20 June 2008

Pilot peluk Islam

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan.


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam(seorang India)

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
  1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
  2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
  3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
  4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
  5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.Al-Fatihah.-tranungkite

Note: webmaster-cerita ini dikisahkan oleh seorang ustaz yang berjumpa sendiri dengan pilot yg memeluk islam tersebut.-untuk maklumat lebih lanjut sila dapatkan majalah mestika terkini julai 2008.

artikel ini dipetik dari Bukti Besi Online

16 June 2008

berenti kerja

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

harini hari pertama aku rilex..aku dah berenti kerja kat pizza hut tu.aku berenti sebab aku nak tumpu pada pelajaran plak..exam pun dah dekat..klu ashik nak keja je nnti study pun ntah ke mana..aku n sham je brenti sorang lagi elie xbrenti tapi dia amik cuti je..

rasa sedih pun ada, rasa seronok pun ada bila nak brenti kerja ni..sedihnya sbb xdpt nak makan pizza free lagi,hahaha....sedih gak kna pisah dengan staf2 pizza tu walaupun kerja dua miggu je..seronoknya sbb xyah dok pk kerja dah..xletih..hehehe, bleh pi main futsal ke jogging ke waktu petang2..

aku rasa teharu jgk dengan staf2 pizza hut kt situ sbb depa semua buat parti kat aku n sham sempena nak brenti kerja..depa bli kek, siap buat bihun goreng lagi..rasa btul2 terharu..aku n sham keja lebih kurang dua mggu je, tp mmg depa semua baik2 n ramah, mcm family..depa pun terasa gak bila aku n sham nak brenti,dah kurang sikit staf..seronok pengalaman aku keja kt pizza tu walaupun sekejap je..


*ni la kek yg aku cerita td









click sini nak tgk gambar lagi

06 June 2008

kenaikan harga minyak Malaysia

ASSALAMUALIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kenaikan harga minyak Malaysia dalam masa 16 tahun sejak 1990:-

1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Perbandingan harga minyak Malaysia antara negara-negara pengeluar minyak:-

UAE� RM1.19/liter
Eygpt� RM1.03/liter
Bahrain� RM0.87/liter
Qatar� RM0.68/liter
Kuwait� RM0.67/liter
Saudi Arabia� RM0.38/liter
Iran� RM0.35/liter
Nigeria� RM0.32/liter
Turkmenistan� RM0.25/liter
MALAYSIA� RM2.70/liter

Perbandingan harga minyak Malaysia dengan Singapura:-

Malaysia:-

Petrol = RM 2.70
Diesel= RM 2.58
Pendapatan per kapita rakyat Malaysia untuk setahun = RM 21,500 (AS$6,244)

Singapura:-

Petrol = RM 5.20
Diesel = RM 4.33
Pendapatan per kapita rakyat Singapura untuk setahun = RM 106,000 (AS$30,810)

Sebagai rakyat Malaysia marilah kita renungkan dan fikir-fikirkan bersama-sama.