30 March 2010

mana pi semua orang Melayu?

Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.
Beliau yang juga ketuamalaysia stock exchange market klse 141008 09mengeri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernamayang bertarikh 30 Jun 2009. Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka. najib tun razak 040808Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.

"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.
"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.
NONE"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.
"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."

Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'
Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.
"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi.

aku petik dari Malaysiakini


mana pi semua orang melayu?? orang cina jugak yang tanya mana hilang saham bumiputera. janganla nnti ada orang kata cina ni saja nak tunjuk baik, konon nak bela melayu..dia cuma bertanya kepada pemerintah mana hilangnya saham bumiputra?? mana pi semua orang melayu dalam parlimen tu terutama dari pemerintah?? kenapa diam ja bila saham bumiputera hilang?? sikit ke 52billion tu??

3 comments:

MomTom said...

ko x rasa malu ke biler ko scr terang2an mengangkat seorang seperti guan eng ke atas?
cuba tgk isu secara besar
bukan tgk kepada isi tersurat sahaja

Zulkarnain said...

aku xmengangkat sesapa kat sini, tapi aku bertanya kemana pi orang melayu bila saham bumiputera hilang?? adakah anda rasa tergugat bila orang cina bertanya mcm tu?? dia hanya bertanya pemerintah kemana hilang saham bumiputera?? klu tunggu orang melayu xder sorang pun tanya terutama dari pemimpin pemerintah yang mempunyai majoriti melayu.

jawapan aku kepada soalan anda, aku lebih malu mengangkat pemimpin melayu yang korup dan penyebab hilang saham bumiputera ni..

MomTom said...

ok. ko dah menjawab soklan. nampaknya ko lebih memilih guan eng. jika ditakdirkan pakatan rakyat memerintah malaysia, aku nak tgk adakah sama sahaja dengan BN ataw lebih baik ataw lebih buruk. sepatutnya lebih baik la kalau mengikut apa yg diorang ckp.