23 March 2010

siapa pengkhianat sebenarnya?

PERMATANG PAUH, 23 Mac: Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kelmarin.

Sekolah agama rakyat, Madrasah Al-Aminiah yang terletak di jalan Permatang Nibong-Permatang Pauh merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang diberikan kepada sekolah agama rakyat digunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya digunakan tanpa sebarang kebocoran.

“Maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat,” kata Guan Eng.

Beliau turut memetik ungkapan daripada Khalifah Umar Abdul Aziz: “Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya, penolong bagi orang fakir, bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaan, panduan bagi orang miskin”.

Sementara itu, Ustaz Salleh Man selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri (MAIPP) turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat disekat.

Malah, katanya sekolah-sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan.

Kini, tambahnya kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

sumber dari harakahdaily


kalau dulu sekolah agama rakyat ni disekat segala jenis bantuan, sekarang Alhamdulillah dah mula ada makmal sains sendiri. kalau dulu surat khabar jawi ada, kemudian hapuskan, kemudian ada balik tapi hanya sisipan shja. dulu ada kelas jawi kt sekolah, kemuadian xder, kemudian ada balik. kesannya sekarang ramai xleh baca dan tulis jawi. sama2 kita pikir siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin

5 comments:

MomTom said...

aku rasa point hujah ko mcm lemah sangat r

Zulkarnain said...

tapi itu la hakikatnya..semua tahu pasal bantuan SAR di sekat, semua tahu surat khabar jawi dh xder, semua tahu format kertas SPM dulu xder jawi sekarang ada jawi..

Zulkarnain said...

berikan hujah anda sebelum judge hujah orang..itu lebih profesional kot..boleh bertukar2 idea..

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara. Cukup sekirannya saya menamakan diri saya sebagai Abu.Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu, rasanya saya lebih mengetahui bagaimana kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu semenjak P.Pinang bertukar tampuk pemerintahan. Saudara tidak boleh percaya sewenang2nya segala statistik yg dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Kerana apa yg saya ketahui, peruntukkan untuk sekolah2 agama Islam di P.Pinang adalah sama dgn jumlah yang diterima oleh sekolah tamil. Dan sekolah Cina mendapat peruntukan yang palig tinggi. Tidak ramai yang mengetahui perkara ini kerana masing2 takut tindakan akan diambil jika di dedahkan kepada umum. Saya mengetahui perkara ini semasa menghadiri kursus Bina Insan(kursus ini hanya boleh dihadiri oleh kakitangan beragama Islam). Semasa penutup dalam kursus tersebut, seorang Pegawai Kanan di peringkat pengurusan tertinggi kerajaan negeri telah mendedahkan perkara ini agar semua kakitangan kerajaan negeri khususnya beragama Islam dan berbangsa Melayu berjaga2 kerana kedudukan bumiputera di Pulau Pinang dalam keadaan kritikal. Petikan akhbar yg saudara siarkan dalam blog saudara adalah dari Harakahdaily yang mana kita semua tahu Harakah adalah lidah rasmi Pas. Dan Pas adalah rakan sekutu DAP dalam politik. Manakala DAP pula adalah kerajaan yg memerintah P.Pinang. Dan kerana hubungan tersebut, sudah pasti Harakahdaily akan menyiarkan perkara2 yang memberi faedah kepada DAP dan Pas. Sekian.

-ABU-

Zulkarnain said...

kepada abu. dari penyataan yang anda kemukakan kt atas ada beberapa persoalan yang ingin saya timbulkan. anda bilang pasal peruntukan sekolah berbeza dan anda ketahui ketika di dalam kem bina insan, anda pasti perkara itu benar?? jika benar kenapa anda perlu rasa takut untuk laporkan, anda berani dedahkan di laman komen blog, tapi anda xberani hendak laporkan pekara yang anda rasa benar. kenapa di dalam kem bina insan shja yang didedahkan?? kalau pekara tu xbetul anda bersubahat den gan fitnah. kalau boleh jawab persoalan saya lagi best, boleh kita bertukar2 pendapat.

lagi satu, bila bertukar tampuk pemerintahan, kerajaan baru memberi bantuan kepada SAR. persoalan saya, kenapa kerajaan yang dahulu, lama memerintah sekat bantuan SAR??

harakahdaily salah satu media yang berpihak kepada sesuatu parti dan ia menyampaikan pekara berkaitan parti dan rakan2 sekutu. adakah utusan, berita harian tidak berpihak?? kita perlu baca kedua2nya. harakahdaily berani letak berita sebenar, tapi anda xberani dedahkan pekaran yang anda rasa betul termasuklah nama anda, hanya tertera "Anonymous".