26 September 2008

Uniknya kejadian buah kurma

Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar

sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling
rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang
berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya
menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar
dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul
tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan
herba
yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,
Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada
bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan
tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan
kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia.
Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh
digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.


"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t
pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi
dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk
kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar..

25 September 2008

minyak turun lagi

ASSALAMUALAIKUMDAN SALAM SEJAHTERA..

harini kerajaan telah menurunkan harga minyak lagi sebanyak 10sen selpas menurunkan pada kali pertama sebanyak 15sen.jumlah penurunan setakat ni sebnayak 25sen..untuk pengetahuan, harga minyak di pasaran dunia sekarang kurang dari USD 92.7..

aku bersyukur dengan penurunan harga minyak ni dan berterima kasih kepada kerajaan, tapi....

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Rakyat Malaysia Subsidi Kerajaan = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.

renung2kan dan pikir-pikirkan...

sekian.....
dari ZULCAR9

22 September 2008

kagum


DUBAI: Muhammad Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah al-Quran Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12 yang berakhir di sini kelmarin.

Lebih membanggakan, hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis penyampaian hadiah oleh Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammad Rashid Al Maktoum.

Berbaju Melayu dan bersongkok, Muhammad, dari Sekolah Darul Hikmah, Ampang, Selangor, gembira serta tidak putus-putus tersenyum menerima tahniah daripada pegawai kerajaan, peserta dan hadirin yang membanjiri Pusat Persatuan Kebudayaan dan Sains, Al Mamzar.

Muhammad, yang mengambil masa tiga tahun menghafal kitab suci itu, menerima hadiahnya pada upacara berasingan.

Johan keseluruhan Dihqa yang bermula awal bulan ini ialah Fares Al Aagam dari Yaman, naib johan, Noor Al Deen Al Younsi (Libya) dan ketiga, Khalid Al Ainati (Kuwait). Sebanyak 85 peserta mengambil bahagian.

Tiga pemenang utama itu masing-masing menerima 250,000 dirham, 200,000 dirham dan 150,000 dirham, manakala pemenang dari tempat keempat hingga ke-10 menerima antara 65,000 dirham dan 35,000 dirham. Satu dirham bersamaan kira-kira 95 sen.

Muhammad kelihatan yakin sebaik saja naik ke pentas memperdengarkan bacaannya di hadapan hadirin yang membanjiri dewan itu. Sebuah akhbar tempatan menyifatkan bacaan Muhammad sebagai 'amat mempesonakan'.

"Alhamdulillah," kata Muhammad apabila ditanya mengenai pengalamannya sebelum keluar dari dewan bersama rakan barunya selepas selesai majlis penyampaian hadiah yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Dubai, Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Terdahulu, dalam temubual dengan Bernama, Muhammad berkata, dia mula berlatih menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan amat terhutang budi kepada bapanya, yang bertugas sebagai penasihat undang-undang dan ibunya, seorang doktor gigi, atas dorongan mereka.

"Pada mulanya, ia memang amat susah, tapi lama-kelamaan, ia semakin mudah. Minat yang mendalam dalam bidang ini juga banyak membantu saya," kata Muhammad yang berasal dari Kuala Lumpur.

Selain Dubai, bakat dan kebolehan yang dimiliki pernah membawa Muhammad ke banyak tempat, termasuk Austria, apabila dijemput memperdengarkan bacaan al-Quran pada 2006. Muhammad juga sering dijemput mengimamkan solat di pelbagai masjid di Malaysia.

Remaja itu berkata, dia menghabiskan sebahagian besar bulan Ramadan di sini dan tidak sabar untuk pulang ke tanah air bagi menikmati suasana berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

21 September 2008

wajarkah guru dilarang bicara politik?

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang sebelum ini tidak kedengaran suaranya mengemukakan pendapat mengenai situasi politik semasa tiba-tiba muncul dengan saranan (mungkin tidak keterlaluan dikatakan larangan; kerana keluar daripada mulut anggota kabinet) guru dilarang berbincang mengenai politik di sekolah walaupun di kantin (berdasarkan laporan Malaysiakini 20 September 2008). Alasan yang dikemukakan oleh beliau ialah perbincangan ini akan membebankan tugas guru yang sedia ada. Amat dangkal hujah seorang anggota kabinet.

Larangan ini lebih merupakan satu usaha untuk mengeluarkan golongan guru daripada arus perdana negara. Adakah dengan menafikan hak guru untuk bercakap mengenai politik, taraf pendidikan akan meningkat? Atau penafian ini akan melahirkan guru-guru yang dicucuk hidung dan mandul pemikirannya?

Kita akur dengan perintah am yang melarang penglibatan kakitangan awam dalam aktiviti politik. Tapi adakah larangan itu sampai ke peringkat tidak boleh bercakap mengenai politik. Di manakah letaknya peruntukan perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara? Jika berasas larangan ini, adakah guru sahaja yang dilarang, bagaimana dengan penjawat awam lain. Kita boleh akur jika larangan ini merujuk kepada perbincangan di dalam semasa bersama pelajar, kerana pelajar merupakan golongan yang belum dibenarkan berpolitik kepartian.

Tidak tahulah di mana justifikasi yang diambil oleh Timbalan Menteri ini sehingga sanggup melarang guru-guru bercakap mengenai politik. Golongan guru merupakan golongan yang peka dengan situasi semasa. Bersesuaian dengan taraf mereka sebagai golongan pendidik. Pengetahuan mereka tidak terhad di dalam buku teks.

Buah fikiran mereka perlu bernas. Salah satu cara untuk membernaskan pemikiran ialah menerusi perbincangan isu-isu semasa yang biasanya disiarkan menerusi media arus perdana. Adakah perbincangan sesama rakan sejawat menjadi satu kesalahan? Jika menjadi kesalahan, elok kiranya diharamkan terus kemasukan akhbar-akhbar dan media perdana lain di kawasan sekolah.

Dalam saat negara berusaha menerusi Kementerian Pelajaran untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama, golongan guru pula diarahkan menjadi golongan berminda kelas yang tidak diketahui. Golongan guru sedar di mana kedudukan mereka.

Jangan bimbang, mereka tidak akan menjadi penganalisis politik; yang ada hanyalah penganalisis politik untuk diterjemahkan setiap kali parlimen dibubarkan.

Jangan bimbang, golongan guru merupakan golongan yang matang untuk menilai situasi. Memadailah golongan guru akur dengan perintah am, tidak perlu lagi perintah tambahan. Lebih baik bagi Timbalan Menteri berfikir bagaimana untuk meningkatkan sahsiah pelajar yang hari ini semakin merosot.

Tidak perlulah berfikir mengenai perkara remeh; sehinggakan perbualan guru di kantin perlu dikawal. Jika perlu juga, hantarlah pegawai dari Putrajaya untuk memantau kerana tiada sesiapa mampu untuk memantau perbualan guru di kantin kerana Timbalan Menteri sendiri mengakui beban guru di sekolah sememangnya berat.

sumber dari tranungkite

09 September 2008

UMNO parti perkauman?????

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

gempar jugak bila aku tengok sidang media ketua bahagian UMNO bukit bendera kecoh semalam...sampai koyak gambar Tan Sri Dr Koh Tsu Koon..bukan tu je, dengan wartawan pun dia bertekak..apa cerita ni..beginikah pemimpin melayu yang kita bangga2kan yang lahirnya dari UMNO...org lain akan hilang hormat pada bangsa melayu sekiranya pemimpin melayu bersikap begini..pilihla cara penyelesaian yang baik..

tengok video ni

07 September 2008

36 000 lagi tiket bus untuk raya

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

berita yang agak baik kepada kita semua yang ingin pulang beraya di kampung terutama sekali kepada perantau yang sedang menuntut ilmu di negeri orang mcm aku ni...transnasional menyediakan 36000 tiket bas untuk balik raya untuk perjalanan ke utara,timur dan selatan..kepada yang belm beli tiket tu pi la beli cepat2, sempat lagi..esok baru start jual tiket tu..

bayak lagikan tiket bus yang boleh dijual..sampai 36 000..sebelum kerajaan luluskan surcharge persatuan pengusaha bas ugut xnak sediakan bas tambahan..bila kerajaan luluskan kenakan surcharge 30% depa kata still xcukup dengan kenaikan tu..depa bagi alasan plak bas xcukup pulak, banyak bus yang xnak buat bas tambahan..pastu kerajaan bg subsidi minyak 9000 liter minyak kepada bas..bas terus cukup..siap ada banyak lagi..apa cerita??

aku menghargai pengorbanan kerajaan dan berterima kasih cuma bagi pendapat aku la, kerajaan sepatutnya tidak takut dengan desakan pengusaha bas..kenapa mesti kenakan surcharge 30% kepda pengguna yang boleh dikatakan agk membebankan?? dan selepas itu memberi pula subsidi minyak kepada pengusaha bas...sepatutnya kerajaan kena lebih awal memberikan subsidi minyak itu kepada pengusaha bas dengan tidak mengenakn surcharge..

ini memberi keuntungan kepada mereka dan keperitan kepada pengguna yang terpakasa mengeluarkan wang lebih untuk membeli tiket bas...sama2 kita renungkan..

sekian....
dari ZULCAR9

05 September 2008

bas raya cukup

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

alhamdulillah bas balik raya ditambah dan cukup kepada pengguna semperna hari raya puasa ni..aku baca paper tadi kerajaan telah bagi kuota subsidi minyak kepada bas selama sebulan ni sebanyak 9000 liter dari 2500 liter kalau xsalah aku..lega bila dengaq bas cukup..pengguna dapat balik kampung, dan xyah risau lagi terutama kepada pelajar IPT..

langkah yang kerajaan lakukan tu mmg bijak dan pantas, aku puji dengan lahkah ni..tapi pada pendapat aku sepatutnya kerajaan kena lebih awal lakukan seperti ni, beri subsidi minyak kepada pengusaha bus sepeti aku nyatakan kt atas tadi dan xperlu kenakan surcharge sebanyak 30% kepada pengguna..bagi pelajar IPT seperti aku rasa kadar surcharge yang dikenakan tu tinggi..

tapi apa pun aku bersyukur bas akhirnya ditambah, dan pengguna dapat balik ke kampung beraya dengan keluarga tersayang...kepada yang belum bli tiket tu cepat2 la pi beli..jangan tunggu last minute..jangan lupa beli tiket untuk pulang semula ke KL, persediaan awal..

sekian.....
dari ZULCAR9

04 September 2008

USM picked as Apex University

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

akhirnya USM telah dipilih sebagai universiti APEX..........

universiti yang ulung, UM tempat aku blajaq skrang telah tewas...huhuhu

03 September 2008

pantun mufti Perlis untuk siapa???


































tengok kat sini

sekian...
dariZULCAR9

16 september cuti

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

DSAI telah mencadangkan supaya 16 september dijadikan cuti umum untuk negeri pakatan rakyat semperna hari penubuhan Malaysia..aku setuju dengan cadangan ini..walaupun 16 september cuti tp 31 ogos tetap juga disambut sebagai hari kebangsaan kita..TGNA pun sokong..apa yang TGNA setuju aku pun turut sama setuju..hehehe..

01 September 2008

tiket naik,bus tak cukup

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

aku xpuas hati harga tiket bus naik 30% untuk raya puasa kali ni.kerajaan benarkan pengusaha bus kenakan surcharge 30% kepada pengguna.aku dah beli tiket raya ni 27 ogos haritu untuk balik dari KL-sungai petani.harga tiket naik RM7.90 dari RM26.20..aku beli tiket untuk sungai petani-KL jugak..nasib baik cukup duit aku masa nak beli tiket tu, klu x malu aku nak bayaq xcukup duit..tp lepas beli tiket tu mmg kosong trus dompet aku..

lagi satu yang aku xpuas hati bus xcukup.semalam aku tengok buletin utama kt tv3 suku tu depa kata bus xcukup.banyak pengusaha bus kata xdak bas tambahan balik raya kali ni..bengang aku dengaq..harga tiket dah naik pastu bus still xcukup bus lagi..apa ni..

kesianla kami yang duduk jauh ni..kesianla kami pelajar2 universiti..kami bukan ada income sendiri lagi, harap nak guna duit pinjaman ptptn n scholarship ja..nak balik kampung kena kuaqkan duit hampir seratus ringgit untuk perjalanan pergi dan balik..

kerajaan lakukan sesuatu, jangan ashik nak naikkan harga ja..

ramadhan tiba lagi...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.....

Bulan ramadhan kini datang menemui semua kaum muslim diseluruh dunia..rukun Islam yg ke-2 mewajibkan berpuasa sepanjang bulan ramadhan..alhamdullilah aku sempat ke surau tadi menunaikan solat isyak berjemaah pastu terus sambung solat tarawih berjemaah yg pertama pada malam ni..sebelum pi solat tarawih aku sempat tengok berita tv3..dia kata kebanyakan negara mula berpuasa esok jugak,samala dengan kita di malaysia..aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan banyakkan ibadat ddan lakukan dengan penuh ikhlas..sekian

dari ZULCAR9..