
tengok kat sini
sekian...
dariZULCAR9
Zulkarnain (Bahasa Arab ذو القرنين dhū al-Qarnayn [ðulqarˈnajn]), secara harfiahnya bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh yang disebutkan di dalam Qur'an.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
aku xpuas hati harga tiket bus naik 30% untuk raya puasa kali ni.kerajaan benarkan pengusaha bus kenakan surcharge 30% kepada pengguna.aku dah beli tiket raya ni 27 ogos haritu untuk balik dari KL-sungai petani.harga tiket naik RM7.90 dari RM26.20..aku beli tiket untuk sungai petani-KL jugak..nasib baik cukup duit aku masa nak beli tiket tu, klu x malu aku nak bayaq xcukup duit..tp lepas beli tiket tu mmg kosong trus dompet aku..
lagi satu yang aku xpuas hati bus xcukup.semalam aku tengok buletin utama kt tv3 suku tu depa kata bus xcukup.banyak pengusaha bus kata xdak bas tambahan balik raya kali ni..bengang aku dengaq..harga tiket dah naik pastu bus still xcukup bus lagi..apa ni..
kesianla kami yang duduk jauh ni..kesianla kami pelajar2 universiti..kami bukan ada income sendiri lagi, harap nak guna duit pinjaman ptptn n scholarship ja..nak balik kampung kena kuaqkan duit hampir seratus ringgit untuk perjalanan pergi dan balik..
kerajaan lakukan sesuatu, jangan ashik nak naikkan harga ja..
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.....
Bulan ramadhan kini datang menemui semua kaum muslim diseluruh dunia..rukun Islam yg ke-2 mewajibkan berpuasa sepanjang bulan ramadhan..alhamdullilah aku sempat ke surau tadi menunaikan solat isyak berjemaah pastu terus sambung solat tarawih berjemaah yg pertama pada malam ni..sebelum pi solat tarawih aku sempat tengok berita tv3..dia kata kebanyakan negara mula berpuasa esok jugak,samala dengan kita di malaysia..aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan banyakkan ibadat ddan lakukan dengan penuh ikhlas..sekian
dari ZULCAR9..

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.
Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.
Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.
Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.
Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam(seorang India)Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.
Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.Al-Fatihah.-tranungkite
Note: webmaster-cerita ini dikisahkan oleh seorang ustaz yang berjumpa sendiri dengan pilot yg memeluk islam tersebut.-untuk maklumat lebih lanjut sila dapatkan majalah mestika terkini julai 2008.
artikel ini dipetik dari Bukti Besi Online