30 March 2010

mana pi semua orang Melayu?

Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.
Beliau yang juga ketuamalaysia stock exchange market klse 141008 09mengeri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernamayang bertarikh 30 Jun 2009. Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka. najib tun razak 040808Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.

"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.
"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.
NONE"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.
"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."

Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'
Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.
"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi.

aku petik dari Malaysiakini


mana pi semua orang melayu?? orang cina jugak yang tanya mana hilang saham bumiputera. janganla nnti ada orang kata cina ni saja nak tunjuk baik, konon nak bela melayu..dia cuma bertanya kepada pemerintah mana hilangnya saham bumiputra?? mana pi semua orang melayu dalam parlimen tu terutama dari pemerintah?? kenapa diam ja bila saham bumiputera hilang?? sikit ke 52billion tu??

26 March 2010

interview

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Pagi tadi sempat aku pi temuduga syarikat Alstom. Itu temuduga aku yang ke-3, sebelum ni dah penah pi syarikat lain. Temuduga tadi masuk 5 orang sekali. Yang sebelum ni aku pi temuduga individu ja. Alstom buat lain sikit.

2. Temuduga dia ringkas ja, ringkas2 pun dekat sejam la jugak, tapi ini adalah peringkat untuk screening ja, ada lagi peringkat yang lagi tinggi, dia akan maklum selepas dua minggu. Alstom ni syarikat dia besar jugak dan bukan senang jugak nak dapat la. Apa pun aku try ja, kalau ada rezeki Alhamdulillah, kalau xder ambil sebagai pengalaman.

3. Aku masih mencari kerja. Doakan aku semoga dimurahkan rezeki..

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin

23 March 2010

siapa pengkhianat sebenarnya?

PERMATANG PAUH, 23 Mac: Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kelmarin.

Sekolah agama rakyat, Madrasah Al-Aminiah yang terletak di jalan Permatang Nibong-Permatang Pauh merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang diberikan kepada sekolah agama rakyat digunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya digunakan tanpa sebarang kebocoran.

“Maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat,” kata Guan Eng.

Beliau turut memetik ungkapan daripada Khalifah Umar Abdul Aziz: “Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya, penolong bagi orang fakir, bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaan, panduan bagi orang miskin”.

Sementara itu, Ustaz Salleh Man selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri (MAIPP) turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat disekat.

Malah, katanya sekolah-sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan.

Kini, tambahnya kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

sumber dari harakahdaily


kalau dulu sekolah agama rakyat ni disekat segala jenis bantuan, sekarang Alhamdulillah dah mula ada makmal sains sendiri. kalau dulu surat khabar jawi ada, kemudian hapuskan, kemudian ada balik tapi hanya sisipan shja. dulu ada kelas jawi kt sekolah, kemuadian xder, kemudian ada balik. kesannya sekarang ramai xleh baca dan tulis jawi. sama2 kita pikir siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

sekian...

Zulkarnain bin Jalauddin