19 February 2009

Kisah yang mungkin nyata

" BACALAH UNTUK DIAMBIL IKHTIBAR DAN MUHASABAH DIRI

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.



Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku.

sakittttttttt. ....... sakit rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,...

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..... Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras.... mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis... mereka
menjerit...histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????????

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia......... dia........ dia
mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... ..

Tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...
Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ...... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku..

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga
dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.

Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh membaca artikel ini sungguh aku amat sangat bahagia.Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.


aku petik dari :
http://isuhangat.blogspot.com

11 February 2009

Tarif elektrik turun 1 Mac-malaysiakini-

Tarif elektrik diturunkan sebanyak 3.7 peratus daripada 32.5 sen/kWj kepada 31.31 sen/kWj, mulai 1 Mac 2009, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan di Putrajaya hari ini.

tenaga nasional and electricity 031208Tarif bagi pengguna domestik turun purata 2.54 peratus manakala tarif untuk pengguna komersil dan industri masing-masing turun 2.7 peratus and 5 peratus.

Shaziman berkata pengecualian pembayaran bil eletrik bagi pengguna yang bil eletriknya berjumlah RM20 ke bawah akan diteruskan sehingga 31 Disember 2009, lapor Bernama.

"Kerajaan juga telah menetapkan supaya talian elektrik seumur hidup bagi pengguna domestik yang menggunakan eletrik 200 sekwj ke bawah sebulan, juga dikekalkan pada kadar tarif sedia ada iaitu 21.8 sen sekwj memandangkan pengguna dalam kategori ini tidak mengalami sebarang kenaikan tarif eletrik sejak tahun 1998.

Bercakap kepada pemberita ketika mengumumkan penurunan tarif elektrik di Putrajaya hari ini, Shaziman berkata, kerajaan juga bersetuju supaya bekalan gas tambahan sebanyak 100 mmscfd (kaki padu standard sehari) akan diberikan kepada sektor industri dari sektor elektrik sebagai langkah kerajaan untuk menggerakkan sektor tersebut dan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk membuat pelaburan di negara ini.

Selain itu, katanya, pengguna industri yang layak juga masih terus menikmati tarif khas industri yang sudah pasti akan memberi impak positif kepada pihak industri.

Beliau berkata, katanya kementerian juga mencadangkan supaya syarikat pengagihan air yang tidak layak menikmati kemudahan tarif khas industri, diberi bantuan melalui diskaun tarif elektrik supaya kerajaan dapat memastikan tarif air adalah pada kadar yang tidak terlalu membebankan pengguna.

Kenyataan TNB

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyemak semula tarif elektrik untuk pengguna berkuat kuasa 1 Mac ini sejajar dengan keputusan kerajaan untuk mengurangkan harga gas bagi sektor kuasa sebagaimana yang diumumkan hari ini.

Kadar baru itu akan mencerminkan pengurangan dalam harga gas (dari RM14.31 Unit Thermal British untuk setiap Sejuta (MMBTU) kepada RM10.70 setiap MMBTU sementara mengambil kira kenaikan dalam harga arang batu (dari AS$75 setonne kepada AS$85 setonne), katan TNB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Intipati utama kadar tarif yang baru adalah seperti berikut :-

bullet button Pengguna industri: pengurangan purata 5.0 peratus (dalam jajaran 4.8 peratus hingga 5.2 peratus);

bullet button Pengguna komersil: pengurangan purata 2.7 peratus (dalam jajaran 2.6 peratus hingga 2.7 peratus);

bullet button Pengguna domestik/isi rumah: pengurangan purata 2.54 peratus untuk penggunaan bulanan melebihi dari 200KWh (Kilowat jam) (pengurangan tarif dalam
jajaran 3.0 peratus hingga 4.7 peratus).

Bagi penggunaan bulanan sehingga 200kWh, tiada pengurangan tarif dikenakan memandangkan kadar itu dikekalkan pada tahap kadar bersubsidi yang tinggi pada 21.8 sen/kWh dalam semakan tarif sebelum ini sejak 1997.

Tarif bagi pengguna isi rumah yang menggunakan sehingga 200kWh atau sejumlah RM43.60 elektrik sebulan, dikekalkan pada 21.8 sen setiap kWh.

Rebat kerajaan bagi pengguna isi rumah yang menggunakan elektrik sehingga RM20 sebulan dikekalkan sehingga Disember, katanya.

Arang batu dan gas mewakili komponen utama kos bahan api TNB (arang batu mewakili kira-kira 40 peratus daripada jumlah kos bahan api sektor kuasa).

TNB menanggung hanya sebahagian daripada kos arang batu yang diperoleh memandangkan tarif yang disemak semula itu adalah berasaskan kepada harga arang batu pada AS$85 setonne.

Pengurangan dalam tarif elektrik ini adalah sebagai menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi kedua bagi mengurangkan impak penurunan pertumbuhan ekonomi semasa.

Butiran lanjut kadar tarif akan disiarkan dalam masa terdekat ini sebelum tarikh penguatkuasaan pada 1 Mac.

07 February 2009

apa dah jadi...



sedih..hanya dengan laungan 'LAILAHAILALLAH' =,,(

Pro-M kuasai jawatan utama MPPUM-malaysiakini-

Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M), Universiti Malaya, mendakwa anggota MPP dari kumpulan Penggerak Mahasiswa sengaja cuba memecahbelahkan sesama pro-M sewaktu pemilihan jawatan-jawatan utama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Isnin lalu.

Pemilihan tersebut diadakan untuk mengisi jawatan yang dipertua, naib yang dipertua, setiausaha dan bendahari MPP.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mohd Hafiz berkata, ini ekoran tindakan Penggerak Mahasiswa mencalonkan beberapa calon daripada kumpulan pro-M untuk mengisi jawatan yang dipertua.

"Tapi semua (anggota pro-M) sudah berpakat untuk mencalonkan Mohd Ridhuan Mohamad bagi memegang jawatan yang dipertua," kata Mohd Hafiz.

Mohd Hafiz juga mendakwa Penggerak Mahasiswa juga berminat untuk menyandang jawatan tersebut.

Keadaan juga menjadi agak tegang seketika apabila calon-calon pro-Aspirasi bagi jawatan-jawatan utama tersebut, tidak puas hati dengan cara pemilihannya.

"Mereka mendakwa pro-M dan calon bebas, didakwa berpakat untuk melakukan pengundian secara mengangkat tangan," kata Mohd Hafiz.

Pemilihan tiga jam

Dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya 19 Januari lalu, Penggerak Mahasiswa (dahulu pro-Aspirasi) gagal mempertahankan majoriti kerusi yang dimenanginya setelah mendapat 20 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala, pro-M mendapat 19 kerusi dan calon bebas berjaya memperolehi dua kerusi. Bagaimananapun dua calon bebas tersebut menyokong pro-M setelah pungutan suara dijalankan.

Mesyuarat pemilihan bermula kira-kira jam 11 malam yang dihadiri oleh kesemua 41 anggota MPP.

Menurut Mohd Hafiz lagi, pemilihan pemenang bagi jawatan-jawatan utama itu - yang membabitkan calon Penggerak Mahasiswa dan pro-M - berlanjutan kira-kira jam 2 pagi.

Mohd Ridhuan dipilih sebagai yang dipertua MPP, manakal Chong Yah Huei dan Shah Rizul Ayuni Zulkiply - kedua-dua dari kumpulan pro-M - masing-masing dipilih sebagai naib yang dipertua dan setiausaha.

Manakala calon Penggerak Mahasiswa - Benjamin Ong Jia Ming - terpilih mengisi jawatan bendahari.

Jumpa naib canselor HEP

Manakala pemilihan untuk jawatan timbalan naib yang dipertua, timbalan setiausaha, dan timbalan bendahari dijalankan pada malam Rabu.

Katanya, kesemua nama calon-calon yang disepakati telah dihantar kepada Naib Canselor, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon untuk diperkenankan, pagi semalam.

Majlis penyerahan watikah tersebut berlangsung di Auditorium Kompleks Perdana Siswa (KPS) malam tadi.

Sementara itu, semua calon yang menang dalam pilihanraya kampus 19 Januari lalu, telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris dan empat pegawai HEP.

Dalam pertemuan tersebut, kata Mohd Hafiz, Dr Azarae berkata beliau akan membersihkan namanya berhubung isu rasuah yang didakwa ke atasnya dan menafikan beliau melakukan perkara tersebut.

Di samping itu, katanya, Dr Azarae juga berkata bahawa beliau akan mengadakan siri jelajah dari kolej ke kolej untuk membersihkan namanya.

04 February 2009

fitnah lebih bahaya dari membunuh

Ustaz Zainudin Hashim
Sun | Feb 01, 09 | 10:16:33 am MYT

Sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah).

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hdinya yang bermaksud : �Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia di waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah, seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.� Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah.

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara, sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu �ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafiq, ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

1- Fitnah melalui kepimpinan negara.

2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

4- Fitnah melalui ungkapan.

5- Fitnah melalui penulisan.

6- Fitnah melalui iklan produk.

7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia. Fitnah�..oh fitnah�..dan banyak lagi.

1- Fitnah melalui kepimpinan negara.

Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah �Negara Islam�, sedangkan pada masa mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.

Yang tidak menampakkan Islam secara jelas, isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang keliru dan terus keliru.

2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketika sedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa, tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut nak tegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).

Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untuk dilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.

3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama ada tidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai di kalangan orang Islam dalam negara Malaysia ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.

Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatoo, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.

Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa, menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.

4- Fitnah melalui ungkapan.

Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata : Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas, takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir di zaman Rasulullah s.a.w.

5- Fitnah melalui penulisan.

Terdapat juga segelintir penulis yang pro aliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.

6- Fitnah melalui iklan produk.

Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produk mereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.

7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berta, termauk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.

Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam. Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.

8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

Satu lagi fitnah di akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replica masjid yang menelan blanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.

9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat, terdapat scenario di mana ada pekerja muslim di sebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.

10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.

Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu �ain, maka ramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang tabung haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.

Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golongan yang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang merasakan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.

Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT. lanh _

aku petik dari tazkirah harakahdaily...

sekian...

Zulkarnain Bin Jalauddin



02 February 2009

macam mana negara nak maju???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

harini aku nak menulis tentang politik sikit..sekarang politik malaysia makin hari makin carca marba..tiap-tiap hari berpolitik..aku xpaham sungguh..politik sebenarnya baik tapi di Malaysia ni dah menjadi terlalu kotor, dah kurang bersihnya, banyak yang kotor..

baru-baru ni seorang adun Bota dari UMNO/BN telah lompat parti ke PKR. harini plak dengar citer dua adun PKR merangkap EXCO kerajaan negeri perak hilang, dan timbul spekulasi bahawa mereka berdua akan berhijrah ke dalam UMNO/BN..macam-macam politik ni..nampak seperti nak balas dendam pun ada.

cukupla dengan PRU 8 Mac, PRK Permatang Pauh, PRK Kuala Terengganu..sekarang lebih baik sama-sama tumpukan kepada pentadbiran, sama-sama la ganding bahu untuk majukan negeri dan negara kita Malaysia ni..kalau hari-hari kita dok berpolitik sampai bila pun negara kita xkan maju.

aku tahu semua rakyat Malaysia sayangkan negara kita ni, xkirala kerajaan ke, pembangkang ke, semua sayangkan negara, kalau tidak masakan boleh dipilih menjadi wakil rakyat..lupakan sengketa politik tumpukan pada pentadbiran..yang pembangkang tegur kerajaan mana yang xkena, yang kerajaan laksanakan tanggungjawab dengan sempurna..

dah banyak negara dah kedepan tinggalkan kita dari segala bidang..contohnya ekonomi..dulu kita dihadapan sekarang ada negara yang dulu berada dibelakang negara kita dah pintas negara kita..kenapa jadi macam tu??? antara sebab negara kita ketinggalan ialah terlalu banyak amalan rasuah berlaku dan lagi satu negera kita ni xhabis-habis dok berpolitik ja kerjanya..

sama-sama kita renungkan...

sekian...
ZULKARNAIN BIN JALAUDDIN