21 February 2010

perbezaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Baru hari ni aku dapat update blog aku setelah abis cuti raya cina atau cuti midsem aku. Alhamdulillah aku selamat sampai ke kolej. Bertolak dari Sungai Petani (SP) jam 11.30malam, sampai di Hentian Puduraya jam 5.30pagi. Sempat aku solat subuh di surau Hentian Puduraya. Kemudian terus aku pulang ke kolej.

2. Bukan hal perjalanan aku yang nak aku ceritakan, tapi tentang perbezaan yang berlaku yang aku baru nampak dan baru tahu. Ia lebih kepada perkara yang melibatkan diri aku. Pekara ini juga ada berunsurkan politik. Sedikit sahaja perbezaan yang ingin aku ceritakan tapi suka aku untuk kongsikan. Kita terus kepada perbezaan tersebut.

3. Perbezaan pertama yang ingin aku ceritakan di sini, semasa aku pulang ke Kedah (SP), aku sempat keluar ke pekan bersama2 mama aku dan adik2 aku. Semasa dalam perjalanan aku sempat memerhatikan sekitar pekan SP, mana tau kot2 ada perubahan berlaku. Aku terjumpa benda baru, papan iklan di SP banyak dengan tulisan jawi. Lagi yang menarik aku tengok Farah Fauzana mengena tudung pada iklan HOT FM.

4. Pekara ni berbeza di negeri2 lain kecuali Kelantan. Banner iklan Celcom Krisdayanti mengenakan tudung di Kelantan. Berbeza di negeri2 lain. Alhamdulillah dah ada perubahan di negeri Kedah tempat aku membesar dan negeri Kelantan tempat kelahiran aku menjadi ikutan. Comel Farah Fauzana dan Krisdayanti mengenakan tudung. Ini yang aku katakan perbezaan pertama.

5. Perbezaan kedua yang menarik perhatian aku ialah pembayaran wang kepada semua pengajar al-Quran di seluruh kawasan negeri Pulau Pinang. Tok aku telah menerima wang sebanyak RM600 dari kerajaan negeri kerana mengajar al-Quran kepada anak2 kawasan kampung. Kerajaan negeri mencari semua pengajar2 al-Quran di seluruh kawasan Pulau Pinang. Tok aku mengajar al-Quran sebelum kerajaan negeri bertukar lagi. Ini satu perbezaan.

6. Mama aku turut sama menerima wang sebanyak RM100 dan cerderahati dari kerajaan negeri Kedah kerana mengajar al-Quran kepada anak2 kawasan taman aku. Nilainya kecil berbanding di negeri Pulau Pinang. Walaupun kecil tapi penghargaan dari kerajaan negeri tetap ada pada pengajar2 al-Quran. Mama aku mengajar al-Quran sejak aku kecil lagi sampai bertukar kerajaan pun masih mengajar al-Quran.

7. Itulah perbezaan yang ingin aku ceritakan. Semua pekara tu banyak berkaitan dengan aku, dekat dengan aku, hampir dengan aku. Mari berfikir..

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

1 comment:

azizuan said...

aku balik kulim dok sama macam tuh gak ja pown..tadak beza aku rasa billboard tuh..haha