04 February 2010

belajar terima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. PRK UM dah berakhir. Kecoh jugak la kat UM ni, boleh kata 1 Malaysia tau la. Budak U kat luar negara pun turut tau pasal kekecohan PRK UM ni. Malas nak cerita kronologi kekecohan kat UM ni. Kalau nak tau, sendiri cuba cari.

2. Keputusan PRK UM berpihak kepada PENGGERAK sebagai majoriti. PRO-M tidak berpuas hati dengan keputusan PRK kali ni. Meraka bilang keputusan tu tidak adil. Penggunaan e-voting xadil. Aku xpaham la, kenapa bila dah keluar keputusan baru nak bising2?? persoalan aku tinggalkan.

3. Aku bagi anologi la, kalau kita dah tau pengadil kat padang tu xadil (berat sebelah) buat apa kita nak masuk padang. Boikot la awal. Kalau dah tau sistem e-voting xadil kenapa masuk jugak bertanding, kenapa xberdemo sebelum mengundi?? dah keluar keputusan baru nak kecoh, tarak guna la, buang masa.

4. Aku tau ada yang pi berdemo kat putrajaya hari tu, tapi kementerian xlayan. Xboleh ka ambil langkah berbincang pasal e-voting ni?? bila keluar keputusan baru nak mintak lantik orang memeriksa sistem e-voting. Kenapa xsebelum tu? dah keluar keputusan baru nak bising2. Dengar kata esok ada lagi perhimpunan dari PRO-M.

5. Bagi pendapat aku la, demokrasi kat dalam UM ni lagi baik la dari U lain terutama UKM. Budak UM bebas nak berhimpun, stakat ni xdak pulak dengar yang kena tangkap, tapi UKM sampai 6orang kena tangkap kalau xsalah aku. pikir2kan la.

6. Jadi pemimpin dalam UM ni memang dikenali, aku xnafikan, baik pemimpin dari PRO-M mahupun pemimpin dari PEBGGERAK. Jadilah pemimpin yang baik. Usahla menaikan nama dengan kontroversi sahaja. Anda seronok pemimpin2 politik luar menyebut2 nama anda sebab berani melawan. Bagus anda berani lawan tapi aku nampak xkena tempat la. Pemimpin luar xtahu situasi kat dalam UM, aku xsalahkan mereka, tapi salahkan anda.

7. Aku xberpihak kepada mana2 pun, yang mana betul, aku akui betul, yang mana salah aku tetap kata salah.

p/s: belajarlah terima kekalahan..kehidupan kita seperti roda, ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah. Usaha tangga kejayaan.

aku petik dari Malaysiakini

Tiada pilihan raya semula di UM

Pilihan raya kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) tidak akan diadakan semula dan keputusan pada Khamis lalu kekal, demikian diumumkan oleh naib canselornya, Prof Datuk Ghauth Jasmon, sebentar tadi.

Menurut beliau, sehubungan itu Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan dibentuk kabinetnya dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, siasatan yang dijalankan oleh perunding yang dilantik oleh pihak universiti dan juga perwakilan pelajar mendapati tidak ada masalah dengan sistem pengundian berkomputer (e-undi).

"E-undi tak ada masalah. Kedua-dua konsultan yang dilantik daripada pelajar dan pihak universiti kata tak ada masalah.

"Harvard yang menggunakan e-votingjuga tidak ada masalah," katanya.

Menurut Ghauth lagi, semua bantahan yang dikemukakan oleh pelajar tidak memberi kesan kepada keputusan pengundian.

Bagaimanapun, pihak universiti akan terus membuat pemantauan bagi penambah-baikan sistem tersebut dalam pilihan raya akan datang.

Dengan pengumuman itu, kumpulan pro-Aspirasi kekal menguasai UM dengan memperolehi 21 kerusi.

Pihak pro-Mahasiswa (pro-M) pula mendapati 17 kerusi manakala calon bebas mendapat tiga kerusi. Dua daripada tiga calon berkenaan kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan pro-A.


sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin



1 comment:

Hapiz Ahmad said...

kat ukm, sejak hari jumaat lepas tiap2 hari brhimpun..