 2010

rumah sewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

1. Aku akan berada di UM lebih kurang 2minggu sahaja lagi. Sebenarnya semua dah setel, tinggal presentation thesis sahaja 11May ni. Lepas tu boleh dah nak balik umah, tapi aku ambil satu lagi kelas sponsor dari KPT. Aku ambil kelas Microsoft Project (3P). Kelas ni start 10May sampai 21May.

2. Di kolej aku boleh menginap sampai 9May ja, tapi aku apply untuk tinggal sampai 11May sebab presentation thesis. Untuk kelas 3P ni aku mungkin menginap di kolej 11. Aku dah apply tapi xder jawapan lagi, harap positifla jawapannya.

3. Semalam sempat gak aku keluar ngn kawan2 pi tengok rumah sewa. Bila call owner rumah tu, dia jawab kata baru ja orang amik untuk sewa, huhuhuh. Aku memang xpandai taman2, rumah2 area sini, maklumla 4tahun aku dok kolej ja, xpenah dok umah sewa =).

4. Bukan senang jugak nak sewa umah area KL ni. Kebanyakannya bila nak sewa kena bayar sewa rumah + deposit sebulan + deposit api n air. Ada jugak yang kena buat contract RM100. Duit contract tu hangus mcm tu je la. Aku xkesah sangat pekara2 mcm tu, Cuma susah nak cari rumah tu.

5. Kami sekawan 4orang nak sewa rumah yang budjet dalam RM600 area KL. Sapa yang ada kenal owner rumah maklum2kan lah. Sorang kawan aku dh nak start keja 24May, aku n sorang lagi kawan aku start 1June, so kami perlukan rumah..rumah sewa, rumah sewa, sewa rumah..=)

sekian…

Zulkarnain Bin Jalauddin

No comments: